Bab 11

Other Series 1788

Syakir sedang bersiar-siar disekeliling kampungnya. Sedang dia berjalan dia terpandang ke arah sesorang. Lalu dia pun menghampiri orang tersebut.

"Amal?" panggil Syakir. Syakir pun melabuhkan punggungnya dan duduk bersebelahan Amal. Amal hanya menunduk. Namun Syakir merasakan sesuatu yang tidak kena. Oh tidak Amal sedang menangis. Air matanya berjurai. Pipinya basah.

"Amal. Amal okay tak." bicara Syakir dengan Amal. Risau dia melihatkan Amal begitu. Ini pertama kali dia melihat seorang gadis menangis melainkan ahli keluarganya sendiri.

Amal memandang Syakir dan mengangguk. Dia mengukirkan sedikit senyuman. "Kenapa?" soal Syakir. Dia tidak tahu bagaimana untuk bertanya soalan kepada Amal. Takut sekiranya dia akan menguriskan perasaan Amal.

"Amal okay. Takde apa-apa." kata Amal bagi membalas soalan Syakir. "Habis tu habuk masuk mata Amal?" kata Syakir. Amal menggeleng dan ketawa sedikit. "Taklah." jawab Amal.

Syakir gembira kerana kini Amal lebih banyak berbicara dengannya. Walaupun tidak selalu Amal membalas pertanyaannya tapi sekurang-kurangnya Amal masih juga memberi respon. Bagi Syakir itu sudah memadai.

"Amal biasa lah hidup. Macam orang kata dulu kita menangis nakkan mainan. Bila besar menangis sebab dijadikan permainan." ujar Syakir. Dia hanya meneka sahaja sebab mengapa Amal menangis.

"Eh?" kata Amal. "Kenapa salah ke?" kata Syakir. "Salah tu tak. Tapi tak sama dengan situasi je." kata Amal. "Habis tu? Kenapa Amal nangis tadi?" soal Syakir. Mahu atau tidak terpaksalah Amal membuka ceritanya.

"Amal rindukan arwah mama." perlahan sahaja Amal menutur kata. Dia menahan sebak didada. "Alamak. Salah pulak." kata Syakir didalam hati. "Err.. Amal sorry. Syakir tak tahu." ujar Syakir dengan nada kesal. "Takpe." kata Amal.

"Dah lama ke?" soal Syakir teragak-agak. "Hmm?" kata Amal. "Dah lama mama Amal meninggal?" jelas Syakir berkenaan soalannya. "Tak lama bagi Amal. Baru lima tahun." tutur Amal. Kata-kata Amal dibalas dengan anggukan Syakir.

"Sabar ye Amal. Doa banyak-banyak untuk mama Amal. Insha Allah dimakbulkan. Syakir doakan mama Amal bahagia di alam sana." ujar Syakir. "Terima kasih. Insha Allah." balas Amal. "Bagi Amal, mama sentiasa hidup di hati Amal." kata Amal lagi.

Setelah menghabiskan ayatnya Amal dan Syakir pun menikmati pemandangan kampung yang indah. Mereka terpersona dengan keindahan panorama kampung ketika ini.

"Err.. dah petang ni. Amal kena balik." kata Amal selepas sekian lama mereka berdua mendiamkan diri. Syakir berpaling dan berkata, "Oh okay. Jangan diri. Kalau ada apa-apa jerit je nama Syakir. Nanti Syakir datang." Gurauan Syakir dibalas dengan senyuman Amal.

Amal pun berlalu meninggalkan Syakir yang masih setia menikmati pemandangan kampung. Mahu sahaja dia lama-lama disitu.

Tapi apa kan daya mummy tentu akan risau sekiranya dia lewat pulang. Mummy bukanlah ibu tiri yang garang tetapi dia seorang yang sangat prihatin terhadap Amal. Amal hormatkan mummy sebagai isteri kepada papanya juga sebagai ibu tiri.

Lagi pula Amal sudah berjanji untuk pulang awal. Dia tidak mahu mengingkari janji. Mungkir janji buruk padahnya.

.....

"Assalamualaikum." Amal memberi salam. "Waalaikumsalam." jawab papa Amal. "Amal, pergi siap kita nak keluar makan." kata papa. "Okay pa." jawab Rian.

Rian pun masuk ke rumah untuk bersiap. Setelah beberapa minit, penghuni di rumah Amal sudah siap untuk pergi makan.

"Semua dah siap?" tanya papa. "Dah." jawab Amal dan Irfan. "Kak Izyan mana?" soal papa. "Kak Izyan kat atas ambil dompet dia." jawab Irfan. "Hmm, takpelah kita tunggu dalam kereta." kata papa. "Okay." kata Amal.

Irfan mengikut papa masuk ke dalam kereta.

"Mummy, kami tunggu dalam kereta." kata Amal kepada mummy. Mummy berada dalam tandas ketika itu. "Ye." jawab mummy.

Semua orang masuk ke dalam perut kereta. "Dah?" soal papa kepada ahli keluarganya. "Dah pa." jawab semua.

"So kita nak pergi makan kat mana?" soal papa. Kereta papa meluncur keluar dari perkarangan rumah. "Emm.." jawab Izyan. "Nak western." Jawab Irfan. "Okay juga western. Mummy sokong." kata mummy. "Izyan pun." kata Izyan.

"Amal?" soal mummy. "Err.. Amal tak kisah. Mana-mana pun boleh." balas Amal. "Kalau tu macam kita makan western." kata papa. "Yeah." kata Irfan.

Seluruh ahli keluarganya ketawa. Mereka makan disebuah restoran western yang bernama, 'Hungry Grill'. Restoran ini berkonsepkan barat. Makannya semua adalah masakan barat. Restoran ini merupakan restoran kegemaran mama sewaktu mama masih hidup.

"Mama.." Amal teringatkan mama. "Ha?" kata mummy. "Amal cakap apa?" soal mummy. "Err.. takde apa-apa mummy." Amal senyum. "Oh." balas mummy. Mummy turut tersenyum.

Malam itu, Amal dan keluarganya memesan pelbagai jenis makanan seperti chicken chop, meat ball, salad dan sebagainya. Mereka kekenyangan makan makanan tersebut. Makanan tersebut juga kena dengan tekak mereka.

"Thanks papa belanja anak-anak." kata mummy. "Sama-sama." balas papa. Papa mendapat bonus sebab itulah papa belanja keluarganya.

Usai makan, papa membuat bayaran dikaunter dan mereka pun balik ke rumah dengan hati yang gembira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience