BAB 2

Drama Completed 13468

Faiz toleh melihat abangnya dan bangkit dari katil lalu mendekatinya. Dia lihat darah di bibir abangnya. Faiz mengambil tuala kecil dan berikan pada abangnya.Danial merampas tuala itu. Faiz tidak mngerti perangai abangnya.

“Abang,boleh tak sekali je abang dengar cakap ayah?”kata Faiz dengan geram.

“Kau diam boleh?Ayah telah mengingkari janjinya pada arwah ibu.Kau tahu ke tak?!”tengking Faiz.

Faiz mengeluh.Selama 2 tahun,itu sahaja yang diperkatakan oleh Danial. Itu sahaja alasannya bila disuruh berbaik dengan ayah mereka. Danial dan Faiz kehilangan ibunya 3 tahun lalu dek kerana barah.

Faiz tahu perjanjian arwah ibunya dan ayah mereka. Faiz menuju ke katilnya dan merebahkan tubuhnya. Dia tidak mengerti mengapa Danial terlalu berpegang pada perjanjian antara arwah ibu mereka dengan ayah.

Faiz tahu janji tidak harus diingkari tetapi jika ibu mereka masih hidup sudah tentu ibunya mahu suaminya gembira. Selama setahun,ayah meraka gundah,muram dan sugul.

Tidak ingat pada kerjayanya dan anak-anak yang menagih perhatian mereka.

Sejak dari itu,Danial mula liar. Bercampur dengan rakan-rakan yang mengajarnya merokok,minum dan ponteng sekolah. Namun, ayahnya tetap tidak pedulikan tentang mereka.

Sehingga satu hari, ibu Hani datang menjengguk keadaan mereka. Ibu Hani adalah teman karib arwah ibu mereka.Ibu Hanilah yang membawa seorang uztaz yang menasihatkan ayahnya.

Tidak mungkin Danial tidak nampak perubahan ayahnya dek kerana Ibu Hani.

Danial keluar bila semua sudah tidur.Dia mahu menenangkan fikirannya. Dia memegang bibirnya yang luka dek tumbukan ayahnya tadi. Dia masih geram dengan peristiwa itu.

Dia benci ayahnya.Dia benci Ibu Hani.Dia benci Faiz.Dia benci keluarganya.Perasaan marah bertukar menjadi sedih bila dia teringat pesan arwah ibunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience