Shah sedang mengacau kopi di dalam cawannya sambil termenung. Pagi tadi dia tiba awal ke pejabat kerana ingin menyiapkan kerjanya yang terbengkalai akibat ketiadaannya beberapa hari lepas. Dia ke pantri pagi itu untuk membuat secawan kopi sebelum memulakan kerjanya.
"Bro, lama tak nampak kau." Tegur seseorang dari belakang yang menyedarkan Shah dari lamunannya.
"Aku outstation." Jawab Shah pendek.
Azman yang merupakan teman sekerja Shah hanya mengangguk mendengar jawapan lelaki itu.
"Outstation? Takde pulak aku dengar kita ada projek baru dekat mana-mana? Kecuali dekat Setiawangsa tu je sekarang ni yang projeknya tengah berjalan. Tapi aku rasa orang lain yang uruskan." Tanya Azman semula.
Shah diam seketika.
"Ini kerja lain, kau tak payah sibuklah!" Shah mendengus.
Azman gelak kecil.
"Relaxlah bro, aku tanya je. Yang kau tiba-tiba nak emo ni dah kenapa? Gaduh dengan awek ke bro?" Tanya Azman cuba berlawak.
Shah terus mencampak sudu kecil ditangannya ke dalam sinki, malas mahu melayan Azman yang banyak tanya itu. Dia terus beredar dari pantri tersebut, tidak mahu mengusutkan fikirannya lagi.
"Bro? Kopi kau ni taknak ke? Aku melawak je pun! Emo lah mamat ni." Ujar Azman perlahan sebelum mencuci cawan kopi yang tidak disentuh oleh Shah tadi.
Shah menghempas pintu biliknya sebelum duduk di kerusinya. Dia mencabut tali lehernya sebelum mencampaknya ke atas meja.
"Semak betullah! Kalau aku tak pergi kampung perempuan tu, takdenya aku dapat soalan bodoh macamni." Bebel Shah sambil menyelak kasar kertas kerja dihadapannya.
Pintu bilik Shah diketuk oleh seseorang. Oleh disebabkan moodnya yang tidak baik itu, dia menghiraukan keadaan sekeliling.
Orang tersebut mengetuk pintu biliknya sekali lagi.
Shah mendengus kasar sebelum membalas. "Masuk je lah!" Dia kembali melihat fail diatas mejanya.
Kelihatan seorang pekerjanya masuk kedalam pejabat sambil membawa tiga buah fail.
"Maaf mengganggu Encik Shah pagi ni, tapi saya kena serahkan fail ni dekat Encik Shah. Perkara ni urgent." Ujar pekerja wanita itu takut-takut.
Shah menjeling sebelum meraup wajahnya dengan kasar.
"Apa benda ni? Kenapa nak kena hantar saya? Awak tak nampak ke saya ada banyak benda lagi nak kena settle sekarang ni?" Marah Shah sambil membelek fail-fail tersebut.
"Hm, saya tak pasti Encik Shah. Tapi ini ada kaitan dengan projek baru dekat Setiawangsa, bahagian kewangan cakap ada masalah dengan perbelanjaan untuk projek dekat sana. Dia suruh Encik Shah tengok." Jawab pekerja tersebut sambil menunduk ke bawah, takut dimarahi oleh Shah.
Pekerja tersebut meletak ketiga-tiga fail tersebut ke atas meja.
Shah membelek sedikit fail tersebut sebelum mencampaknya ke atas lantai.
"Apa bodohnya bahagian kewangan ni? Projek ni siapa yang handle saya nak tanya?" Tengking Shah tiba-tiba.
Pekerja perempuan itu sudah mula mahu menangis apabila ditengking begitu. Orang ramai mula berkerumun di hadapan pejabat Shah untuk melihat apa yang terjadi.
"Aku tanya sekali lagi siapa yang handle projek ni?!" Soal Shah sekali lagi dengan nada yang sama.
Sekali lagi pekerja perempuan itu terkejut, dengan tergetar-getarnya dia menjawab.
"Eee...encik Khairul." Balasnya pendek.
Shah bercekak pinggang.
"So, kau hantarlah dekat dia? Yang kau hantar dekat aku buat apa? Bukan aku yang uruskan projek ni! Bodoh betul! Kau keluar sekarang, aku taknak tengok muka kau!" Halau Shah.
Pekerja wanita itu mula mengemas kertas-kertas yang bertaburan dari dalam fail tersebut sambil menahan tangisnya. Selesai mengambil fail tersebut dari lantai, dia berdiri semula sambil tunduk ke bawah.
"Saya minta maaf." Ujar pekerja perempuan itu.
"Tunggu apa lagi ? KELUARLAH! TAKKAN AKU NAK KENA BENTANGKAN KARPET MERAH UNTUK KAU BARU NAK KELUAR?" Tengking Shah lagi.
Marahnya sudah tidak boleh ditahan.
Pekerja perempuan tersebut terus berlari keluar dari pejabat itu tanpa berkata apa-apa. Masing-masing terkejut melihat perangai Shah yang tiba-tiba angin pagi itu.
Shah melempar barang-barang di atas meja kerjanya ke atas lantai, dia tidak tahu mengapa moodnya pagi itu tidak baik. Semua benda baginya pagi itu tidak boleh menyenangkannya.
°°°
Tengahari itu, Kamelia bersiap-siap untuk ke pekan kerana ingin membeli barang dapur yang sudah rosak tempoh hari akibat ditolak Roslan ketika dia cuba melepaskan diri. Dia bergegas ke pintu rumah sebelum ditegur Arif.
"Akak nak kemana tu?" Tanya Arif.
"Akak nak ke pekan, beli barang dapur sikit." Ujar Kamelia sambil memakai selipar.
"Kalau macamtu Arif yang hantarkan akak ke pekanlah." Ujar Arif sambil mengambil kunci motor.
"Ehh tak payahlah, akak boleh pergi sendiri. Lagipun sekejap je ni." Ujar Kamelia lagi.
"Takpe, lagipun mak dah pesan kat Arif yang akak tak boleh kemana-mana sorang diri. Dah menjadi tanggungjawab Arif sebagai adik yang kena temankan akak. Dah, akak tunggu sini, Arif nak pergi ambil helmet kat belakang." Ujar Arif sebelum kebelakang sebentar.
2 minit kemudian Arif sudah kembali dengan dua helmet ditangannya.
"Jom! Kita dah lambat kan?" Ujar Arif sebelum menyerahkan helmet ditangannya ke kakaknya.
Kamelia hanya menggeleng kepala sebelum mengikut adiknya ke motor.
"Pegang kuat-kuat." Pesan Arif.
Arif kemudiannya membonceng motornya keluar dari perkarangan rumah.
Selepas 10 minit perjalanan dengan motor, mereka sudah tiba di perkarangan kedai Pak Mat. Kamelia terus turun dari motor Arif dan menuju ke kedai Pak Mat.
"Assalamualaikum Pak Mat." Ucap Kamelia sebelum menuju ke kotak garam dan gula di belakang kedai.
"Waalaikummusalam." Balas Pak Mat yang sedang sibuk mengira barang di atas kaunternya.
Arif hanya menunggu diluar kedai, malas mahu masuk kedalam.
Setelah selesai mengambil barang yang diingini, Kamelia terus menuju ke kaunter pembayaran.
"Ini je." Ujar Kamelia.
Pak Mat hanya mengangguk. Pantas lelaki itu mengira barangan yang dipilih oleh Kamelia sebelum memasukkannya kedalam plastik.
"Semuanya RM30.00." Ujar Pak Mat.
Kamelia terus mengeluarkan not RM50 dari dalam beg duitnya dan menyerahkan duit tersebut kepada Pak Mat.
"Ini untuk minggu lepas sekali yang saya tak dapat nak bayar haritu." Ujar Kamelia sambil tersenyum.
"Tak apa, Pak Mat belanja yang minggu lepas punya. Kamelia hanya perlu bayar untuk yang sekarang ni je. Lagipun Kamelia dah macam anak Pak Mat, jadi Pak Mat tak kisahpun kalau Kamelia nak bayar berapa sekalipun." Ujar Pak Mat ikhlas.
Pak Mat sebenarnya berasa serba salah walaupun dia tidak tahu apa kesalahan anak lelakinya itu terhadap gadis dihadapannya ini. Sebab itulah dia melayan Kamelia dengan baik selama ini kerana dia sudah menganggap Kamelia seperti anaknya sendiri.
Kamelia menggeleng kepalanya.
"Janganlah macamtu Pak Mat, selagi Kamelia ada duit, selagi itu Kamelia akan bayar balik hutang-hutang barang kedai Pak Mat sebelum ni. Lagipun ni mak yang suruh Kamelia bayar habis hutang minggu lepas. Mak cakap dia serba salah sebab tangguh banyak kali nak bayar." Jelas Kamelia panjang lebar.
"Tapi Pak Mat betul-betul tak kisah. Tak apa, Kamelia simpan je duit ni. Pak Mat halalkan segala hutang keluarga Kamelia sebelum ni. Kamelia tolong terima ya. Pak Mat ikhlas nak menolong keluarga Kamelia." Ujar Pak Mat sekali lagi.
Kamelia hanya mampu mengeluh. Dia tidak tahu mengapa Pak Mat terlalu baik dengannya. Dia tahu yang dia mempunyai masalah dengan anak lelaki Pak Mat tapi bukan dengan Pak Mat sendiri. Lagipun dia tahu hubungan anak-beranak itu bagaimana.
"Terima kasih Pak Mat. Semoga Allah sahaja yang mampu membalas kebaikan Pak Mat. Kamelia pergi dulu, assalamualaikum." Ujar Kamelia sebelum beredar keluar dari kedai runcit lelaki itu.
"Waalaikummusalam. Sama-sama Kamelia, kirim salam ya dekat mak Kamelia dengan Arif." Balas Pak Mat.
Kamelia mengangguk.
"Dah kak?" Tanya Arif sambil mengambil plastik yang berisi barangan dapur dari tangan Kamelia lalu meletaknya di dalam bakul motorsikalnya.
"Dah, jomlah kita balik sekarang. Macam nak hujan dah ni." Ujar Kamelia.
Mereka berdua pun beredar dari kawasan kedai runcit Pak Mat dan terus menuju ke rumah mereka.
°°°
"Arif tolong simpan semua barang ni dekat dapur, akak nak ke bilik mak jap." Pesan Kamelia kepada Arif sebelum menuju ke bilik tidur maknya.
Arif hanya mengangguk.
"Mak, ini duit beli barang tadi." Kamelia menyerahkan baki duit barangan dapur tadi kepada maknya semula.
Puan Kalsom mengira baki duit ditangannya.
"Kenapa macam ada lebih je baki ni ? Kamu bayar ke tidak hutang minggu lepas dekat Pak Mat?" Tanya Puan Kalsom.
Kamelia hanya diam.
"Tadi Mel memang nak bayar dah dekat Pak Mat tapi dia taknak terima. Dia cakap dia ikhlas nak tolong kita sekeluarga. Dia halalkan segala hutang kita dengan dia sebelum ni mak. Kamelia tak tahu kenapa Pak Mat baik sangat dengan keluarga kita mak." Jelas Kamelia panjang lebar sambil memegang erat tangan maknya.
Puan Kalsom terus menitiskan air matanya.
"Ya Allah ya tuhanku, sesungguhnya hambamu ini sangat baik orangnya. Walaupun anak dia dah buat kamu macamni, tapi dia tak pernah pandang buruk terhadap keluarga kita. Mak rasa sangat bersalah dengan Pak Mat. Kamelia tolong bawak mak berjumpa dengan Pak Mat, mak nak berterima kasih depan-depan dengan dia." Pinta Puan Kalsom.
Kamelia mengangguk.
"Ya mak, nanti Kamelia suruh Arif bawak mak jumpa Pak Mat ya. Mak jangan risau, Kamelia dah berterima kasih banyak-banyak dekat dia tadi." Balas Kamelia sambil memeluk erat tubuh maknya.
°°°
Seseorang mengetuk pintu pejabat Shah berkali-kali.
"Masuk" Dingin sekali nada suara Shah hari ini.
Pembantu peribadinya bergegas masuk ke dalam pejabatnya.
"Maaf encik Shah, tapi ada orang nak jumpa encik Shah." Ujar pekerja tersebut.
Shah mengalihkan pandangannya kehadapan sambil mengangkat keningnya.
"Siapa ?"
"Dato' Hamid." Balas pekerja tersebut.
Terbuntang luas mata Shah.
"Awak boleh panggil dia masuk." Balas Shah sambil mengeluh perlahan.
Pekerja tersebut terus mengangguk faham lalu beredar keluar dari pejabat Shah.
Seketika kemudian, kelihatan seorang lelaki yang agak berumur namun kelihatan segak sekali sedang menuju ke bilik pejabat Shah.
Pantas Shah bangun dan bergegas ke arah lelaki tersebut.
"Assalamualaikum ayah. Ayah buat apa dekat sini?" Tanya Shah sambil menyalam tangan ayahnya.
"Waalaikummusalam. Aik, salah ke ayah nak jenguk anak sendiri?" Tanya Dato' Hamid semula sambil membalas salam anaknya.
"Ehh mana ada, Shah tanya je. Hm ayah duduklah dulu, biar Shah suruh budak Shah buatkan air untuk ayah" Jelas Shah sambil keluar sebentar dari pejabatnya.
Beberapa minit kemudian dia masuk kedalam pejabatnya semula.
"Ayah sihat? Ada apa ayah datang ke pejabat Shah harini?" Tanya Shah sambil duduk berhadapan dengan ayahnya.
"Ayah sihat je. Kamu tu aje yang ayah tak dengar khabar berita langsung. Yang ayah tahu kamu ke luar kota dua hari lepas. Lagipun ayah datang dari hospital tadi, jenguk ibu kamu tadi."
Shah diam.
"Dan ayah ada dengar berita tidak baik dari kamu. Ayah ada dengar yang kamu menengking salah seorang pekerja kamu tadi? Betul ke Shah?" Tanya Dato' Hamid dengan nada serius.
Shah yang sedang minum air terus tersedak apabila ayahnya berkata begitu.
"Tengking? Papa salah dengar ni. Mana ada Shah tengking pekerja Shah." Cubaan pertama Shah untuk menipu.
Dato' Hamid hanya memandang tajam ke arah anak lelakinya itu.
"Ayah boleh tahu kalau anak papa sedang menipu ataupun tidak! Ayah bukannya mulakan business sehari dua. Orang-orang ayah banyak dalam company ni Shah, bila-bila masa sahaja ayah boleh datang ke sini berjumpa dengan Shah. Jangan fikir yang company ni family Shah punya so Shah boleh buat apa-apa sesuka hati Shah. Dekat sini, Shah still bekerja under ayah juga and pekerja dekat sini semuanya datang daripada tempat ayah! Kalau Shah buat hal lagi, ayah tak teragak-agak untuk menyuruh semua pekerja dekat sini untuk meletak jawatan dan kembali ke company ayah semula." Tegas Dato' Hamid.
Shah hanya tertunduk malu.
"Shah mintak maaf ayah. Shah tak ada niat nak memarahu sesiapa pun, cuma Shah penat sangat harini and Shah ada banyak masalah sekarang. Sebabtu Shah terlepas kemarahan Shah tadi dekat salah seorang pekerja Shah tadi." Terang Shah ingin menjernihkan keadaan.
"Shah, ayah cuma nak nasihatkan Shah sahaja. Shah tu anak ayah dan Shah sepatutnya membawa nama baik ayah. Shah sepatutnya membanggakan ayah dan bukan memeningkan ayah dengan perangai panas baran Shah ni! Ayah nak Shah tolong jangan bawa masalah peribadi Shah ke dalam pejabat. Ayah tahu Shah orangnya macammana, and I'm sure you can handle the situation. Is it?" Ujar Dato' Hamid.
Shah mengangguk faham.
"Shah mintak maaf sekali lagi ayah. Shah janji yang Shah tak akan buat lagi. Shah takkan bawak masalah peribadi ke pejabat, Shah janji." Janji Shah sekali lagi.
Dato' Hamid mengangguk sambil tersenyum.
"Kalau macamtu, ayah balik dulu. Ingat, tolong kawal kemarahan kamu itu. Jangan lepaskan dekat orang yang tak bersalah, nanti besar akibatnya kamu kena tanggung." Pesan Dato' Hamid buat kali terakhir.
Shah mengangguk faham sambil mengiring ayahnya ke luar bilik pejabatnya.
"Ayah gerak dulu, jumpa dekat rumah. Assalamualaikum." Ujar Dato' Hamid.
"Baik yah. Waalaikummusalam." Balas Shah.
Dia melihat ayahnya yang hilang di sebalik dinding pejabatnya. Dia masuk semula ke dalam bilik pejabatnya. Sebelum itu, sempat dia menjeling ke arah pekerjanya sambil terfikir siapakah orang-orang ayahnya itu.
Sedang dia sibuk menyusun fail di atas mejanya, telefonnya tidak henti berbunyi minta diangkat. Shah terus mengangkat tanpa melihat siapa pemanggilnya.
"Hello?" Jawab Shah.
"Hi sayang, ini I Maya." Balas si pemanggil.
"Maya.... Sorry I busy sikit ni." Jawab Shah.
"It's okay baby. I call you ni pun sebab I rindu you sangat-sangat sayang." Balas Maya.
Terhenti sebentar kerja Shah, dia terus fokus akan panggilan dari Maya itu.
"I miss you too sayang. How about we meet tonight?" Tanya Shah.
"Tonight? Yeah sure. Anything for you baby. Kita jumpa malam ni ya." Balas Maya gembira.
"Okay sure. Bye." Shah mematikan panggilan.
Dia tekad malam ini dia mahu meluahkan perasaanya yang terpendam terhadap Maya. Dia yakin gadis yang sangat dicintainya itu akan menerimanya.
°°°
Malam itu, Shah berjumpa dengan Maya di sebuah pub yang sering dilawati mereka. Shah siap menghadiahkan sejambak bunga mawar merah kepada kekasih hatinya itu.
"Untuk you, my love." Shah menyerahkan jambangan bunga itu kepada Maya.
"Awh, so sweet baby. I suka sangat!" Maya menghidu bau bunga segar itu sebelum meletaknya di sisi meja.
"Why're you looking at me like that?" Tanya Maya sambil memegang lembut jari-jemari Shah.
Shah terus tersedar dari lamunannya. Maya kelihatan sangat cantik sekali malam itu, berbeza dari hari-hari sebelumnya. Dia tidak mahu melepaskan pandangannya dari gadis itu.
"You cantik sangat malam ni Maya, I terpukau dengan kecantikan you." Balas Shah jujur.
Maya tergelak kecil.
"Ada-ada je you ni. Malulah I you puji macamtu." Balas Maya.
"Maya, actually I need to ask you something?" Ujar Shah serius.
Maya terus bersandar ke kerusinya.
"What is it?" Muka Maya kelihatan sangat gementar menanti ayat Shah.
Shah mengambil sesuatu dari poket seluarnya.
"Actually, I nak propose you tonight." Ujar Shah meletak kotak cincin tersebut di atas meja.
Maya terus menekup mulutnya.
"Maya, will you marry me?" Tanya Shah sambil menunjuk kotak cincin tersebut di hadapan Maya.
Maya hanya diam tanpa berkata-kata.
"Shah, I'm so sorry. I can't accept it." Balas Maya sambil menolak kotak cincin itu semula ke arah Shah.
Shah terus hampa apabila lamarannya ditolak.
"But why?" Tanya Shah.
"Marriage Shah? Don't you think it's a big deal in our life? I tak nak kahwin lagi, itu bukan tujuan utama I dalam hidup I." Balas Maya.
"Tapi bukan ke you cakap yang you sayangkan I sangat-sangat till you taknak kehilangan I langsung Maya?" Soal Shah semula.
"Yeah, I tahu tu. But ini kisah lain Shah. You tak fikir ke nanti bila kita dah kahwin, I dah tak bebas macam dulu lagi. I can't go anywhere without your permission Shah, I akan rasa terkongkong. Plus bayangkan if I dah ada anak nanti? I tak boleh nak buat apa-apa Shah, I terpaksa jaga anak tu meanwhile you pula kena keluar bekerja? You rasa I boleh terima ke semua benda tu? No Shah! I tak boleh terima. I tak boleh terima terhadap apa-apa perubahan dalam hidup I nanti. I tak suka!" Marah Maya sambil menepis tangan Shah yang cuba memegang tangannya.
"But I cinta and sayangkan you Maya. That's why I ajak you kahwin dengan I. And I janji kalau you sudi kahwin dengan I, I tak akan kongkong you langsung. I akan bagi you buat apa-apa je yang you nak, I tak akan kawal hidup you langsung Maya. Please, terima I? I cintakan you sangat-sangat!" Pujuk Shah lagi sekali.
"No Shah! I tetap dengan keputusan I. I'm not gonna married you Shah. I tak bersedia lagi!" Balas Maya sebelum bangun dan beredar dari tempat tersebut.
"Maya! Maya! You nak pergi mana? Maya!" Panggil Shah berkali-kali. Maya menghiraukan panggilannya dan terus beredar dari situ.
Shah terus terduduk di kerusinya. Dia buntu, rancangannya tidak menjadi. Dia hanya memandang sepi cincin dan jambangan bunga tersebut.
°°°
Sudah seminggu Shah tidak mendengar khabar berita daripada Maya. Gadis itu benar-benar menjauhkan dirinya. Shah tahu caranya agak keterlaluan dan terburu-buru. Dia patutnya faham dengan pendirian Maya namun apa yang dia fikirkan ketika itu hanyalah untuk lari daripada permintaan ibunya. Dia terfikir jika dia membawa Maya berjumpa dengan ibunya, mungkin ibunya akan bersetuju untuk mengahwinkannya dengan Maya namun dia tidak sangka Maya menolak lamarannya.
Shah cuba menghubungi Maya berulang-kali namun masih tidak dapat. Maya menolak panggilan telefonnya.
'Maya, where you at ? I rindukan you sangat-sangat!' Shah berkata-kata didalam hati.
Telefon Shah berbunyi nyaring.
"Panggilan dari hospital?" Tanya Shah.
Dia terus mengangkat panggilan telefon tersebut.
"Hello? Ye saya anak dia? Apa dia? Saya datang sekarang!" Jawab Shah sebelum mematikan panggilan.
"Zahra, cancelkan semua meeting saya harini. Saya nak ke hospital, thank you." Ujar Shah tergesa-gesa.
Pembantu peribadinya hanya mengangguk faham dan terus menyambung kerjanya.
"Ibu, Shah datang ibu!" Ujar Shah sambil menahan tangisnya.
Pihak hospital menghubunginya untuk memberitahu bahawa keadaan kesihatan ibunya semakin merosot ekoran ibunya telah diserang sawan sebentar tadi. Mereka meminta ahli keluarga si pesakit untuk segera datang ke hospital, bersedia untuk apa-apa kemungkinan.
Setelah sampai di perkarangan hospital, Shah segera mencari parkir sebelum bergegas ke ruangan ICU.
"Pesakit nama Puan Siti Maslia binti Irsyad ?" Tanya Shah kepada jururawat di kaunter pertanyaan.
"Bilik sebelah sana, B103." Balas jururawat itu.
"Terima kasih." Balas Shah.
Jururawat itu mengangguk.
Shah terus berlari menuju ke bilik yang disebut jururawat tadi. Kelihatan ahli keluarga pesakit sudah memenuhi ruang bilik tersebut. Shah ternampak akan kelibat adiknya, Ariana yang sedang dipeluk oleh neneknya.
"Yana? Macammana dengan keadaan ibu?" Tanya Shah yang sedang memegang bahu Ariana.
"Ibu kamu macamtulah dari tadi. Doktor dah pasang bantuan alat pernafasan dekat ibu kamu. Ibu kamu masih tak sedarkan diri lagi dari tadi. Kalau kamu nak lawat dia sekarang, pergilah. Tadi kami dengan ayah kamu dah pergi tengok keadaan ibu kamu." Jawab Mak Tok yang masih menenangkan Ariana yang sedang menangis itu.
Shah hanya mengangguk.
Dia menarik nafas panjang sebelum masuk ke dalam bilik ibunya berada. Shah menitiskan air matanya melihat ibunya yang terbaring kaku di atas katil.
"Ibu, Shah datang ni bu. Shah mintak maaf Shah tak dapat nak datang tengok ibu awal-awal. Shah rindu ibu sangat-sangat, ibu janganlah tidur lama-lama. Shah rindu nak dengar suara ibu, ketawa ibu, Shah rindu nak tengok senyuman ibu. Shah mintak maaf kalau Shah banyak buat salah dekat ibu tapi ibu jangan tinggalkan Shah, Shah sayangkan ibu sangat-sangat." Ujar Shah sambil mencium tangan ibunya.
Dia mengusap rambut ibunya sambil menggenggam erat tangan ibunya.
"Ibu, Shah dah berjumpa dengan orang yang ibu suruh Shah jumpa ibu." Ujar Shah perlahan.
Sedang dia masih lagi dibuai dengan rasa sedih, tiba-tiba Shah terfikirkan sesuatu.
"Ibu, Shah tahu apa yang perlu Shah lakukan. Shah akan tunaikan hasrat ibu, Shah janji!" Ujar Shah tekad.
Terus dia bergegas keluar dari bilik wad ibunya.
"Shah nak pergi mana cepat-cepat ni?" Tanya Mak Tok.
"Shah nak pergi ke satu tempat. Mak Tok tolong jagakan ibu untuk Shah. Nanti Shah akan balik secepat yang mungkin." Ujar Shah dalam keadaan tergesa-gesa.
"Baiklah, hati-hati nak." Balas Mak Tok.
Shah terus menyalam tangan neneknya dan mengusap lembut rambut adiknya.
"Yana tolong jagakan ibu untuk abang ya. Abang akan balik secepat mungkin." Ujar Shah terhadap Ariana.
Ariana mengangguk faham.
Shah terus beredar dari situ. Dia nekad untuk berjumpa dengan Kamelia dan menyampaikan hasratnya.
"Ibu, Shah akan tunaikan permintaan ibu! Shah janji!" Kata-kata Shah bersama tangisannya.
°°°
"Mak, Mel nak ke rumah makcik Senah sekejap." Ujar Kamelia yang ketika itu sedang menuju ke arah pintu rumah untuk berjumpa dengan jirannya.
Ketika dia sedang membuka pintu rumah, seseorang memberi salam dari luar.
"Assalamualaikum..." Ucap seseorang.
Kamelia mengerut dahi sambil membuka pintu rumahnya, "Waalaikummusalam.."
Terkejut Kamelia melihat jejaka dihadapannya itu.
"Shah? Awak buat apa dekat sini?" Tanya Kamelia pelik.
Dia mengingati wajah lelaki itu.
"Kamelia... Saya datang sebab nak jumpa dengan awak." Ujar Shah.
Kebetulan sewaktu dia sampai ke rumah keluarga Kamelia, dia melihat motor kepunyaan Arif ada di halaman rumah jadi dia yakin yang mereka sedang berada di rumah. Dis terus bergegas untuk berjumpa dengan Kamelia.
"Jumpa saya? Untuk apa?" Tanya Kamelia semula.
Sungguh dia pelik kenapa lelaki itu tiba-tiba berada di hadapannya. Baru sahaja lelaki itu pulang kelmarin dan hari ini dia sudah datang semula untuk berjumpa dengannya.
Shah tiba-tiba merasa malu mahu berhadapan dengan Kamelia lagi-lagi apabila gadis itu serius memandangnya.
"Saya nak ajak awak kahwin!" Ujar Shah sekali nafas.
Terlopong mulut Kamelia. Dia tidak menyangka lelaki itu datang berjumpa dengannya semata-mata untuk mengajaknya kahwin.
"Awak merapu apa ni Shah! Pergi baliklah!" Marah Kamelia sambil cuba untuk menutup pintu rumahnya namun ditahan oleh Shah.
"Tak! Saya tak akan balik selagi awak tak setuju!" Marah Shah semula.
Dia sudah datang jauh-jauh untuk berjumpa dengan gadis ini, mana mungkin dia akan pulang dengan tangan kosong.
"Eeee... apa ni datang rumah orang tiba-tiba lepastu ajak kahwin? Jangan bermimpilah Shah. Saya pun tak kenal awak siapa! Tak mungkin saya akan berkahwin dengan orang asing! Pergi baliklah Shah, tak eloklah orang kampung tengok awak datang kat rumah saya macamni!" Tegas Kamelia sambil melihat sekeliling.
Dia bukan tidak kenal jiran-jiran sekeliling. Pantang ada orang luar masuk kampung, ada sahaja gosip yang bakal dicanang seluruh kampung.
"Kamelia, tolonglah saya merayu. Awak kahwinlah dengan saya! Saya janji yang saya akan bahagiakan awak! Saya sukakan awak Kamelia." Shah cuba memujuk lagi.
Kamelia senyap, tidak tahu harus membalas apa.
"Siapa yang datang tu, nak?" Tanya Puan Kalsom yang ketika itu datang dari arah dapur.
Belum sempat Kamelia menjawab, Shah sudah merempuh masuk ke dalam rumah.
"Assalamualaikum makcik, maafkan saya datang mengejut macamni." Ujar Shah sambil menyalam tangan orang tua itu.
Puan Kalsom terkejut tiba-tiba melihat anak muda itu datang ke rumahnya.
°°°
Kamelia datang ke ruang tamu bersama dengan satu jag air panas untuk tetamu mereka pada petang itu. Sambil itu, dia sempat menjeling ke arah Shah. Masih tidak puas hati dengan kedatangan lelaki itu tiba-tiba.
"Jadi, apa tujuan kamu datang ke mari?" Tanya Puan Kalsom sambil menghulur secawan air panas kepada Shah.
Shah sudah tidak senang duduk apabila ditenung begitu.
"Er... macamni makcik, saya datang kesini dengan membawa hajat ibu saya." Balas Shah.
Kamelia hanya diam sambil menunggu jawapan daripada Shah.
"Hajat? Apa hajatnya, Shah?" Tanya Puan Kalsom lagi.
"Ibu saya sebenarnya suka dengan anak makcik, Kamelia. Jadi saya datang kesini mahu melamar Kamelia untuk menjadi isteri saya, boleh makcik?" Tanya Shah dengan yakin.
Membulat mata Puan Kalsom mendengarnya. Dia terus mengerling ke arah anaknya. Kamelia tunduk.
Dia senyap seketika sebelum mendongak ke arah Shah semula.
"Macammana ibu awak kenal saya?" Tanya Kamelia setelah berfikir panjang.
"Yang itu saya tak pasti, yang saya tahu adalah ibu saya dah mengenali keluarga awal sejak dulu lagi." Balas Shah jujur sambil tersenyum kecil.
Puan Kalsom sudah tersenyum.
"Alhamdulillah, lega makcik mendengarnya bila Shah cerita yang keluarga Shah tak pernah lupakan makcik. Tapi apa-apa pun kamu berdua kena berbincang dulu. Makcik tak boleh buat apa-apa keputusan sekiranya Kamelia sendiri yang tak terima lamaran kamu. Jadi kamu berdua berbincang elok-elok ya." Ujar Puan Kalsom sebelum meninggalkan mereka berdua di ruang tamu.
Kamelia masih lagi senyap. Dia tidak pasti akan kata hatinya. Adakah dia bersedih? Bahagia? ataupun marah?. Sejujurnya dia tidak pasti.
Shah menarik nafas panjang sebelum memulakan perbualan diantara mereka.
"Saya mintak maaf terlebih dahulu kalau saya datang secara tiba-tiba dan bertindak melulu tanpa memikirkan perasaan awak dan sekeluarga." Ujar Shah, jujur.
Kamelia senyap seketika sebelum menjawab.
"Memang, awak tak tahu malu kan datang jumpa saya lepastu ajak saya kahwin dengan awak? Awak ingat saya ni apa? Barang? Yang boleh dijual beeli macamtu aje? Bila tak suka awak boleh campak buang dalam tong sampah?" Balas Kamelia sedikit menyindir
Shah menghela nafas panjang dan memandang wajah Kamelia itu.
"Saya tahu saya salah bila paksa awak macamtu. Tapi ini adalah permintaan ibu saya, permintaan yang paling penting dalam hidup dia. Dia nak saya berkahwin dengan calon pilihan hatinya. Jadi saya sebagai anak, mestilah saya nak tunaikan permintaan ibu saya, walaupun saya baru kenal awak tapi saya yakin awaklah calon yang sesuai untuk saya." Balas Shah, cuba untuk memujuk Kamelia buat kali ke tiga.
Kamelia mencebik.
"Tapi awak yakin ke itu yang awak nak? Kita tak mengenali antara satu sama lain. Macammana kalau kita kahwin nanti, awak tak boleh nak terima saya seadanya? Adakah awak sanggup gadaikan kebahagiaan awak untuk berkahwin dengan saya? Awak betul-betul boleh terima saya lepas apa yang dah jadi dekat diri saya?" Soal Kamelia cuba untuk menahan sedihnya.
"Ya, saya pasti dengan keputusan saya. Demi kebahagiaan ibu saya, saya sanggup untuk mengahwini awak. Tolonglah terima saya Kamelia. Saya merayu dengan awak." Rayu Shah lagi.
Kamelia menyeka air matanya yang mengalir di pipi.
Shah teringat sesuatu, cincin! Dia tidak menyediakan sebarang cincin untuk melamar Kamelia. Dia meraba-raba poket baju dan seluarnya untuk mencari sesuatu.
Kamelia melihat Shah meraba sekeliling baju dan seluarnya.
"Awak cari apa?" Tanya Kamelia.
"Sekejap." Ujar Shah.
Ketika dia sedang menyeluk belakang poket seluarnya, dia terpegang sesuatu. Dia mengeluarkan benda itu dari poket seluarnya.
Shah mengeluh, dia terpaksa menyerahkan cincin tersebut kepada Kamelia. Shah tekad, jika itu yang boleh menyembuhkan ibunya dia sanggup buat apa-apa sahaja.
"Cincin ni, saya letak dekat sini dulu. Kalau awak dah buat keputusan, saya harap awak boleh terima cincin ini." Ujar Shah sambil meletak cincin itu ke atas meja.
Kamelia memandang cincin tersebut sambil berfikir samaada dia patut menerima lamaran Shah ataupun tidak.
Kamelia mengambil cincin tersebut dari atas meja.
"Shah, saya.....,"
Selepas berfikir panjang, Kamelia menyarung cincin itu ke jari manisnya.
Muat dengan sempurna.
"Saya terima." Balas Kamelia sambil tersenyum ke arah Shah.
Shah menghembus nafas lega.
"Terima kasih sebab terima saya. Saya janji yang saya akan jaga awak elok-elok dan sayang akan awak dengan sepenuh hati saya."
"Saya janji." Ujar Shah lagi.
Namun dia tidak tahu yang janji hanyalah sekadar janji.
Share this novel
next please...tq