Sesampai di hospital,Faiz dibaringkan di brankar dan ditolak masuk ke wad kecemasan.Danial terduduk di depan pintu menangis teresak-esak.Batrisya yang selesai menelefon ayah Faiz berlari menujunya.Dia melutut di hadapan Danial dan cuba memujuknya.
Danial terus memeluk Batrisya dengan erat.Batrisya mengerti bahawa Danial takut dan khuatir.Dia pun mengusap rambut Danial dan cuba menenangkannya.
Batrisya membaca beberapa ayat supaya Danial dapat menenangkan hatinya.Bila Danial mulai tenang,Batrisya menyuruhnya duduk di atas kerusi berdekatan.Dalam masa sejam,ayah Faiz tiba dengan Ibu Hani.Danial tidak bergerak.Batrisya menceritakan apa yang berlaku pada Faiz.Danial bangkit dan meninggalkan mereka semua.
Airmata tidak berhenti mengalir.Butir demi butir membasahi pipinya.Cuaca malam itu agak dingin namun Danial tidak mahu masuk.Danial tidak mahu berdepan dengan keluarganya ataupun Batrisya kerana dia tidak dapat mengawal perasaannya. Danial tidak mahu berdepan dengan doktor yang akan menyatakan bahwa Faiz mungkin akan mati.Danial tidak mahu dengar itu semua.Ia terlalu pedih untuk dia terima.Dia tidak mahu kehilangan adiknya.Kehilangan ibunya sudah cukup baginya.Rintihan Danial semakin kuat.
“Danial…”kedengaran suara Batrisya.
“Batrisya tolong!Biarkan aku seorang diri…Tolong…”rayu Danial.
Namun,sangkaan Danial salah.Bukan Batrisya tetapi ibu Batrisya.Ibu Batrisya mendekati Danial dan duduk di sebelahnya.Ibu Batrisya tidak berkata apa-apa buat sementara.
“Mak cik tahu bahawa Danial mahu berseorangan sekarang tetapi Batrisya mahu makcik beritahu Danial sesuatu.Selama Batrisya mengenali Faiz,Batrisya tidak pernah lihat Faiz segembira sekarang.Setiap masa Batrisya memberitahu Danial sudah berubah sedikit demi sedikit,Faiz akan tersenyum lebar.Danial,jika Faiz tidak pernah berputus asa untuk merubahkan Danial,Danial juga tidak boleh berputus asa untuk mempercayai bahawa Faiz akan kembali semua seperti sediakala.Ini takdir Faiz,Danial.Takdir manusia sudah tertulis dan kita tidak mampu melawaninya.Danial harus sentiasa berdoa untuk Faiz dan mula memberi sokongan pada Faiz dengan apa cara sekali pun,”nasihat Ibu Batrisya dengan tenang.
Danial toleh dan seakan terlihat wajah ibunya di hadapannya.Ibu Batrisya tersenyum dan menepuk bahu Danial.Danial terus memeluk Ibu Batrisya dengan erat.Ibu Batrisya menenangkannya dan seperti Batrisya,dia juga membaca beberapa ayat untuk menyejukkan hati Danial.
“You sure you want to do this,Faiz?”soal Batrisya pada Faiz.
Faiz yang agak lemah mengangguk dan melemparkan senyuman pahit.Faiz Batrisya mendengus dan tidak membantah keputusan Faiz.Danial yang berada di situ hanya memikirkan tentang risiko pembedahan itu.Doktor menyatakan mungkin Faiz tidak akan selamat atau keadaannya mungkin semakin teruk.Danial tidak mahu Faiz mengambil risiko itu namun jika tidak dibedah Faiz akan merana.Batrisya toleh dan memanggil Danial.Batrisya pun keluar dari wad dan memberi masa untuk mereka berdua berbual.Danial duduk dan menunduk sahaja.Jika dia berkata apa-apa mungkin airmatanya akan mengalir.
Dia tidak mahu menangis di hadapan adiknya kerana tidak mahu membuat adiknya rasa sedih dan serba salah.Faiz juga tidak berkata apa-apa.Bagi mereka dengan tidak berkata apa-apa mereka dapat melayani perasaan masing-masing.Berat rasa hati Danial untuk mengikut keputusan Faiz.Ayahnya menyokong keputusan Faiz kerana dia tahu ayahnya tidak mahu kehilangan Faiz.Danial bangkit dari tempat duduknya.
“Abang…”kedengaran suara Faiz memanggil dengan lemah.
Danial toleh dan lihat adiknya cuba untuk bangun.Danial bergegas membantu adiknya.Faiz tersenyum lebar dan memandang wajah abangnya.Faiz terus memeluk abangnya dengan penuh kasih sayang dan kemanjaan.Danial rasa sebak.Faiz berbisik di telinga abangnya.
“Faiz akan kembali.”
Airmata Danial mengalir.Perkataan kembali itu seperti janji Faiz pada Danial.Danial mengusap rambut adiknya.Danial mengangguk sahaja.Tetiba,pelukan Faiz terlepas.Danial terpempan dan panik.Dia cuba mengejut adiknya namun gagal.Doktor dan jururawat mula masuk.Danial tidak tahu apa yang sedang berlaku kerana ia semua kelihatan bergerak terlalu cepat.Batrisya menarik Danial ke tepi dan menyuruhnya beristighfar.
“Faiz…time for you to wake up…fight this…”kedengaran suara seseorang.
Share this novel