Bab 17

Other Series 1788

Najhan pun hendak berlalu pergi. "Weh." panggil Nadya. "Apa.." jawab Najhan. "Haish." bentak dia didalam hati. "Kau nak pergi mana?" soal Nadya. "Balik." balas Najhan. Dia langsung tidak memandang Nadya. Nadya berada dibelakangnya.

"Amal dengan Syakir macam mana?" soal Nadya. "Pandai-pandai doranglah. Ha. Takpun kau tunggu dorang kat sini." balas Najhan. "Sorang-sorang?" kata Nadya. Najhan hanya mengangkat bahu.

Beg Najhan ditarik hampir sahaja dia hilang keseimbangan. "Argh." kata Najhan. "Kau marah aku ke?" soal Nadya. Dia berdiri tepat dihadapan Najhan. Matanya dikecilkan. Muka Najhan direnung tajam. Najhan buat muka dia meninggalkan Nadya tanpa sepatah kata.

"Woi." jerit Nadya bukan main lagi. Mentang-mentanglah tiada siapa disitu selamba je dia menjerit. Nadya membaling keychain teddy bearnya tepat ke kepala Najhan. "Yes." kata Nadya.

Najhan pusing belakang sempat lagi tangannya mengutip keychain Nadya. "Kau kenapa?" soal Najhan. Najhan berjalan ke arah Nadya. Nadya kecut perut. "Err.." balas Nadya. "Kau.. marah.. aku?" soal Nadya tersekat-sekat. "Tahu takut." bisik hati Najhan. Hampir sahaja dia tergelak melihat tingkah laku Nadya. Tapi dia tahan sahaja ketawanya. Haha.

Kali ni Najhan pula memberi renungan tajam kepada Nadya. Nampaknya kali Najhan 'menang'. Nadya hanya menunduk. Malas berdiri lama, Najhan berjalan semula.

"Najhan." Nadya memanggil lagi. Kali ni lembut sahaja. "Apa.." jawab Najhan. Entah mengapa dia masih nak layan perangai Nadya. "Keychain aku?" pinta Nadya. "Aku ambik." balas Najhan. Dia terus berjalan. Keychain disimpan dalam poketnya.

"Apasal aku baling keychain tu?" kata Nadya sendirian. "Tu keychain kesayangan aku kot." kata dia lagi. "Tak pasal-pasal Najhan ambik. Haish. Dia nak buat apa dengan keychain aku tu. Takkan nak buang kot." Nadya mula overthinking. "Tapi dia simpan dalam poket. Maknanya tak lah kan? Hmm." Nadya menyesal membaling keychain tersebut.

......

"Amal.. Syakir ada benda nak cakap.. Syakir harap apa yang Syakir cakap ni.. err.. tak ubah hubungan kita. Maksud Syakir persahabatan kita." kata Syakir. Jantungnya berdegup laju. Larian merentas desa pun tak se nervous macam ni. "Apa dia?" balas Amal. Amal pun nervous sebenarnya.

"Syakir sebenarnya.." kata Syakir. "Aduh come on Syakir sampai bila kau nak macam ni?" kata hati Syakir. Fuhh. Syakir menghembus nafas. "Amal sebenarnya cerita yang kat blog tu memang betul. Ye Syakir mengaku. Tapi bukan Syakir yang sebarkan. Syakir pun tak tahu siapa punya angkara." kata Syakir. "Jujur Syakir memang Syakir suka Amal." Hah.. Syakir menarik dan menghembus nafas.

"Sejak bila?" soal Amal. "Sejak kali pertama Syakir jumpa Amal." balas Syakir. Nervousnya kian menghilang. "Seawal tu?" soal Amal. "Ye." Syakir mengangguk. "Sebenarnya Syakir perasan masa Nadya dan Amal pandang-pandang Syakir kat kantin dulu. Sejak hari tu, Syakir rasa macam nak kenal dengan Amal." kata Syakir. "Hah?" Amal menunduk malu.

"Tipu lah kalau Syakir tak harapkan jawapan positif daripada Amal. Tapi harapnya benda ni tak jejas persahabatan kita. Kita still boleh berkawan kan?" kata Syakir. Amal mengangguk. "Syakir tak nak paksa Amal untuk terima Syakir. Tapi Syakir rasa lega bila dapat luahkan." kata Syakir. "Takpelah Syakir pergi dulu." kata Syakir. Saat ini dia mahu berlari sahaja. Malu.

"Syakir." panggil Amal. Syakir menghentikan langkah buat seketika. "Terima kasih." ucap Amal. "Eh?" bicara Syakir perlahan. Dia mengangguk dan berlalu pergi apabila tiada lagi kata-kata keluar dari mulut Amal.

"Dia terima aku ke? Kenapa dia ucap terima kasih?" Syakir terasa pelik. "Kenapa aku tak tanya tadi. Haish." Syakir berasa sedikit rungsing.

"Syakir." jerit Najhan. "Nak pergi mana?" soal Najhan. "Pergi latihan." balas Syakir. "Tak payah pergi." kata Najhan. "Eh?" balas Syakir. "Dah dibatalkan." kata Najhan. "Oh." balas Syakir. "Macam mana tadi okay?" soal Najhan sambil mengangkat ibu jarinya. "Entah." balas Syakir. "Hah?" balas Najhan.

"Dah cakap belum." soal Najhan. "Dah." balas Syakir. "So?" kata Najhan. Syakir hanya mengangkat bahu. "Kena reject ke?" tanya Najhan. "Tak tahu lagi." balas Syakir. "Okay." kata Najhan. Haish. Apalah Syakir ni.

"Nadya mana?" soal Syakir. "Bukan tadi dia dengan kau?" pelik pulak Syakir. "Entah dah balik kot. Ha yang kau tu Amal mana?" soal Najhan pula. "Err.. entah." balas Syakir. Najhan menggeleng kepala. "Dah la jom balik. Mereka berdua pun balik ke rumah.

......

"Nadya." tegur Amal apabila dia nampak Nadya duduk termenung dikerusi batu dekat dengan kolam ikan. "Amal." balas Nadya. "Tak pergi latihan ke?" soal Amal. "Rasanya dah pukul 3 lebih. Kenapa Nadya masih kat sini?" kata Amal. "Tak. Latihan dibatalkan." kata Nadya. "Batal?" soal Amal. "Ha'ah. Aku kat sini pun sebab tunggu kau je." kata Nadya.

"Najhan mana?" soal Amal. "Entah dah balik kot." balas Nadya. "Amal macam mana tadi? Syakir cakap apa?" Nadya teringin nak tahu kisah sebenarnya. "Err.." Amal tidak tahu ingin bermula dari mana. "Syakir suka kau kan?" soal Nadya. Dia dah tahu. Kan dia dah dengar perbualan Qiara dengan Atiqah tadi.

"Macam mana Nadya tahu?" tanya Amal. "Aku teka je." Nadya menipu. Dia ingin merahsiakan dulu mengenai hal tadi. Amal mengangguk. "Jadi betul lah?" kata Nadya. "Ye." balas Amal. "Amal terima tak?" Nadya tahu Amal pun suka Syakir. Tapi dia tak nak mengaku. Mungkin still confuse.

Amal menggeleng kepala. "Lah kenapa?" Nadya sedih pula. Dia suka sebenarnya kalau Amal dengan Syakir. Sebab Syakir layan Amal dengan baik. Dia percayakan Syakir. "Amal tak cakap apa-apa lagi." kata Amal. Dia belum bersedia untuk bagi apa-apa keputusan. "Oh.." lega hati Nadya.

"Takpe fikir je dulu. Yang penting kena ingat tahu ni kita nak SPM. Tu prioriti kita." nasihat Nadya. Amal mengangguk. "Jomlah balik." Nadya mengajak Amal pulang. "Tapi sebelum tu singgah mesin degegang dulu. Hauslah." Nadya penat dari tadi asyik berjalan je. "Okay." balas Amal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience