Bab 20

Other Series 1788

*Sabtu

Syakir duduk dipangkin dihadapan rumahnya. Dia membawa gitarnya bersama. Entah mengapa hari ini dia terasa hendak menyanyi pula. Cuti hujung minggu ni pun dia tidak kemana-mana.

Dring.. dring.. gitarnya dipetik. Dia sepertinya sedang mencari not-not yang sesuai dengan lagu yang bakal dinyanyikan.
"Okay-okay." kata Syakir sendiri. Dia bersedia untuk menyanyi. "Satu, dua, tiga.." kata Syakir. Kucing Opah iaitu Tompok menjadi penonton Syakir. Kucing itu baring disebelah pasu bunga Opah.

" Selalu kamu,
yang bertahta di hatiku..
selalu kamu,
yang menaruhi rinduku..

Selalu kamu,
yang berisi fikiranku,

Oohh. selalu kamu,
yang bergetar dijantungku,
selalu kamu..
yang berukirkan warnaku,
selalu kamu..
yang bertemu di fikiranku,

Ada langkahku, selalu kamu
Tentang diriku, selalu kamu

Jika langitkan satukan kita,
Saat usia kita t'lah senja,
Kukan setia menanti di anjung rindu..

Jangan tanpa aku kau menyerah,
Dan mengakhiri sampai disini,
Inilah diriku, tak akan ku ubah hati ku..

Selalu kamu...
Yang terucap di depanku..
Ooohh selalu kamu,
Alasan sehebatku..

Ada langkah ku, selalu kamu
Tentang diriku selalu kamu.."

Syakir menyanyi dengan penuh perasaan. Dia gembira dapat menyanyi. Tetapi dia tidak tahu ada orang yang merakam Syakir menyanyi.

"Wah." Najhan tepuk tangan. "Untung lah pandai nyanyi. Memang patut pun kau jadi vokalis band sekolah." puji Najhan. Najhan ni macam first time dengar Syakir nyanyi pula. Padahal dulu dorang yang pergi audition sama-sama. Dorang pun selalu buat latihan sama-sama.

"Najhan, kau buat apa kat sini?" soal Syakir. "Ni kan kampung aku. Suka hati aku lah." balas Najhan. Dia ketawa. Mentang-mentang lah anak ketua kampung berlagak lebih. "Hmph.." Syakir membalas.

"Oi Syakir kau nyanyi lagu apa tadi. Macam best je. Buat sendiri ke?" soal Najhan. Dia suka dengan lagu yang dinyanyikan oleh Syakir. "Takde ah lagu tu tajuk 'Selalu Kamu' lagu band O-two." balas Syakir. "Eh? Band apa tu tak pernah dengar." balas Najhan. "Band indie. Dah lama dah lagu tu. Tengok je kat youtube ada." kata Syakir. "Oh." Najhan mengangguk.

"Kau nyanyi lagu tu untuk Amal ke?" soal Najhan. "Hah?" balas Syakir. Najhan tersenyum. "Mana ada. Aku saje je nak nyanyi." kata Syakir. Lagu tersebut memang mengena dengan perasaan dia ketika ini. Tapi betul memang dia saja nak nyanyi. "Ye lah tu." balas Najhan. Dengki mamat ni.

"Tak bosan ke weh?" soal Najhan. "Hmm.." balas Syakir. Sebab bosan lah Syakir menyanyi. "Kau tak teringin ke buat youtube channel sendiri? Rakam time kau menyanyi. Kita boleh colabrate kalau kau nak. Aku main gitar kau menyanyi." Najhan memberi idea. "Malaslah." Syakir tidak berminat.

"Kau tak nak jadi famous?" soal Najhan. "Famous? Buat apa? Aku happy je sekarang. Lagipun untuk apa famous? Nanti kena kecam. Aku lagi suka jadi anonymous. Buat apa pun orang tak kesah. " balas Syakir. Dia ketawa. "Okay." balas Najhan. Ada betulnya juga kata Syakir.

"So apa perkembangan terbaru kau?" soal Najhan. "Perkembangan terbaru?" Syakir mengangkat kening. Dia tak dapat hadam apa yang dimaksudkan Najhan. "Hmm.. aku dah jumpa kelemahan kau. Betul lah manusia tu tak perfect." kata Najhan. Serius sahaja nadanya. "Eh? Apa benda?" soal Syakir.

"Kau ni selow.." Najhan ketawa terbahak-bahak. Syakir-syakir harap muka je handsome. Pang.. belakang Najhan ditampar Syakir. "Aduh." Najhan berhenti ketawa.

"Sorry-sorry gurau." kata Najhan. "Takde ah Syakir, apa khabar kisah cinta kau dengan Amal?" soal Najhan. Syakir senyap. Dah beberapa hari dia tak jumpa Amal. Amal pun takde bagi apa-apa feedback. "Kau dah move on ke apa?" soal Najhan.

"Bukan lah." Syakir mengerut dahi. "Habis tu tak kan takde progress langsung?" soal Najhan. Syakir ni dia suka Amal ke tak? "Aku tak tahu." balas Syakir. "Pulak dah." kata Najhan. "Kau ni suka ke tak dengan Amal?" soal Najhan. "Suka lah. Kau pun tahukan." balas Syakir. "Habis tu?" tanya Najhan. Syakir terdiam.

"Kau tahu kan setiap permulaan ada pengakhiran. So bila kau nak ending kisah cinta kau ni? At least biar lah happy ending." kata Najhan. Syakir mengeluh. "Aku tak tahu. Tak fikir pulak sampai ke situ." balas Syakir.

Syakir hanya mampu termenung. Dia begginer bab-bab cinta ni. Dia sendiri tak pernah ada hubungan yang serius dengan mana-mana gadis. Berkawan tu adalah. Amal first love Syakir.

"Kau pernah bercinta?" Najhan bertanya soalan cepumas. "Err.." balas Syakir. "Kalau tak pernah cakap je tak pernah." kata Najhan. Garangnya. Syakir menggeleng. "Patut lah." balas Najhan. "Amal first love kau?" soal Najhan. Syakir mengangguk tetapi menggeleng pula. "Eh mana satu ni?" pelik Najhan. Syakir tersengih. Dah takde mulut nak cakap agaknya.

"Emm.. dulu aku juga suka kat sorang budak perempuan ni. Masa kat sekolah lama." Syakir membuka cerita lama. "Couple tak?" soal Najhan. "Tak." balas Syakir. "Sebab?" soal Najhan lagi. "Dia dah pakwe. So aku move on je." balas Syakir. "Semudah tu je?" Najhan terkejut. Syakir mengangguk.

"Habis tu kalau Amal ada pakwe? Kau move on?" soal Najhan. "Hah? Amal ada pakwe? Serious lah weh." soal Syakir. Gelojoh pulak Syakir ni tanya soalan. "Itu contoh gila." kata Najhan. "Oh." balas Syakir. "Tak boleh Amal lain sikit." Syakir tersengih. Lain macam je.

"Lain? Apa yang lain?" kali Najhan pula yang keliru. "Amal special. Dia tak sama macam orang lain." kata Syakir. "Okay.. lagi?" soal Najhan. "Amal ni kalau kita tengok rasa macam.. hmm.. teringin nak kenal lebih dekat. Semua orang tahu dia baik and aku rasa dia ni.. entahlah. Macam.." sambung Syakir. Dia memejamkan mata saat meluahkan kata-kata itu.

"Oh.. jadi kau betul-betul suka Amal?" soal Najhan. "Mestilah.." Syakir membuka mata. Terlopong mulut dia apabila melihat Amal berdiri dihadapannya. Najhan ketawa kecil. "Bro tutup mulut." tegur Najhan.

"Hai Amal." tegur Najhan. Syakir hanya mampu mengangkat tangan. Lemah lutut dah ni. Nak gerak pun tak boleh. Malu dia dengan Amal. Macam mana tiba-tiba Amal ada kat sini?

"Err.." Amal tergagap. "Tu untuk Syakir ke?" soal Najhan apabila melihat Amal memegang bekas berisi makanan. Amal mengangguk. Dia pun malu mendengar pengakuan Syakir. "Nah untuk Syakir dengan Najhan." kata Amal. Dia terus meninggalkan Syakir dan Najhan.

"Amal." panggil Najhan. Amal menoleh. "Terima kasih." kata Najhan. Dia melambai ke arah Amal. Amal mengangguk dan tersenyum.

Setelah Amal berlalu pergi.

"Woi Syakir." tegur Najhan melihat Syakir yang sedang termenung. "Apa?" balas Syakir. Najhan ketawa. Kesian Syakir malu lah tu. "Kau kenapa tak bagitahu Amal kat situ?" soal Syakir. "Entah." Najhan mengangkat bahu. Syakir buat muka.

"Bak sini." kata Syakir. Dia mengambil bekas makanan yang diberi Amal. "Apa ni?" Syakir membuka bekas makanan tersebut. Rupanya ada kek cawan. Mesti Amal buat ni.

"Nak sikit." kata Najhan. "Nah satu je." Syakir memberi sebiji kek cawan kepada Najhan. "Kedekutnya." balas Najhan. "Okay lah tu. Bersyukur la weh." kata Syakir. Najhan menggeleng kepala. Ada-ada sahaja la si Syakir ni.

Setelah menghabiskan kek cawan tersebut. Najhan bangun untuk pulang. "Eh nak balik?" tegur Syakir. "Merajuk ke?" kata Syakir. "Kepala otak kau. Aku nak pergi kedai lah mak aku ada kirim barang tadi." balas Najhan. Baru Najhan teringat mak dia ada kirim barang nak buat kek. Bila dia tengok kek cawan yang Amal bagi. Syakir tersengih.

"Bro aku balik dulu ah. Nanti mak aku marah pulak." kata Najhan. "Okay, baik-baik jalan." pesan Syakir. "Hmm.." balas Najhan. Syakir menghantar Najhan dengan pandangan.

Setelah itu, dia pun masuk ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience