Bab 7

Other Series 1788

Bab 7

"Cuti sekolah nanti kau tak pergi mana-mana ke Syakir." soal Najhan. "Tak kot." balas Syakir. "Lah bosannya." bicara Najhan. "Takpe cuti nanti kau ikut aku. Kampung sebelah ada buat fun fair." ujar Najhan. "Hah? Fun fair? Serious?" pelik juga Syakir bila dapat tahu dikampung ada fun fair.

"Come on Syakir ingat kat bandar je ada fun fair. Sini pun ada lah." bicara Najhan sedikit bongkak. Syakir hanya mengangguk kepala.

Buku serta alat tulis dimasukkan ke dalam beg. Syakir, Najhan serta rakan sekelas bersedia untuk pulang.

Ringggg.. loceng pun berbunyi.

"Bangun... terima kasih cikgu." Najhan selaku ketua kelas memberi ucap terima kasih kepada cikgu. "Terima kasih cikgu." giliran satu kelasnya pula.

"Jom balik." Najhan mengajak Syakir balik bersamanya. "Jom." balas syakir. Sambil berjalan mereka berbual kosong.

Sampai sahaja didepan rumah Syakir. Dia bersalaman dengan Najhan. Sebelum masuk, Najhan berpesan padanya agar tunggu dihujung kampung pada esok hari. Bukan apa dia mengajak untuk pergi ke fun fair yang diceritanya tadi. Syakir setuju sahaja dengan ajakan itu. Teruja sahaja dia kerana ingin sekali melihat sendiri suasana fun fair tersebut.

*Keesokan harinya.

"Oi Syakir." tegur Najhan dari belakang. Lambat betul mamat ni datang. Dia yang berjanji dia yang datang lambat.

"Hehe. Sorry lambat sikit, ada hal sikit." kata Najhan. "Engkau lambat sikit je Han. 15 minit je." perli Syakir. "Sorry-sorry. Nanti aku belanja kau eh?" kata Najhan sambil membuat muka comel. Jari telunjuk kiri dan kanan Najhan dilaga-lagakan.

"Masha Allah." Istighfar Syakir. Loya tekak Syakir melihat kelakuan Najhan. Kata-katanya itu disambut dengan ketawa Najhan.

"Dah ah. Jom gerak." Najhan mengajak Syakir. Mereka bergerak ke fun fair tersebut.

*Di fun fair.

"Tak sangka kat kampung ada tempat best macam ni." teruja Syakir dengan suasana fun fair dikampung. Terdapat pelbagai permainan menarik serta gerai jualan. Macam biasa popcorn, gula-gula dan cucuk-cucuk ada disitu. Lebih syok lagi rumah hantu pun ada.

"Uish, siapa kata kampung ni tak best dia memang rugi la weh." ujar Najhan. Syakir dan Najhan mencuba pelbagai permainan disitu. Sekali sekala berseronok apa salahnya. Bukan mencuri pun. Cuma tulah membazir.

......

"Amal.." nama Amal dipanggil. "Sini-sini." ujar Nadya sambil melambai. Teruja pulak dia. "Eh, cepatnya sampai?" soal Amal. "Hehe, saje datang awal tengok tempat." balas Nadya.

"Mal.. jom beli gula-gula kapas kat sana." ajak Nadya sambil menunjuk ke arah gerai yang menjual manisan. "Jom-jom." kata Amal. Diikutkan sahaja kehendak kawannya itu.

"Bang, gula-gula kapas dua." pinta Nadya. "Kenapa nak dua kalau boleh ambil semuanya.." ujar penjual tersebut. "Betul ke?" tanya Nadya. "Betul sebab adik berdua ni manis, abang melting." kata penjual itu lagi. "Uwek!" Nadya membuat gaya hendak muntah.

"Hmm.. tak jadi lah nak beli." Nadya bergerak untuk berlalu pergi. "Eh dik-dik ambik ni abang belanja." kata si penjual. "Tak nak lah." Nadya menolak. "Tak baik tolak rezeki. Ni abang bagi free. Sorry dik abang gurau je tadi." gula-gula kapas dihulur kepada Nadya dan Amal. "Okay, terima kasih." balas Nadya.

"Hahaha. Tak sangka dapat free." ujar Nadya apabila mereka berada jauh dari kedai tadi. Amal hanya tersenyum.

.......

Syakir dan Najhan sedang menikmati steamboat digerai Pak Abu. "Sedap betul steamboat ni. Murah pulak tu." ujar Syakir. "Mestilah." balas Najhan sambil ketawa.

"Hmm.. Kir. Aku rasa kau ada crush lah." kata Najhan. "Huh? Crush? Crush mana satu ni?" kata Syakir. "Pergh. Belagak bhai. Tahu lah ramai peminat." Mereka berdua ketawa.

"Bukan itu, aku rasa ni yang baru, tu sana tu. Dari tadi dok usha kau. Nak kata usha aku macam tak je. Aku tahu aku hensem tapi dia tak pandang aku. Dia pandang kau." kata Najhan.

"Ye ye je kau." kata Syakir lalu mendang ke arah yang ditunjukkan Najhan. Terlihat seorang gadis yang berkaca mata. Berbaju kemeja kotak-kotak berwarna merah serta seluar jeans berwarna hitam. Memakai shawl hitam dan kasutnya juga hitam.

Sebaik sahaja Syakir melihat gadis tersebut. Cepat-cepat gadis itu melarikan diri. "See bro? Aku dah cakap. Dia pandang kau. Untunglah ramai peminat." kata Najhan. Syakir tersenyum lalu berkata "Aku rasa dia salah orang tu. Tu yang dia lari." kata Syakir. "Yelah tu." balas Najhan.

.......

"Alah, apa ni asyik tak kena je." ujar Nadya sambil memaling bola ke arah tin-tin kosong yang disusun. Amal yang mencuba turut gagal.

"Bang berapa satu?" pinta orang sebelah. "Tiga ringgit dik. Tiga kali percubaan. Hadiah utama teddy tu." kata abang tersebut. "Okay." ujar orang itu.

Percubaan pertama hanya tiga sahaja tin yang terjatuh. Percubaan kedua nasib menyebelahi orang itu apabila kesemua tin kosong tersebut jatuh. "Yes." kata orang itu. "Wah." kata Nadya. Nadya dan Amal menjadi penonton ketika ini.
"Tahniah dik dapat hadiah utama." Abang tersebut memberi teddy bear kepada orang itu.

"Nah." orang itu memberi teddy bear kepada Amal. "Eh?" kata Nadya. Amal turut terkejut sama.

Amal memandang orang tersebut. "Hi?" kata orang itu sambil tersenyum. "Senyuman tu aku ingat senyuman tu." kata Amal didalam hati.

"Lah engkau rupanya." ujar Nadya. "Nak baling tin tu pulak ke?" tambah dia lagi. "Tak-tak." balas Syakir. Senyuman tidak lekang dibibirnya. Sesiapa yang melihat mesti akan cair.

"Bak sini." Nadya mengambil teddy bear ditangan Syakir. Bukan mengambil tapi merampas. "Bagi aku jelah Amal tak suka teddy bear." ujar Nadya. "Terima kasih eh? Susah je." kata Nadya sambil mengusap teddy bear tersebut.

Syakir hanya menggelengkan kepala lalu beredar. Ada betulnya Amal memang tidak suka teddy bear.

"Kau buat apa kat situ bro?" soal Najhan. "Buat apa? Main game lah." balas Syakir. "Aku tahu tapi asal kau bagi teddy bear kat awek tadi." soal Najhan ingin tahu lebih mendalam. "Aku kesian dari tadi dorang main tak dapat apa. Tu yang aku tolong." kata Syakir.

"Tunjuk gentleman pulak. Kau kenal dorang ke?" soal Najhan. "Kenal tu taklah cuma tulah orang yang aku cerita hari tu." balas Syakir. "Yang mana? Yang benjol dahi tu ke?" tanya Najhan. "Ha. Yang tulah." kata Syakir.

"Yang mana satu? Amal ke Nadya?" banyak pulak soalan yang keluar dari mulut Najhan. "Err.. Amal kot." balas Syakir. Dia teringat nama yang disebut Nadya sebentar tadi. "Oh" balas Najhan. "Kau kenal dorang ke?" kali ni giliran Syakir bertanyakan soalan kepada Najhan. "Tak kenal. Tahu nama je." jawab Najhan. "Cehh! Cakap macam kenal." balas Syakir. "Hahahaha." kata-kata Syakir dibalas dengan ketawa Najhan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience