Bab 9

Other Series 1788

"Najhan.." terdapat sebuah suara yang memanggil Najhan. Najhan mencari arah dari mana suara itu datang.

"Najhan." panggil Nadya. "Oh, Nadya. Asal?" soal Najhan. "Kau dah terpilih band sekolah kan? Cikgu Ann kata Sabtu ni ada latihan. Tolong inform kat Syakir." pesan Nadya. "Sabtu ni. Oh okay-okay. Thanks eh." balas Najhan. "Welcome." kata Nadya dan dia berlalu pergi.

*Hari Sabtu.

Cikgu Ann memperkenalkan dirinya. Cikgu Ann merupakan seorang guru muzik yang berbangsa Cina. Sungguh pun begitu, cikgu Ann amat fasih berbahasa melayu. Cikgu Ann berpengalaman dalam bidang muzik dan menjadi guru bimbingan band sekolah selama beberapa tahun. Dia juga merupakan guru penasihat bagi kelab muzik.

Sesi latihan bermula selepas ahli band sekolah memperkenalkan diri masing-masing.

Syakir menjadi vokalis lelaki manakala Fatin pelajar tingkatan 4 vokalis perempuan. Najhan selaku bassist. Amal pemain keyboard. Daniel selaku drummer. Seorang lagi Natasha pemain gitar kedua. Nadya merupakan pengerusi kelab muzik. Mereka semua kini menjadi ahli kelab muzik.

Selesai sahaja sesi latihan, Cikgu Ann memberikan sedikit teguran yang boleh dipertingkatkan dari masa ke semasa mengenai teknik nyanyian dan cara bermain alat muzik dengan betul. Setelah selesai memberi taklimat Cikgu Ann membenarkan pelajarnya pulang.

"Okay guys tu je yang saya nak ingatkan. Jangan lupa. Kamu boleh balik sekarang." kata Cikgu Ann. "Nadya nanti update pasal latihan akan datang saya inform pada kamu ye." tambah Cikgu Ann lagi. "Okay cikgu." kata Nadya. Semua pelajar pun bersurai pulang.

"Amal, hari ni aku tak dapat nak balik dengan kau lah. Abang aku ambil. Nak teman dia beli barang tunang dia. Sorry tau. Last minute baru bagitahu." kata Nadya. "Oh, takpelah. Okay je." balas Amal. "Sorry tau. Aku balik dulu. Bye." Nadya meminta diri dan melambaikan tangannya. Amal juga melambaikan tangannya.

Amal pun berjalan balik ke rumahnya. "Amal." ada sesorang yang memanggil Amal daripada belakang. Amal memusingkan badannya ke belakang untuk melihat siapa yang memanggilnya itu. Ternyata Syakir yang memanggilnya. "Hi." kata Syakir sambil melambaikan tangannya. Amal tersenyum.

"Sorang je?" soal Syakir. Amal mengangguk. "Kalau macam tu saya teman awak balik sebab saya pun sorang jugak. Najhan ada hal kot." kata Syakir. Sekali lagi Amal mengangguk. Kali ni Amal menghadiahkan senyuman kepada Syakir. Syakir turut berbuat perkara yang sama. Sepanjang perjalanan itu mereka tidak berbual cuma sesekali Syakir membuka mulut dan mengajak Amal berbual.

Mereka lalu dihadapan rumah Syakir. "Amal, ni rumah saya." kata Syakir. "Kalau nanti cari saya ke, nak bagi kuih ke. Datang je sini. Awak dialu-alukan." ujar Syakir sambil ketawa. "Eh?" balas Amal dengan sedikit keliru. "Just in case." balas Syakir. "Okay." kata Amal.

"Kalau macam tu awak baliklah. Rumah awak kan?" kata Amal. "Yup, tapi Amal tak nak Syakir teman sampai rumah?" pelawa Syakir. "Mm, takpe rumah Amal depan simpang tu je." kata Amal. Dia menolak pelawaan Syakir dengan baik. "Betul ni?" kata Syakir. "Ye." kata Amal. "Okay Amal. Take care." ujar Syakir.

Amal dan Syakir berlalu ke arah masing-masing. Kelihatan Syakira sedang baca novel diberanda rumah.

"Ehem-ehem. Maju eh abang sekarang. Senyap-senyap dah ada awek." kata Syakira sambil mengenyit matanya. "Hah? Merepek." kata Syakir lalu mencubit adiknya. "Aduh, sakitlah. Kira bagitahu mama." kata Syakira. "Bagitahulah." kata Syakir. Dia ketawa dan masuk ke dalam rumah. Syakira yang sedang membebel diluar diendahkan Syakir.

........

Amal memberi salam dan masuk ke dalam rumahnya. "Lewat balik?" Amal hanya mengiyakan kata Izyan. Dia terus naik ke biliknya. "Haish. Berat mulut betul." kata Izyan perlahan.

"Amal dah balik?" soal mummy sebaik sahaja keluar dari dapur. "Ye mummy." balas Amal. "Amal jom makan. Mummy dah goreng popia carbonara. Pau goreng kacang merah pun ada. Favourite Amal kan." pelawa mummy. "Emm.. mummy Amal nak naik mandi dulu. Nanti Amal turun makan." kata Amal. "Ha, takpelah pergi mandi. Nanti makan tau" kata mummy. Amal mengangguk.

Mummy merupakan isteri kedua papa. Mummy penganti mama sejak tiga tahun lalu. Papa hanya berkahwin dengan mummy selepas dua tahun kematian mama. Mama sudah lima tahun meninggal iaitu semasa Amal berumur 12 tahun.

Mummy mempunyai dua orang anak hasil perkahwinannya yang terdahulu. Anak-anak itu sekali gus menjadi adik-beradik tiri kepada Amal. Mummy mempunyai seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang bernama Izyan Nayra dan Irfan Naqib.

Izyan berumur 19 tahun. Dia telah menyambung pelajaran ke sebuah kolej swasta. Manakala Irfan berumur 14 tahun. Irfan dan Amal bersekolah di sekolah yang sama.

Hasil perkahwinan papa dan mummy, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Ashriq Naufal. Ashriq kini berumur dua tahun.

"Izyan, nah makan popia ni." mummy memperlawa Izyan dengan popia carbonara. Popia ini sememangnya kegemaran Izyan. Izyan mengambil popia tersebut dan terus menyumbat ke dalam mulutnya.

"Eh, baca doa dulu. Basuh tangan tu." tegur mummy. "Opss." kata Izyan. "Lapar mummy. Dah lap tangan tadi." kata Izyan dan mengambil satu lagi popia. Mummy hanya mengeleng kepala.

"Mummy baby Ash mana?" soal Izyan sambil mengunyah makanan. Tidak senonoh sahaja perbuatannya itu. "Yan habiskan kunyah dulu." tegur mummy. Izyan tersenyum. "Sorry mi. Hehe." kata Izyan. "Baby Ash ada kat bilik. Tengah tidur." kata mummy. "Oh." balas Izyan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience