Bab 2

Other Series 1788

Nuri melangkah longai menuju kearah bilik guru yang berada tingkat 3 sekolahnya. Terasa berat hati sahaja hendak kesana. Bukannya apa takut dengan 'hukuman' yang bakal diterima. Bukan sengaja dia lambat ke sekolah. Cuma..

Berdebuk! Nuri terlanggar seseorang. Bertaburan kertas yang dipegang oleh hamba Allah yang dilanggarnya. Alamak! Apa yang aku berangan sangat ni sampai tak nampak orang lalu.

Nuri rasa bersalah, pantas sahaja tangannya mengutip kertas-kertas tersebut. "Maaf saya tak sengaja" bicara Nuri lembut. Berharap sahaja insan yang dilanggar itu tidak naik hantu. "Takpe" balas hamba Allah itu dengan lembut. Perempuan rupanya. Nuri mengangkat kepalanya lalu mengucapkan kata maaf lagi. Dilihatnya gadis dihadapannya tersenyum Nuri turut tersenyum.

"Hi, saya Nuri." Nuri memperkenalkan dirinya. Terasa kekok pula bila orang dihadapannya ini hanya tersenyum. "Hi. Saya Amal.. Amalina." gadis itu membalas. "Nah kertas awak." Nuri menghulurkan kertas yang dikutipnya sebentar tadi.

Terpegun dia melihat lakaran yang terdapat dikertas tersebut. Figura model yang dihiasi dengan lakaran baju yang sangat cantik. "Wah, cantiknya.. awak yang lukis ni?" puji Nuri. Amal mengganguk.

Amal sememangnya gemar melukis. Impiannya ingin menjadi seorang fashion desinger. Teringin sekali dia menjadi tukang jahit persis arwah ibunya dulu. Seorang tukang jahit yang terkenal dan mempunyai butik yang terkemuka. Sayangnya butik itu terpaksa ditutup. Amal bersungguh untuk membuka semula butik ibunya itu.

"Emm.. nah ambik balik. Saya dah lambat." Segera Nuri memulangkan kertas Amal. Takut kiranya terlambat lagi untuk berjumpa dengan Cikgu Azahari.

*Di bilik guru.

"Assalamualaikum cikgu." Nuri memberi salam. Berdebar rasanya memikirkan apa yang mungkin terjadi. "Walaikumsalam." Jawab Cikgu Azahari yang sedang menanda kertas ujian. "Awak tahu kenapa saya suruh awak ke sini?" soal Cikgu Azahari.

Walaupun Cikgu Azahari sudah pun memasuki usia 34 tahun namun auranya seperti orang muda sahaja. Al maklumlah orang bujang. Hmm. Hensem jugak cikgu bila tengok dekat-dekat. Nuri-nuri masa macam ni pun boleh mengumpat lagi.

"Nuri. Saya tanya awak ni?" kata Cikgu Azahari lantaran kata-katanya bagai angin lalu langsung tidak dijawab. Geram pula rasanya. "Err.. Tahu cikgu" balas Nuri takut-takut. "So, apa alasan awak? Awak tahu Cikgu Suzanna kerap mengadu yang awak selalu lambat. Kenapa?" soal Cikgu Azahari.

Nuri hanya menundukkan kepala sahaja kemudian bersuara. "Saya..saya hantar adik saya cikgu.. Mak saya tak sihat." "Maksudnya?" Cikgu Azahari menginginkan sebuah penjelasan. "Saya hantar adik saya ke sekolah rendah. Kemudian hantar kuih ke warung Pak Deris disimpang sebelah sekolah. Saya bantu mak saya sebab mak saya tak sihat." sayu sahaja Nuri menutur kata.

"Hmm. Macam nilah tak salah kalau awak nak tolong mak awak. Bagus. Tapi sebagai seorang pelajar awak kena punctual. Datang awal ke sekolah." Cikgu Azahari berasa sedikit kasihan dengan Nuri.

Nuri mengangguk faham. Nuri datang dari keluarganya susah. Cikgu Azahari, guru kelasnya faham benar dengan keadaan keluarga Nuri. Bapa Nuri dahulunya pengawal keselamatan disekolah ini. Tetapi kini telah lumpuh akibat kemalangan jalan raya. Hanya ibunya yang berkerja itupun hanya menjual kuih muih.

"Takpelah Nuri kali ini saya lepaskan kamu. Tetapi hukuman tetap dijalankan supaya kamu sedar dengan kesalahan kamu. Saya mahu kamu kemaskan stor sukan sebelum balik. No excuse." "Baik cikgu, terima kasih" kata Nuri terpancar sedikit senyum dibibir.

Bersyukur tidak dikenakan apa-apa tindakan. Nuri keluar dari bilik guru setelah diminta cikgu Azahari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience