Bab 15

Other Series 1788

*Pukul 2 sebelum sesi latihan.

"Najhan Aiman." panggil Nadya. "Ye, Nurul Intan Nadya. Ada apa?" jawab Najhan. "Kau asal sebut nama penuh aku?" soal Nadya. "Kau yang mula dulu." balas Najhan. "Err..apa-apa jelah." kata Nadya. Malas nak bertikam lidah. Nanti lain pula jadinya.

"Apahal doh. Panggil-panggil aku?" tanya Najhan. "Nadya ni asyik panggil aku je hari ni. Ada masalah apa?" fikir Najhan. "Pasal blog tu.." balas Nadya. "Lah tak habis lagi pasal blog tu." Najhan runsing.

"Benda ni tak kan habis selagi Syakir senyap." Nadya ligat berfikir untuk menyusun ayat yang sesuai. "Syakir senyap? Maksud kau? Boleh tak terangkan? Serious aku tak faham." balas Najhan.

"Hmm.." Nadya mengeluarkan keluhan kecil. "Dalam blog tu cerita kononnya Syakir ada crush dekat Amal. Betul ke?" kata Nadya. "Apa?" Najhan terkejut. "Haish siapa pulak yang disebarkan ni. Setahu aku, aku je yang tahu benda ni. Bila masa aku sebarkan. Ni kalau Syakir tahu mesti dia attack aku dulu." bicara Najhan didalam hati. Dia berkerut dan fikirannya celaru.

"Oi senyap pulak. Orang tanya ni. Betul ke tak?" soal Nadya. "Err.. tu kau kena tanya Syakir." jawab Najhan. Rasanya dia tak layak untuk cakap mengenai hal ini. Syakir yang patut jelaskan semuanya. "Macam mana? Kaulah tolong tanyakan." kata Nadya. Nak tanya Najhan pun dia tak tahu, ni nak kena tanya Syakir pulak. "Eh Nadya ni macam mana aku nak tanya benda yang aku dah tahu." sekali lagi Najhan cakap dalam hati.

"Hello.." tegur Nadya. "Kau ni asyik termenung je. Tolong lah, kesian kat Amal." Nadya susah hati bila kawannya sedih. "Hah? Err.. yelah-yelah. Nanti aku tanya." Najhan memberi respon. "Budak mana yang suka buat cerita ni?" Najhan bermonolog. "Tulah kurang asam betul." Nadya terdengar monolog Najhan. Perlahan tapi masih boleh dihadam. "Eh dia dengar?" kata Najhan dalam hati.

"Okaylah aku chau dulu. Tolong eh?" kata Nadya. Kalau dia lama-lama disini pun tak kan selesaikan apa-apa. Nanti tiba-tiba wujud pula cerita dia dan Najhan. Haih. "Yelah." balas Najhan. Nadya berlalu mendapatkan Amal.

"Amal." Nadya memanggil Amal sebaik sahaja dia melihat kelibat Amal dari kejauhan. "Ye?" balas Amal. "Aku jumpa Najhan tadi. Dia kata boleh tolong." kata Nadya. "Tolong apa?" soal Amal. Nadya pun menceritakan tentang perbualan dia dan Najhan. Amal hanya menangguk dan mendengar.

"Okaylah kalau macam tu." kata Amal setelah Nadya selesai bercerita. Dia juga ingin tahu kebenaran cerita blog itu.

.....

"Syakir.." nama Syakir dipanggil Najhan. "Apa?" Syakir mendongak kepalanya. Ketika itu dia sedang membaca komik. Mamat ni masa macam ni sibuk lagi nak baca komik. Santai betul.

Najhan menghampiri Syakir. Keadaan sekeliling diperhatikan. Nampaknya tiada orang kat sini. "Line clear." bicara hati Najhan. Dia tersenyum sikit.

"Syakir aku dah tahu cerita blog tu." kata Najhan. "Ha apa benda. Ceritalah." kata Syakir. Buku komik ditutup dan disimpan dan dalam beg. "Pasal Amal. Ada budak cerita kat blog tu. Kononnya kau.. ada crush kat Amal." takut pula Najhan hendak menghabiskan ayatnya. "Apa?" Syakir mengoncang bahu Najhan.

"Aku dah agak ni respon kau." kata Najhan. Tangan Syakir dilepaskan. Najhan membetulkan uniform sekolahnya. "Siapa punya kerja ni?" soal Syakir. "Aku tak tahu. Yang penting orang tu bukan aku." balas Najhan. Walaupun dia bukan orang yang baik tapi tak tergamak nak jaja cerita pasal Syakir. Syakirkan kawan baik dia. Kalau dia tikam Syakir dari belakang sama sahaja dia menikam diri sendiri.

"Betul bukan kau?" Syakir mahu mendapatkan kepastian daripada Najhan. Bukan dia tidak percayakan Najhan. Cuma Najhan saja yang tahu tentang ni. "Kalau aku, baik awal-awal aku bagitahu kat semua orang. Aku kan orang first tahu. Baik aku buat thread kat twitter. Nanti banyak sikit retweet." balas Najhan. Dia ketawa.

Syakir mengeluh. Tak sangka perkara ini boleh terjadi. Dia belum bersedia untuk meluahkan apa-apa.

"Aku rasa baik kau jujur jelah kat Amal." cadang Najhan. "Hah?" balas Syakir. "At least still awal. Takut nanti jadi makin rumit." kata Najhan. "Aku.." Syakir tidak menghabiskan ayatnya. "Aku rasa tak gentleman kalau aku ceritakan pasal perasaan kau dekat Amal. Kononnya aku orang ni jadi orang tengah la." kata Najhan. "Elok kau terang sendiri." tambah dia lagi.

Syakir mendiamkan diri. Dia bersandar pada dinding dan tangannya menutup mata. Kakinya diluruskan. Syakir sebenarnya sedang duduk ditepi dewan sekolah. Tempat tu tempat yang lapang. Jarang orang lalu lalang disitu. Kecuali ada latihan sukan.

"Weh? Boleh pulak kau nak tidur." tegur Najhan. "Aku tak tidur lah. Aku tengah fikir ni." kata Syakir. "Fikir betul-betul. Make sure sebelum pukul 3 hari ni kau bagitahu Amal." kata Najhan. "Asal hari ni pulak?" Syakir mengalihkan tangannya dan memandang Najhan. "Habis tu bila lagi? Tak payah nak lama-lama nanti jadi drama susah." pesan Najhan.

"Kau jangan risau, aku tolong kau." Najhan menepuk bahu Syakir. "Argh.." Syakir serabaikan rambutnya. Tak sangka hal macam ni boleh timbul.

"Bro rilex lah." Najhan membetulkan rambut Syakir menggunakan sikat yang dibawa. "Kau bawa sikat?" tegur Syakir. Dia mengambil sikat itu dan menyikat rambutnya. "Kau ni kalau Sofi tahu mesti dia rampas." kata Syakir. Sempat lagi dia nak bergurau. "Alah Sofi tu." Najhan mula membuat muka. Syakir ketawa.

"Jom." ajak Najhan. "Hah? Sekarang." Syakir terkejut. "Ye." Najhan bertegas tangan Syakir ditarik. Terpaksa juga Syakir bangun. Betul juga apa yang Najhan. Kalau bukan sekarang bila lagi. Lagipun dia sahaja yang dapat jelaskan hal ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience