BAB 7

Drama Completed 13468

Ayahnya menyepak Danial dengan kuat dan Danial mula berlawan.Sedang mereka bergelut,adiknya cuba meredakan mereka namun ayahnya dan Danial tertolak adiknya dan dia jatuh tersungkur.

Ina hanya tunggu.Dan hampir setengah jam Danial tidak berbual,akhirnya dia dongak dan menyatakan terima kasih pada Ina.

Danial menceritakan segalanya pada Ina apa yang berlaku.Ina sabar mendengar rintihan Danial.

Ina nasihatkan Danial untuk pulang dan mina maaf pada adiknya dan cuba luangkan sedikit masa berbual dengan adiknya.Danial enggan pada mulanya atas pujukan Ina,dia pulang.

“Faiz…abang minta maaf,” rintih Danial.

Danial duduk di birai katil Faiz.Faiz tidak berkata apa-apa.Danial lihat lebam di tangan Faiz.Dia terus mengambil minyak urut dan sapunya di tangan Faiz. Faiz terkejut buat seketika.Faiz duduk dan tertawa kecil lihat wajah abangnya yang terkejut.Danial sambung menyapu minyak itu di tangan adiknya.

“Abang nak goreng tangan Faiz ke?Banyak betul minyak abang sapu,”gurau Faiz.

Danial masih rasa bersalah dan dia mula meletak minyak itu dengan pantas.Danial tidak pandang wajah adiknya kerana dia malu.Dia merenung gambar yang berada di tepi meja kecil adiknya.Danial mengambil bingkai gambar itu dan mengusap wajah arwah ibu mereka.Faiz menepuk bahu abangnya.Dengan tetiba,Danial memeluk adiknya dengan erat.Tersentak Faiz dibuatnya.Faiz memeluk abangnya dengan penuh gembira berbaur sedih.Danial mengesat airmatanya dan menanya jika Faiz cedera teruk atau luka ringan sahaja.Faiz memastikan abangnya ia hanya luka kecil sahaja.

“Kalau ibu masih hidup,tentu kita akan bahagia kan adik?” tanya Danial pada adiknya.

Faiz tersenyum pahit pada abangnya. Faiz menyatakan bahawa ini semua kehendak Allah s.w.t dan bukan untuk mereka persoalkan.Danial hanya mengangguk sahaja.Danial dan Faiz duduk dan melayani perasaan masing-masing.Faiz pun mencadangkan mereka berdua pergi bercuti ke luar negara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience