Bab 13

Other Series 1788

*Library sekolah.

"Amal kau duduklah dulu. Aku nak cari buku rujukan jap." kata Nadya. "Okay." balas Amal. Nadya mencari buku rujukan sejarah yang berada di rak belakang.

Sekarang merupakan waktu balik sekolah tetapi mereka mengambil keputusan untuk ke perpustakaan bagi mengulang kaji pelajaran. Maklum sahaja mereka akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, SPM pada tahun ini. Masa harus dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

Sebelum ke perpustakaan, mereka sudah pun makan tengahari dan solat zohor di surau sekolah.

"Amal." panggil Syakir. Kebetulan hari ini juga dia stay back di perpustakaan. "Ye?" jawab Amal. "Syakir ada benda nak bagitahu..." kata Syakir. Amal hanya menunggu Syakir menghabiskan ayatnya. "Sebenarnya... sebenarnya..." kata Syakir tersekat-sekat.

Peluh jantan menitis dari dahi turun ke pipi. Cepat-cepat Syakir lap. Walaupun perpustakaan itu berhawa dingin tetapi Syakir berasa agak panas.

"Syakir?" panggil Amal. Pelik pula tiba-tiba Syakir mengelamun. Tadi seperti ingin mengatakan sesuatu tetapi senyap pula. Mulutnya sahaja yang terkumat-kamit. "Ye?" balas Syakir. "Syakir nak cakap apa?" soal Amal. "Err.. takde pape lah." Syakir terus berlalu pergi.

"Amal, asal dengan Syakir?" soal Nadya sebaik sahaja duduk ditepi Amal. Buku yang dipegang diletakkan atas meja. "Entah." balas Amal.

......

"Macam mana dah cakap?" soal Najhan. "Belum." balas Syakir. Mereka berdiri disebalik rak buku. "Apa kau ni? Tu pun tak boleh cakap." kata Najhan. "Cakap senang lah." kata Syakir. "Apa yang susahnya? Cakap je." balas Najhan.

"Macam mana? Cuba bagitahu?" soal Syakir. "Alah cakap je.. Amal sebenarnya saya suka awak. Saya nak jadi someone special dihati awak. Bagi pick up line sikit. Susah ke?" kata Najhan. "Kalau dia tolak macam mana?" soal Syakir. "Tu biasa lah, setakat kena friendzone apalah sangat. Janji kau dah luahkan." balas Najhan.

"Nantilah aku cuba lagi." kata Syakir. "Takpe ada masa lagi." kata Najhan. "Aku support kau." Najhan menepuk bahu Syakir.

Sebenarnya niat utama mereka ke perpustakaan pada hari ini memang untuk mengulang kaji pelajaran. Tetapi apabila melihat Amal yang turut berada di situ. Najhan menyuruh Syakir untuk meluahkan apa yang terbuku didalam hatinya.

Najhan tahu sememangnya Syakir menyukai Amal dari dulu lagi. Dia dapat meneka tentang hal itu. Cuma Syakir yang malu hendak mengaku. Setelah beberapa kali dipaksa Najhan akhirnya Syakir mengaku dia menyukai Amal. Tetapi Amal masih belum tahu tentang hal ini.

Setelah cubaan untuk meluah perasan gagal. Akhirnya Syakir dan Najhan pulang ke rumah. Mereka tidak ada mood untuk mengulang kaji. Tetapi tanpa mereka sedar perbualan mereka sebentar tadi telah didengar oleh seseorang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience