Bab 3

Other Series 1788

*Di kantin.

"Lamanya.. nasib baik aku dah belikan nasi goreng kampung ni tau." omel Nadya kepada Amal yang sedang berjalan ke arahnya. Terasa lama sungguh dia menunggu Amal. Sudahlah perut mula berkeroncong dari tadi tambah pula dihadapannya nasi goreng kampung.

Boleh dikatakan nasi goreng kampung disekolah lah yang paling sedap. Pergh! Sekali makan habis licin satu pinggan. Lagi sedap makan dengan sambal ikan bilis.

"Sorry.. jom kita makan." bicara Amal. "Yelah." Nadya mencebik. Amal hanya tersenyum dan mencuit lengan kawannya. Mereka pun menadah tangan membaca doa lalu makan hidangan yang dibeli itu. Suasana sunyi sahaja kerana masing-masing leka dengan keenakan nasi goreng.

Di suatu sudut kantin kelihatan Syakir yang juga makan nasi goreng kampung. Dia sendirian sahaja disitu. Belum ada kawan lagi kot.

"Amal." Nadya membuka bicara. "Dengar cerita sekolah kita ada student baru tau. Hmm orang kata hensem, macam kpop." Nadya bercakap sambil menyuap nasi goreng ke dalam mulut. Amal hanya memandang muka Nadya tanpa sepatah kata. Tidak tahu ingin membalas apa.

"Katanya dia dari kelas 5 Dahlia." bicara Nadya lagi. Walaupun tidak dibalas oleh Amal, Nadya tetap tekun bercerita. Bukan dia tak tahu kawannya itu pendiam. Awal-awal dulu dia yang tegur Amal. Tidak sangka Amal yang pendiam tu boleh menjadi teman baiknya. Mereka berbeza bagai langit dan bumi. Seorang mulut murai seorang lagi pendiam.

Amal yang dari terdiam hanya membalas. "Oh." Sedang mata Nadya melilau mencari sesuatu matanya tertumpu kepada pelajar lelaki yang duduk disudut kantin sendirian. "Ha.. tulah dia." kata Nadya dengan gopoh sambil menghirup air sirap. Amal yang berada ditepi hampir sahaja tersedak.

Amal mengangkat kepala dan melihat tepat ke arah yang ditunjukkan Nadya. Nadya hanya memuncungkan mulutnya. Takut pula hendak menunjuk terus. Takut digelar stalker.

Sedang mereka berbual mengenai ketampanan lelaki tersebut. Tiba-tiba lelaki tersebut bangun dan memandang ke arah mereka berdua. Masing-masing mengelabah dan cepat menunduk kepala. Malu jika tertangkap sedang mencuci mata.

Lelaki tersebut bangun hanya kerana makananya sudah habis. Dia pun bergerak ke sinki dan meletakkan pinggan didalam basin yang disediakan. Lalu berjalan menuju ke kelasnya.

"Aduh.. malunya. Amal agak-agak dia perasan tak kita tengok dia?" soal Nadya. "Entahlah, tak kot" balas Amal. Takut juga dia kalau-kalau lelaki tersebut sedar yang mereka sedang berbual tentangnya. Walaupun hanya berbual kosong.

"Ehem-ehem.. ni dua orang ni bila nak masuk kelas? Tinggal lagi 5 minit je lagi ni?" tegur Sofi pengawas sekolah yang sedang bertugas dikantin. "Eh?" terkejut Nadya dibuatnya. Sofi memandang Amal dan Nadya sambil menyilang tangannya. Nampak seperti gaya bos-bos sahaja lagaknya.

"Oh, Sofi rupanya. Hehe. Nak masuklah ni." balas Nadya sambil tersenyum senget. Semua tahu yang Sofi ni pengawas paling cerewet disekolah. Apa sahaja yang berlaku disekolah akan direport. Kaki report lah katakan. Tidak ramai yang suka akan dirinya. Hanya Nadya dan Amal sahaja yang berani berbual dengan Sofi. Itu pun dek kerana mulut murai si Nadya.

"Cepat sikit, aku tulis nama nanti baru tahu." kata Sofi. "Yelah, yelah. Jom Amal masuk kelas." Nadya mengajak Amal lalu pinggan diletakkan didalam basin dan sempat lagi dia membetulkan tudung.

Mereka pun masuk ke kelas beriringan. Kebetulan Sofi juga satu kelas dengan mereka. Kelas 5 Anggerik kelas pertama bagi tingkatan 5 yang merupakan kelas aliran sains.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience