Bab 16

Other Series 1788

*30 minit sebelum latihan bermula.

"Amal." Najhan dan Syakir menghampiri Amal. Amal berdiri tegak tidak bergerak. "Oh. Korang." tegur Nadya. "Amal. Ni Syakir ada benda nak cakap." Najhan menolak Syakir dekat dengan Amal. Dia turut menyiku belakang Syakir. Syakir menoleh, Najhan membuat isyarat mata.

"Nadya jom gi bilik muzik." ajak Najhan. "Hah?" balas Nadya. "Kenapa pulak mamat ni nak ajak aku pulak?" bisik hati Nadya. "Nadya, jom." Najhan keraskan sikit suaranya. "Okay." Nadya yang kebingungan mengikut sahaja Najhan. Najhan mahu memberi ruang kepada Syakir untuk berterus-terang kepada Amal.

"Weh." kata Nadya. "Apa?" balas Najhan. "Asal kau ajak aku gi bilik muzik?" soal Nadya. "Latihan?" balas Najhan. "Habis tu Amal dengan Syakir?" kata Nadya. "Nanti dorang datanglah. Kau ni, kau yang suruh aku bagitahu Syakir yang pasal blog tu. Tu Syakir tengah nak explain lah tu." balas Najhan. "Oh, tapi aku tak boleh dengar ke?" soal Nadya. "Tak payah kacau daun." balas Najhan.

"Kacau daun?" Nadya ketinggalan dibelakang. Dia berlari mendapatkan Najhan. "Kacau daun apa? Jadi betul ke yang Syakir tu.." macam tak percaya Nadya dibuatnya. "Shh.." balas Najhan. Najhan meletakkan jarinya dibibir. "Weh, betul ke?" soal Nadya. Najhan senyap dan terus berjalan.

"Betul ke Syakir suka Amal?" monolog Nadya. "Memang aku ada syak tapi.. hmm.." kata Nadya lagi. "Tak salah pun kan. Normal lah tu. Kalau aku lelaki, aku pun akan suka Amal." Nadya tersenyum.

"Oi cepatlah." kata Najhan. Kalau bukan kerana Nadya mempunyai kunci bilik muzik takde maknanya dia nak tunggu Si Nadya ni. "Sabarlah." jawab Nadya. Mereka pun naiki anak tangga. Bilik muzik berada ditingkat satu.

"Hahaha. Apalah korang ni." Tiba-tiba Najhan terdengar suara orang yang sedang berbual-bual. "Eh jap." Tangan kanan Najhan didepakan. Nasib baik tak terkena Nadya yang berjalan dibelakang. "Weh." Nadya terkejut.

"Shh.. Kau dengar tak?" soal Najhan. Najhan sedang meneliti sesuatu. "Dengar apa?" bisik Nadya. "Aku dengar suara orang." balas Najhan. "Orang?" Nadya sedikit seram. "Siapa weh?" Nadya memerhati keadaan sekeliling. Dah la bilik muzik berada dibangunan belakang. Ada pula bunyi suara-suara.

"Hahaha.. tak baik lah." suara tersebut kedengaran lagi. "Dengar tak?" bisik Najhan. Nadya mengangguk. "Siapa tu weh?" soal Nadya. Najhan mengangkat bahu. "Jom." ajak Najhan. "Hah?" respon Nadya.

Najhan bergerak turun ke bawah semula dan berdiri di bahagian tepi tangga. Nadya pula berdiri dibelakang Najhan. Beberapa jarak diambil Nadya agar tidak terlalu rapat dengan Najhan. Mereka pun mendengar perbualan orang tersebut.

"Weh aku tak sangka cerita ni boleh meletup." kata student A. "Yelah la weh." balas student B. "Macam kau boleh dapat cerita ni?" soal student A. "Hari tu masa kat library. Aku dengar dorang sembang." balas student C. "Tapi serious lah Syakir suka Amal. Muka hensem tapi takut nak luahkan. Hahaha." kata student A. "Entahlah." balas student B.

"Syakir, Amal? Weh Najhan." kata Nadya. "Aku tahu kejaplah." balas Najhan. Dia masih mahu mendengar perbualan mereka.

"Tak sangka orang macam Amal tu pun ada crush." kata student D pula. "Tapi thanks kat korang sebab share cerita ni kat blog aku." tambah student D lagi. "Sama-sama tapi kau patut say thank you kat Nuri." balas student A. "Tak kerana Nuri yang dengar Syakir dengan Najhan borak takde cerita hot kat blog kau tau." balas student A lagi.

"Oh jadi korang yang buat cerita ni?" tegur Nadya tiba-tiba. "Weh Nadya." panggil Najhan. "Kau diam." kata Nadya. Nuri juga berada disitu. Dialah orang yang bertanggungjawab menyebar cerita ni. Tetapi Nuri hanya terdiam. Tak sangka perbuatannya telah terkantoi.

"Rupanya korang yang bawa mulut. Korang ni tak patut tau." kata Nadya. Tegas tapi masih lagi tidak kurang ajar. "Apa?" balas Atiqah. Dia buat-buat tidak tahu. "Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula. Korang yang buat cerita kat blog tu kan." Wah Nadya berpantun pula. Najhan ketawa. Nadya buat muka marah. "Haha.. comel pula Nadya ni marah." kata Najhan didalam hati. "Najhan..." tegur Nadya. Dia perasan Najhan sedang memandang dia.

"Korang ni tak baik tau. Kesian Amal." balas Najhan. Najhan mempertahankan Amal. "Ye, korang tahu tak sebab korang Amal kena serang dengan kelab peminat Syakir." kata Nadya. "Hah?" Najhan terkejut. "Kelab peminat mana pulak ni?" soal Najhan. "Kesah pulak." Qiara bersuara. Soalan Najhan tidak diendahkan.

"Kau ni Qiara tak habis-habis menyusahkan orang. Dulu sibuk buat thread kat twitter pasal ex. Sekarang buat blog pulak." kata Nadya. "Eh?" respon Najhan. "Suka hati aku lah yang kau over sangat tu kenapa?" soal Qiara. Dia membuat muka bongkak. "Memang lah aku over. Amal kan kawan aku. Kau apa tahu. Kawan pun takde." Nadya tinggikan suara. "Cakap elok sikit." kata Qiara.

Mereka seperti hendak memulakan pergaduhan. "Stop." Najhan menghalang. Tapi malang bagi Najhan apabila dia ditampar oleh Nadya dan Qiara. "Alamak." kata Nadya dan Qiara. Lantas Qiara pergi meninggalkan Nadya dan Najhan. Langkahnya turut dilajukan.

Nadya hanya sempat menjeling. Matanya kini tertumpu kepada Najhan. "Err.. Najhan kau okay ke?" soal Nadya. Najhan mencangkung. Rahangnya terasa perit. Najhan bangun dan meninggalkan Nadya. Tapi sempat juga dia menjeling Nadya. "Perempuan." kata Najhan didalam hati.

"Aduh kuat betul dorang tampar aku." kata Najhan sambil memegang pipi. Pipinya digosok perlahan. Nadya ikut Najhan dari belakang. Dia hanya memerhati Najhan dari belakang. Rasa bersalah menggunung. Mereka akhirnya tiba dihadapan bilik muzik. Nampaknya Daniel sudah ada. Dia tunggu disitu.

"Lambatnya korang ni." marah Daniel. Daniel Darren Joon itu nama penuh Daniel. Opps jangan ingat Daniel ni ada mix korea eh. Sebab Daniel ni sebenarnya orang Sabah. "Pahal korang lambat?" soal Daniel.

"Sorry Danny." balas Nadya. Dia membuka kunci pintu bilik muzik. "Danny? Suka hati kau je. Nama aku Daniel lah." kata Daniel. Najhan tergelak tapi cepat-cepat dia bertukar serious apabila Nadya dan Daniel memandang. "Tak payah buka pintu tu. Hari ni takde latihan." kata Daniel. "Hah?" balas Nadya. Najhan pun terkejut sama.

"Apa maksud kau?" tanya Nadya. "Tadi aku jumpa Cikgu Ann kat sini dia kata latihan dibatalkan." jelas Daniel. "What?" kata Nadya. "Aku tunggu korang kat sini sebab nak bagitahu benda ni lah." kata Daniel. "Thanks tapi kenapa tak letak memo je kat sini?" kata Nadya. "Eh? Err.. aku tak terfikir." kata Daniel. Ye tak ye juga kenapa dia tak terfikir. Haish buang masa betul.

"Dah lah." Daniel angkat kaki meninggalkan Najhan dan Nadya. Dia nak balik. Penat menunggu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience