BAB 3

Drama Completed 13468

“Abang, bila ibu tiada nanti tolong jaga ayah dan Faiz dengan baik ya?” pesan arwah ibunya.

Airmata menitis dengan perlahan. Danial alpa dengan pesanan arwah ibunya kerana pada saat itu semuanya berubah. Ayahnya mula tidak endahkan mereka.

Kehadiran Ibu Hani membuatnya semakin marah kerana ia seperti mengganti arwah ibunya. Danial terus merintih. Airmatanya membasahi pipinya dan lantai.

Dia terasa seseorang mendekatinya. Dia mengesat airmatanya dan mendongak. Seorang perempuan lingkuan 20-an, agak Danial. Dia memberi tisu pada Danial.

Danial tidak mengambil dek kerana egonya yang tinggi.Perempuan itu tidak beredar malahan dia duduk di sebelahnya.

“Awak, sejukkan cuaca malam ni? Ina suka cuaca macam ni. “

“Kau tak takut ke kalau aku apa-apakan kau,Ina?” soal Danial dengan nada tinggi.

“Tidak,sebab Ina tahu awak terlalu sedih. Jika awak apa-apakan Ina, Ina tahu Allah s.w.t akan bantu Ina,” kata Ina.

Danial terkesima dengan kata-kata si Ina. Ringkas dan padat. Akhirnya Danial ambil juga tisu itu. Ina hanya duduk disebelahnya tidak berkata apa-apa. Lalu,Danial terfikir adakah Ina ini bukan manusia?

Danial menyingkir fikirannya itu. Dia toleh dan merenung wajah Ina dan lihat Ina ada kaki. Wajah Ina bulat dan kulitnya kuning lasat.

“Awak ingat Ina hantu ke?” soal Ina dengan geli hati.

Danial hanya tersenyum sinis. Lalu, Ina bangun dan menyatakan bahawa dia akan beredar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience