BAB 10

Drama Completed 13468

“Ina,boleh tak balik seorang diri?Sudah lewat ni?”soal Danial pada Ina.

Ina mengangguk dan menyatakan dia bukan senang dibuli.Danial rasa tidak sedap hati sahaja.Namun,Danial mengendah perasaan itu. Ina pun pulang.Danial pun menuju ke bloknya.Dia sudah di dalam lif bila dia terima panggilan dari Faiz menyuruhnya ke satu blok berdekatan.Suara kedengaran cemas sahaja.

Danial terus bergegas keluar lif dan berlari selaju yang dia mampu.Bila dia sampai Faiz sedang bergelut dengan seseorang.Danial mendekati mereka.Danial menolak lelaki itu.Dia jatuh terperosok.Faiz tercungap-cungap sambil menahan kesakitan.Tanpa mereka sedari,lelaki itu bangkit dan sedang menuju menghampiri mereka sambil memegang pisau.Dia mendekati Danial.

“Danial!”kedengaran suara Ina.

Pisau itu tergaris pinggang kiri Ina sewaktu dia menepis tangan lelaki itu untuk melindungi Danial dari ditikam.Ina terpekik lalu dia mengerang kesakitan.Faiz yang berada di situ bergegas ke Ina. Danial terkejut lihat keadaan Ina.Faiz menahan darah dari terus mengalir.Lelaki itu ingin melarikan diri namun polis tiba.Pihak polis menghubungi ambulans.Danial meriba Ina.

“Ina,tahan!Maafkan Danial,Ina”kata Danial dengan cemas.

Ina tersenyum pahit sahaja kerana dia tidak larat untuk berbual.Faiz masih menahan darah dan dia merenung anak mata Ina dan dia tahu Ina khuatir dan takut.

Sesampai di hospital,Ina dimasukkan ke dalm wad kecemasan.Faiz pergi ke bilik air untuk membasuh tangannya yang berdarah.Dia menghentak tembok kerana rasa kekesalan menggamit jiwanya.Faiz keluar dan mendekati Danial yang sedang duduk.

“Apa yang sebenarnya berlaku?Bagaimana kau kenal Ina?”soal Danial.

Faiz duduk di sebelah abangnya dan mengeluh.Dia merenung lantai tanpa bicara.Danial merenung adiknya yang menunduk ke lantai.Dia menunggu jawapan adiknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience