Bab 14

Other Series 1788

Angin sepoi-sepoi bahasa sesekali meniup tudung Amal cepat-cepat dia betulkan. Nadya dan Amal sedang melepak dibendang memandangkan petak sawah yang sudah kering kontang.

"Amal cuba baca ni." Nadya memanggil Amal. "Apa?" jawab Amal. Dia menghampiri Nadya. Nadya memberikan telefon pintarnya kepada Amal. Di situ tertera sebuah cerita dari satu blog. 'Crush Mr. S' tajuk entry blog tersebut.

"Apa ni?" soal Amal. "Ada orang tulis cerita pasal Amal dan Syakir. Kononnya Syakir suka Amal." kata Nadya. "Hah?" terkejut Amal dengan apa yang dikatakan oleh Nadya. Dia mengambil telefon Nadya dan membaca cerita tersebut. "Gila kan?" kata Nadya.

"Blog apa ni?" soal Amal. Amal memberikan semula telofon Nadya. "Blog ni budak sekolah kita punya. Blog ni selalu tulis confession mana-mana student yang ada crush dekat student lain. Kira macam blog hint pasal crush. Ramai je yang buat confession kat blog ni. Biasa tuan punya badan tulis story lepas tu email pada blog ni. Blog ni akan siarkan. Famous blog ni, nama blog ni 'Hidden Hint'. Sesiapa yang nak bagi hint boleh share kat blog ni." jelas Nadya.

"Kenapa dia buat story pasal Amal pulak?" soal Amal. Dia berasa malu campur geram. Dia yang tak pernah buat apa-apa pun dijadikan bahan cerita. "Kenapa tiba-tiba wujud cerita macam ni?" soal Amal lagi. "Tak tahu lah Amal. Aku baca pun terkejut. Memang dia tak mention nama Amal tapi describe pasal orang dalam story ni memang Amal. Syakir pun. Tapi tak kan lah Syakir yang buat kot. Based on story ni macam dari cerita orang." kata Nadya.

"Amal nak Nadya siasat pasal ni tak?" soal Nadya. "Entahlah Amal rasa malu sekarang ni." balas Amal. "Macam mana nanti?" kata Amal. "Don't worry Amal. Aku ada. Aku akan siasat hal ni." pujuk Nadya.

*Keesokan harinya.

"Najhan.. Najhan Aiman." nama Najhan dipanggil beberapa kali. Najhan menoleh ke kiri dan kanan. "Siapa panggil aku ni?" getus hati Najhan.

"Oi Najhan." panggil Nadya. "Oh Nadya. Ingat siapa panggil aku tadi." Najhan tersengih. "Kau tahu tak pasal blog 'Hidden Hint'? soal Nadya. "Hah? Blog?" Najhan buat muka keliru. Kepalanya digaru. Nampak sangat dia tak tahu pasal blog tersebut.

"Tahu ke tak?" soal Nadya sedikit kasar. Najhan geleng kepala. "Hmm. Takpelah." Nadya terus meninggalkan Najhan yang kebingungan.

"Eh jap. Dah tahu pasal practice hari ni?." tanya Nadya. "Ada practice ke hari ni?" soal Najhan. "Haish mamat ni semua benda tak tahu." bisik Nadya didalam hatinya. "Ada pukul 3.00. Kau join tak?" balas Nadya. "Oh, mestilah join. Terima kasih bagi tau." kata Najhan. "Sama-sama." Nadya berlalu pergi.

"Tapi pasal blog tu? Blog apa pulak? Haish." kata Najhan. Dia masih kebingungan. Dia pun berlalu masuk ke dalam kelas.

"Syakir kau tahu tak blog nama Hidden..." Najhan memproses ingatannya. Lupa pula dia nama blog tersebut. Padahal baru sahaja disebut Nadya sebentar tadi. "Err lupa lah." kata Najhan. "Hidden Hint lah." kata Salwa. Tiba-tiba sahaja dia pusing belakang dan mencelah. Salwa duduk dihadapan tempat duduk Najhan dan Syakir. Boleh diterima logik akal kalau dia dapat mendengar perbualan Syakir dan Najhan. "Ha yang tu." kata Najhan.

"Blog apa tu?" soal Syakir. Rupanya Syakir pun tidak tahu akan kewujudan blog tu. "Ha'ah lah Salwa. Blog apa tu?" soal Najhan. "Blog pasal luahan perasaan. Korang patut baca blog tu. Sebab korang pun ada dalam blog tu. Terutama kau Syakir." terang Salwa. Jarinya ditunjuk ke arah Syakir. "Hah? Aku?" balas Syakir. "Blog untuk peminat ke tu?" soal Najhan. Dia ketawa sikit. "Lebih kurang lah." balas Salwa.

"Story lah." kata Najhan. "Malas lah aku. Korang bukak je blog tu. Cari yang paling latest." kata Salwa. Badannya dipusingkan ke hadapan semula. "Weh." panggil Najhan. Salwa hanya buat tidak endah. Syakir ketika ini kelihatan sedikit keliru. Dia terdiam.

"Bangun.." kata Najhan apabila cikgu masuk ke dalam kelas. "Oi Syakir bangunlah." tegur Najhan. "Hah?" Syakir cepat-cepat berdiri.

"Assalamualaikum cikgu." ucap Najhan. Rakan kelasnya juga memberi ucapan yang sama.

*Waktu rehat.

"Amal aku rasa Najhan tak terlibat lah." bisik Nadya. "Habis tu siapa?" soal Amal. "Aku kena siasat lagi." balas Nadya. Amal menghelakan nafas. "Sabar eh Mal." kata Nadya.

"Nah makan ni." Nadya memberi coklat kepada Amal. "Terima kasih." ucap Amal. "Sama-sama." kata Nadya. Amal sememangnya sukakan coklat. Coklat kegemarannya ialah coklat putih.

"Amal aku rasa orang yang buat cerita ni mesti peminat Syakir." kata Nadya. "Eh kenapa pulak?" soal Amal. "Huh?" balas Nadya. "Kenapa pulak dorang nak buat cerita macam tu? Kenapa Amal?" ujar Amal. "Err.. entahlah. Tak pasti motif dorang." balas Nadya.

"Weh Amal?" tegur Sofi. "Betul ke cerita kat blog tu?" Sofi duduk bersebelahan dengan Amal. "Kau pun tahu pasal tu?" soal Nadya. "Aku ada terbaca yang orang share." balas Sofi. Sofi mengunyah sandwich yang dibeli.

"Sofi awak tahu tak siapa owner blog tu?" soal Amal. "Err.. aku tak tahu." balas Sofi. "Tapi kalau korang nak siasat aku mungkin boleh tolong." kata Sofi lagi. "Macam mana?" Nadya ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pemilik blog tersebut. "Nanti aku try tanya kawan-kawan aku. Maybe dorang tahu." balas Sofi.

"Terima kasih Sofi." ucap Amal. "Sama-sama." ujar Sofi. "Sofi kau tak bertugas ke hari ni?" Nadya pelik apabila Sofi makan bersama mereka. Selalu buzy je cik akak ni. Hari ni macam bersenang-lenang pula. "Tak." balas Sofi.

*Waktu tamat persekolahan.

"Amal." panggil Natasha. "Ye?" balas Amal. "Hmm.. boleh tolong Tash tak?" soal Natasha. "Tolong apa?" soal Amal. "Tolong informkan dekat Cikgu Ann yang hari ni Tash tak dapat join practice. Tadi dah cari cikgu tapi cikgu takde. Tash ada hal sikit." kata Natasha. "Boleh." balas Amal. "Thank you Amal." kata Natasha. Dia memberikan senyuman lebar untuk Amal.

"Kenapa tak datang?" soal Nadya tiba-tiba. "Aku kena balik rumah. Nak teman nenek pergi kuil." balas Natasha. "Oh, okay-okay." kata Nadya. "Bye." kata Natasha. Natasha adalah seorang pelajar India. Nama penuh Natasha ialah Natasha Grace Anand. Dia mempunyai seorang bapa yang berbangsa India dan seorang ibu yang berbangsa Cina. Namun dia tinggal bersama neneknya dikampung. Ibu bapanya pula bekerja di bandar. Natasha adalah pemain gitar bagi kumpulan band sekolah.

"So, Amal nak buat apa sekarang?" soal Nadya. "Amal rasa macam nak balik." balas Amal. "Kenapa pulak?" Nadya terasa pelik. "Tak nak join practice." kata Amal. "Amal malu nak jumpa Syakir?" Nadya seolah-olah dapat meneka apa yang terbuku didalam hati Amal. Amal senyap.

"Tak boleh macam ni Amal. Dah lah Tash tak datang. Ni Amal pulak. Kita kan nak practice untuk hari guru. Nanti Cikgu Ann marah macam mana?" kata Nadya. Dia jadi serba salah pula. "Tapi.." balas Amal. "Macam nilah nanti Nadya tanya Najhan dulu. Betul atau tak story tu." kata Nadya. Dia ingin mendapatkan kepastian daripada Najhan. Tentu mamat tu tahu. Dia kan kawan baik Syakir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience