Pada hari itu,Danial pulang untuk mencari gambar-gambar keluarga mereka.Gambar mereka sejak kecil hingga menreka dewasa.Batrisya juga membantu Danial untuk mencari gambar-gambar itu.Batrisya menyatakan dia akan menyatukan gambar ini dalam satu album dan akan diberi pada Faiz bila dia dikeluarkan dari hospital nanti.
“Faiz ingat tak bilik ni?”soal Ayah Fauzi.
Faiz seakan terpinga-pinga melihat biliknya itu.Dia duduk di atas katilnya dan merenung bingkai gambar di tepi katilnya.Faiz mengambil bingkai gambar itu dan mengecam arwah ibunya.Dia tidak dapat mengecam dua orang lelaki di dalam gambar itu.Dia toleh dan menyatakan bahawa dia mahu berehat.Faiz masih memegang gambar itu.
Danial meletak barang-barang Faiz di tepi dan dia pun merebahkan tubuhnya di atas katilnya yang empuk.Danial merenung ke siling dan akhirnya dia terlelap.Danial tidak tahu berapa lama dia terlelap namun dia dikejutkan oleh suara Faiz yang sedang meracau.Danial mendekati katil Faiz dan lihat Faiz seakan sedang bergelut.Danial mengejutkan Faiz.
“Faiz..bangun dik…Faiz..”panggil Danial dengan lembut.
Faiz terus terjaga dari ngingaunya.Dia terduduk dan tercungap-cungap.Danial menyuruhnya berselawat dan istighfar.Danial pergi mengambil segelas air dan beri pada adiknya.Faiz pun minum dan menenangkan dirinya.Danial hanya menunggu respon dari Faiz.Faiz tersenyum dan berterima kasih pada Danial.Itu sudah membuat Danial rasa gembira.Faiz kembali tidur dan Danial pun ke dapur.
Setiap hari Batrisya akan datang ke rumah mereka dan membawa gambar-gambar yang mungkin mampu mengembali
ingatannya,tetapi ia semua tidak menolong.Faiz seakan tidak mencuba pada pandangan Batrisya.Batrisya cuba menceritakan segala peristiwa lampau tentang Danial dan dirinya namun ia juga tidak membantu.Satu hari Batrisya terlalu geram pada Faiz dan dia terus keluar dari bilik. Faiz terpempan dan dia toleh melihat Danial.
“Dia beransur pulih dan kau harus percaya padanya.Kau kenal zahir dan batinnya lebih daripada aku,Batrisya.Kau harus percayainya.Aku tahu kau marah kerana dia seperti tidak mencuba tetapi dia sedang cuba dengan penuh dayanya.Batrisya, aku percaya bahawa satu hari nanti pasti adik aku akan ingat aku,”pujuk Danial pada Batrisya.
Hari makin hari Batrisya hilang harapan dan daya untuk mengingatkan Faiz tentang keluarganya.Dia tidak tahu bagaimana harus dia membantu Danial.Baginya keluarganya adalah segalanya dan dia tidak mahu Faiz melupakan mereka.Butir-butir mutiara bergenang di kelopak mata Batrisya.Batrisya mengesat airmata yang belum lagi gugur dan dia tidak mahu Faiz lihat airmata itu.Batrisya tahu dia harus kuat demi Faiz dan Danial.Batrisya mengangguk tanda faham dan melemparkan senyuman lebar.
Batrisya bangkit dan masuk ke bilik Faiz.Kelihatannya Faiz sedang merintih.Batrisya rasa serba-salah mungkin dia dengar apa yang Batrisya dan Danial sedang berbual.Dia mendekati Faiz.Dia duduk di sebelah Faiz dan menyatakan maaf padanya.Faiz menggeleng kepala dan berkata ia bukan silapnya.Batrisya mengambil tangan Faiz dan menyatakan semua akan kembali normal.Tetiba sahaja,hujan turun dan membasahi bumi.Batrisya menarik tangan Faiz untuk bangun dan menikmati bunyi hujan.Faiz tersenyum kerana dia masih boleh ingat dia menyintai hujan.
“Hujan adalah temanku kerana dia seperti airmata yang tidak mengalir dari mataku.Hujan juga seperti rasa rinduku pada ibu dan hujan jugalah yang selalu menyejukkan hatiku seperti dakapan ibuku.”
Batrisya tersenyum bila Faiz mengungkap rangkap itu.Dia merindui rangkap itu.Faiz merehatkan kepalanya di bahu Batrisya dan berkata bahawa dia mahu mengingat siapa Danial dalam hidupnya dan siapa keluarganya.Batrisya tersenyum sambil menahan airmatanya.Mereka pun menikmati keindahan hujan tanpa berkata apa-apa.Telefon bimbit Batrisya berdering dan selepas dia menjawab panggilan itu,Batrisya bergegas keluar rumah Faiz.Batrisya bergegas menuruni anak tangga dan mencari-cari Danial.Hujan membuat pencariannya agak susah.
Sedang Batrisya melalui satu blok,dia terdengar seperti ada orang bergaduh.Dia tidak mahu memikir bahawa Danial adalah salah satu daripada mereka.Dia bertekad untuk mengekori suara yang sedang berbual.Dia ternampak Danial sedang dipukul oleh seorang lelaki dengan teruk.Batrisya menenangkan dirinya dan menelefon polis.Dia tidak boleh berdiam diri menunggu polis untuk tiba.Batrisya bertekad untuk mendekati mereka.Batrisya terpaksa berdepan dengan mereka.
“Batrisya pergi..Tolong…”rayu Danial yang sedang menahan kesakitan.
Share this novel