BAB 5

Drama Completed 13468

Batrisya mula meleter. Ibunya hanya tersenyum.Faiz mengejeknya.Lalu,Faiz berterima kasih pada Batrisya kerana mengerti dengan apa yang dia maksudkan tadi.

Batrisya merenung tepat ke anak mata Faiz dan tersenyum pahit. Batrisya mengerti isi hatinya dan apa yang dia sedang lalui sekarang.Batrisya menghulur ubat pada Faiz untuk dimakan. Faiz hanya makan tanpa bicara.

“Faiz…bila kau akan beritahu keluarga kau?” soal Batrisya.

“Kau da penat nak jaga aku ke?” soal Faiz kembali pada Batrisya yang membuat Batrisya mencubit lengannya.

Faiz mengadu kesakitan.Mereka berdua tertawa kecil. Ibu Batrisya juga turut tertawa.

***

“Ina, sudikah Ina berkawan dengan Danial?” soal Danial.

Ina hanya mendiamkan diri buat sementara. Danial terasa panik. Dia rasa Ina tidak mahu berkawan dengannya. Danial tidak mahu menunggu jawapan Ina dan terus beredar dari situ supaya tidak rasa malu bila ditolak.

Ina agak istimewa dengan kata-kata , tutur katanya selalu ikhlas dan ringkas. Danial tidak pernah ada sesiapa yang bertutur cara dengannya sebegitu.

“Siapa kata Ina tidak mahu berkawan dengan awak?” gelak Ina.

Danial toleh dengan wajah merah padam.Ina tersenyum lebar padanya. Danial duduk semula di sebelah Ina.

Dia berterima kasih pada Ina. Dia keluarkan cokelat dan berikan pada Ina. Tanda persahabatan mereka,kata Danial.

Danial dan Ina mula berbual dengan rancak.Waktu berlalu dengan pantas,hampir 2 jam mereka berbual. Pelbagai yang dibualkan oleh mereka.Ina mula mengenali Danial dan bersimpati dengan Danial.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience