Bab 19

Other Series 1788

*Beberapa hari kemudian.

"Hi Amal. Kau dah sembuh?" soal Nadya. Amal senyum. "Dah." balas Amal. "Sorry weh tak sempat nak melawat." kata Nadya. "Takpe Amal faham. Nadya buzy dengan majlis tunang abang Faiz kan?" balas Amal. "Ye." balas Nadya, dia tersenyum.

"Thank you sebab bagi coklat." kata Amal. Masa Amal demam Nadya ada bagi coklat kat Amal. Dia suruh budak-budak kampung yang tolong bagi. "Sama-sama." balas Nadya.

"Nanti kau datang eh kenduri kesyukuran kat rumah aku. Family aku buat kenduri sikit sebab abang aku dah tunang." ajak Nadya. "Detail dia nanti aku whatsapp." kata Nadya. "Okay, Insha Allah." balas Amal.

"Amal aku gi toilet jap." kata Nadya. Tiba-tiba rasa hendak ke tandas. Cikgu pun tak masuk lagi. "Okay." balas Amal. "Nanti kalau cikgu tanya. Cakap aku gi toilet." pesan Nadya. Amal mengangguk.

"Syakir." sebaik sahaja Nadya nampak Syakir. "Apa?" balas Syakir. "Aku ada benda nak cakap ni." kata Nadya. "Apa cakaplah." balas Syakir. "Hari Ahad ni family aku ada buat kenduri sikit. Jemputlah datang." kata Nadya. "Insha Allah. Najhan kau tak ajak ke?" soal Syakir. "Emm.. kau tolong ajak dia sekali boleh?" kata Nadya. "Okay." balas Syakir.

Mereka bergerak ke destinasi masing-masing.

"Alamak, cikgu dah masuk." bisik Nadya. "Assalamualaikum cikgu." kata Nadya. Dia mengetuk pintu kelas. "Ha, Nadya. Lama pergi toilet?" soal Cikgu Siti. Cikgu Siti, cikgu matematik yang paling cerewet. Memang tak sah kalau tak perli student.

"Maaf cikgu." kata Nadya. Malu rakan sekelas jadi penonton. "Hmm.. dah lah pergi duduk." kata Cikgu Siti. "Terima kasih Cikgu." balas Nadya. Dia terus duduk ditempatnya. Lega hatinya apabila Cikgu Siti tidak mendenda.

Cikgu Siti pun memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran.

*Loceng berbunyi.

"Okay. Sampai sini je pembelajaran kita hari ni saya nak kamu semua siapkan kerja rumah yang saya berikan. Dan jangan lupa untuk ulangkaji." kata Cikgu Siti sebelum beredar keluar dari kelas.

"Terima kasih Cikgu." ucapan ketua kelas. Ucapan itu turut diucapkan oleh pelajar 5 Anggerik.

Cikgu Siti pun beredar.

"Korang." panggil ketua kelas. "Apa?" balas Ainul. "Ha'ah ada apa?" soal Nadya. "Cikgu Raihana tak masuk kelas hari ni tapi.." belum sempat ketua kelas bercakap seluruh kelas jadi riuh rendah.

"Weh, dengar lah dulu." kata Ainul. "Senyap-senyap." ketua kelas tinggikan suara. "Cikgu Raihana ada bagi homework." kata ketua kelas. "Ala.." kata Jaja. "Korang kena hantar hari ni sebelum balik." ketua kelas mengedarkan lembaran kerja yang diberi oleh Cikgu Raihana.

"Wajib ke?" soal Jaja. "Wajib!" ketua kelas bertegas. "Ok chill." balas Jaja. Jaja antara pelajar yang paling kurang rajin dalam kelas Amal. Walaupun begitu dia antara pelajar top 5 dalam kelasnya.

"Amal.. jom buat sama-sama." kata Jaja. Amal seorang pelajar yang bijak dia dapat skor yang baik dalam beberapa subjek terutamanya dalam subjek biologi. Lembaran kerja yang diberi oleh ketua kelas tadi ialah berkaitan subjek biologi.

"Tak boleh." balas Nadya. "Kedekutnya." balas Jaja. "Nadya.. boleh je Jaja. Jomlah join kami." kata Amal. "Yeah, thank you." Jaja gembira.

Amal, Nadya dan Jaja pun bersama berbincang mengenai soalan yang terdapat dalam lembaran kerja. Mereka juga menyuarakan pandangan masing-masing berkaitan soalan yang hendak dijawab.

Selang beberapa sesi pengajaran dan pembelajaran. Akhirnya loceng berbunyi menanda tamatnya persekolahan hari ini.

"Amal ingat tau ahad ni." kata Nadya. Amal mengangguk. "Okay." balas Amal. "Ajak family kau sekali. Jangan lupa." pesan Nadya. "Insha Allah." Amal membalas.

Mereka pun balik ke rumah bersama-sama. Mereka tidak banyak berbual kerana tidak banyak topik yang hendak dibualkan. Sesekali mereka hanya mengumpat sedikit mengenai rakan sekelas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience