Bab 18

Other Series 1788

"Syakir awal kau hari ni? Tadi aku pergi rumah kau. Opah kau kata kau dah pergi." bebel Najhan. "Sorry." balas Syakir. Syakir tersenyum. "Asal kau lain macam hari ni?" Najhan letak beg dan terus duduk. "Lain?" Syakir meneliti dirinya sendiri. "Apa yang lain?" soal Syakir. "Aku nampak macam ada aura positif kat kau ni." balas Najhan. "Hah?" Syakir keliru.

"Any good news?" soal Najhan. "Good news?" Syakir buat muka pelik. "Haish. Syakir-syakir harap je muka hensem tapi.." kata-kata itu hanya bermain di minda Najhan. Tak sanggup nak luahkan.

"Apa respon Amal?" soal Najhan. "Takde respon." laju je Syakir menjawab. "Hek eleh kau tak follow up ke dengan Amal? Whatsapp ke apa?" soal Najhan. Takde usaha betul budak ni. "Aku mana ada nombor dia." balas Syakir.

"Weh." Najhan menepuk dahi. "Kat group band sekolah tu apa?" soal Najhan. Sengal betul mamat ni. "Tak terfikir pulak. Lagipun aku tak nak desak Amal." balas Syakir. "Haih, suka hati engkaulah tapi jangan sampai melepas." pesan Najhan.

Sesi pengajaran dan pembelajaran bermula apabila cikgu masuk ke kelas. Masing-masing fokus dengan pembelajaran yang disampaikan.

Selang beberapa sesi pengajaran dan pembelajaran akhirnya tiba waktu rehat.

"Jom makan." Najhan menutup bukunya. Dia berasa kurang fokus kerana perutnya asyik berkeroncong. Mana tidaknya dia tidak sarapan pagi tadi. "Kau pergi dulu nanti aku gerak. Nak gi toilet jap." kata Syakir. "Yelah." balas Najhan. Dia meninggalkan Syakir.

"Najhan." Haish siapa pulak panggil aku. Aku nak gi makan ni, kata Najhan. "Najhan.." kata Nadya. "Kau Nadya." kata Najhan. Nadya ni sebenarnya kurang ketinggian. Tingginya paras dada Najhan sahaja mungkin lagi rendah sikit. Sebab tulah kadang-kadang Najhan tak perasan kehadiran Nadya. Tetapi Nadya senyap pula kali ni.

"Eh Amal takde?" tegur Najhan. Biasa Nadya akan berkepit dengan Amal. Pergi mana-mana pun berdua. "Tak datang." jawab Nadya. "Tak datang? Asal?" tiba-tiba Najhan jadi prihatin terhadap Amal.

"Dia demam." kata Nadya. "Macam mana boleh demam?" soal Najhan. Banyak tanya mamat ni. "Minggu lepas kan hujan." kata Nadya. Nadya terpaksa jawab semua soalan Najhan. Dia ada sebab nak jumpa Najhan. "Oh." kata Najhan.

"Najhan bak balik." Nadya menghulurkan tangan. "Bak balik?" soal Najhan. "Alah mamat ni buat nyanyuk pulak." bisik Nadya. "Apa? Tak dengar?" soal Najhan. "Keychain aku bak balik." kata Nadya. "Aku dah buang." balas Najhan selamba. "Apa?" terkejut Nadya.

"Kau buang? Kau buang kat mana?" Nadya buat muka sedih. Istimewa sangat ke keychain tu. "Sampai hati kau.." Nadya kedengaran agak sedih. "Aku sayang keychain tu. Amal yang bagi." Nadya menunduk. Sedih sangat nampaknya.

"Taklah ada kat rumah aku." Kesian pula Najhan kat Nadya. "Betul ke?" Nadya mendongak. Nadya nampak gembira sedikit. Najhan mengangkat bahu. "Entah."

"Bagi balik please." pinta Nadya. "Bukan kau dah baling ke? Buat apa minta balik." ujar Najhan. "Aku tak sengaja." balas Nadya. Dia sedih semula. Sekejap sedih, sekejap happy. "Tengok la nanti kalau aku ingat." balas Najhan. "Ingat lah tau. Please.." pujuk Nadya.

"Hmm.. tapi tak free lah." kata Najhan. "Hah?" balas Nadya. Najhan ni cuba nak ugut Nadya ke? "Err..tak kisahlah janji dapat balik." Alahai mudahnya Nadya mengalah. "Okay deal." balas Najhan. Dia tersenyum lebar bergerak terus ke kantin.

"Kejam lah Najhan ni." kata Nadya. "Bagi jelah balik keychain aku. Buat harta buat apa?" omel Nadya.

"Nadya." Syakir memanggil. "Hmm.. Syakir." balas Nadya. "Ha tak payah tanya. Aku tahu." belum sempat Syakir hendak membuka mulut Nadya menahan. Tangan Nadya diangkat seperti gaya talk to my hand. "Amal tak sekolah hari ni, dia demam. Minggu lepas dia kehujanan. Mungkin dia akan mc dua atau tiga hari." kata Nadya. Syakir mengangguk faham.

"Tu je kan?" soal Nadya. "Err.." balas Syakir. "Tu jelah maksudnya. Aku gerak dulu." Nadya meninggalkan Syakir.

Syakir pun bergegas pergi ke kantin sekolah. Mesti Najhan dah tunggu lama kat sana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience