Bab 10

Other Series 1788

*Di rumah Nuri.

"Korang tengok ni. Budak junior ada buat group baru." kata Khaireen Husnal, rakan sekelas Nuri. Selain Khaireen terdapat juga Atiqah, Wawa dan Erni. Atiqah dan Wawa dari kelas 5 Seroja. Manakala Erni sekelas dengan Nuri dan Khaireen.

Mereka sedang membuang masa dirumah Nuri. Memang kebiasaannya waktu cuti mereka melepak bersama.

"Group apa?" soal Nuri. "Ha'ah group apa?" soal Wawa pula. "Group kelab peminat Syakir." kata Khaireen sambil menahan ketawa. Geli hatinya. "What?" balas Erni. "Syakir yang kelas kita tu ke?" tanya Nuri bagi mendapatkan kepastian daripada Khaireen. "Yup." balas Khaireen. "Merepek je dorang ni macam artis pulak." Atiqah mencelah. "Entahlah." balas Khaireen.

"Tapi ramai jugak yang join. Kebanyakkan crush Syakir yang join. Dorang share semua pasal Syakir." kata Khaireen. "Bapak scary. Dah macam stalker." kata Atiqah. "Tulah pasal. Syakir tahu ke pasal ni?" soal Erni. "Aku tak rasa dia tahu." balas Khaireen.

Mereka semua hanya mampu menggeleng kepala mendengarkan cerita Khaireen mengenai kelab peminat Syakir itu. Syakir menjadi lebih popular setelah dia menjadi vokalis band sekolah. Tak sangka kini dia mempunyai kelab peminatnya sendiri.

"So, korang ada yang nak join?" soal Khaireen. "No." balas Atiqah. Wawa dan Erni hanya menggeleng kepala. "Nuri nak join?" soal Khaireen. "Err..taknak lah." balas Nuri. "Kalau taknak takpe. Kalau rasa nak join bagitahu aku okay? Nanti aku bagitahu adik aku. Actually dia ada dalam group tu." kata Khaireen. "What? Apa adik kau buat dalam group tu?" soal Wawa. "Entahlah kawan dia yang masukkan." balas Khaireen. "Oh." kata Wawa.

"Tapi kan aku rasa Syakir tu dah ada someone." kata Erni. "Siapa?" soal Nuri. "Amal." jawab Erni. "Amal yang mana?" tanya Nuri lagi. "Amal makruf nafi mungkar." jawab Atiqah sambil ketawa. Wawa turut tergelak sama.

"Bukanlah korang ni tak baik." kata Erni. "Habis tu siapa?" soal Wawa. "Amalina kelas 5 Anggerik." kata Erni. "Siapa tu tak kenal pun." kata Wawa. "Dia yang main keyboard tu kan?" kata Nuri. "Ha yang tulah." balas Erni. "Oh." kata Wawa dan Atiqah.

"Actually aku selalu jugak tengok dorang together." balas Atiqah. "Ye ke?" soal Erni. "Aku tak ingat berapa kali aku nampak tapi ada lah." balas Atiqah. Nuri hanya terdiam sahaja.

"Nuri, kau suka Syakir?" soal Khaireen secara tiba-tiba. "Ha?" balas Erni pula. Nuri terkejut dengan pertanyaan Khaireen. "Mana ada." balas Nuri. Pipinya kelihatan kemerah-merahan menahan malu.

"Aku tahu." balas Khaireen. "No." balas Nuri sambil membuat silang tangan membentuk 'x'. "Kami perasan Nuri." ujar Atiqah. "Eh." balas Nuri. "Aku selalu perasan yang kau suka pandang Syakir dalam kelas." kata Erni. "Betul tu. Kalau ada Syakir kat mana-mana mesti kau usha lama-lama." giliran Atiqah pula menambah. "Err.." balas Nuri.

"Mengaku je Nuri." kali ni Wawa pula bersuara. "Tak salah kalau kau ada crush. Kami kawan kau. Rahsia kau selamat dengan kami." kata Khaireen. Erni dan Atiqah mengangguk setuju.

"Sebenarnya aku pun tak tahu macam mana." kata Nuri. Dia kurang pasti dengan perasaannya. "Biasa la tu, cinta monyet." kata Erni. "Nanti lama-lama tentu kau akan faham. Kadang-kadang sekejap je lepastu hilang." tambah Erni lagi. "Ye doh, macam Wawa ni dulu suka Aidil tapi sekarang couple dengan Faiq." kata Atiqah. "Eh, aku pulak." balas Wawa.

Mereka berlima ketawa bersama. Terasa lucu melihat reaksi Wawa.

Tetapi jauh disudut hati Nuri tiada siapa yang tahu. Benarkah dia suka kepada Syakir? Adakah ini sebuah rasa cinta? Atau ini hanyalah sebuah cinta monyet semata seperti kata Erni?

Kisah cinta Nuri sama sahaja seperti lagu Monologue yang bertajuk Chinta.

" Kau hadir bila tiba waktunya,
Tidak diundang tak jua di pinta,
Walau ku lari namun kau tetap datang jua,
Keranamu chinta tak mampu menahannya,
Aku terus mencuba untuk lari dari chinta
Kerana perit terasa sengsara,
tanpa kata kerana dusta.

Chinta kau luhurkan hati ini membuat segalanya indah,
Walau sesekali menjengah tiba,
Oh chinta,
Terasa bahagia,
Hanya menunggu saat dan tika.

Aku akan terus melangkah walau tanpamu oh chinta,
Aku yakin akan agungnya setia,
Ceritera yang tiada akhirnya.

Chinta abadi chinta,
Chinta padanya,
Chinta satu,
Chinta selamanya.. "

"Hei Nuri, termenung apa?" tegur Khaireen yang perasan Nuri sedang mengelamun. "Ha?" soal Nuri. Terkejut dia apabila Khaireen tiba-tiba menampar bahunya. "Teringat Syakir lah tu." kata Atiqah. "Ha'ah." kata Wawa. "Mana ada ee korang ni." kata Nuri.

"Dah la korang nak minum apa? Aku nak ambil air." kata Nuri. Mahu sahaja dia lari dari sini. Malu disakat oleh kawan-kawannya. "Nak mengelak lah tu." kata Atiqah. "Ye." kata Wawa.

"Mana ada, aku kan tuan rumah. Korang tetamu. Kena lah hidang air. Korang nak air apa?" soal Nuri. "Eleh, nak air coconut shake satu." balas Erni. Ternganga mulut Nuri mendengar permintaan Erni. Khaireen ketawa.

"Aku buat air oren jelah." kata Nuri. "Baik tak payah tanya." omel Erni. "Cik kakak oi, rumah ni takde kelapa. Ada air kordial je. Kalau nak lebih-lebih order kat kedai ye." kata Nuri. "Yelah, aku gurau je." kata Erni. Mereka ketawa sesama sendiri. "Ye, aku tahu." kata Nuri.

Nuri pun masuk ke dalam rumah untuk membuat air. Kawan-kawannya hanya bersembang kosong di kerusi batu rumahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience