Danial tidak kata apa-apa selepas mendengar pengakuan Faiz.Dia rasa tertipu namun dia rasa beruntung pada masa yang sama.Danial tidak tahu apa harus dia katakan pada Faiz.Dia tidak tahu untuk marah ataupun berterima kasih pada Faiz dan Batrisya.Faiz mengajaknya untuk naik ke atas kerana Batrisya ingin berkata sesuatu padanya.Danial ikutkan kehendak Faiz.
Sesampai di wad,Faiz menyuruh Danial masuk dan bertemu dengan Batrisya. Ibu Batrisya tiada di dalam.Batrisya sedang tidur.Dia pun mendekati katil Batrisya dan duduk di sebelah katilnya.Danial merenung wajah Batrisya.Memang benar kata Faiz, Batrisya memang ikhlas.Danial sendiri dapat rasakan keikhlasan hati Batrisya bila dia bertutur.Danial masih ingat lagi perbualannya dengan Batrisya selepas dia minta maaf pada Faiz.
“Betul kata Ina.Danial rasa lega bila sudah berbaik dengan Faiz dan ayah Danial.Terima kasih,Ina,”ucap Danial.
“Ini semua datang dari awak bukan Ina.Ina hanya beri nasihat yang terbaik.Terima kasih Danial kerana mendengar nasihat Ina.Danial,if I am not who I really am,will you still be my friend?”soal Ina.
Danial tidak mengerti sangat soalan Batrisya pada saat itu.Dia menyuruh Batrisya terangkan tetapi Batrisya hanya kata tidak apa-apa.Sekarang baru dia mengerti apa yang dimaksudkan oleh Batrisya.Batrisya masih belum sedar dari tidurnya.Danial hanya menunggu sahaja.
“Danial…”
Danial dongak dan lihat Batrisya sudah terduduk di atas katilnya.Rupanya dia juga terlelap.Danial menyuruh Batrisya baring sahaja.Batrisya pun baring dan Danial menaikkan katilnya.Danial tidak tahu untuk kata apa.Terasa janggal bila dia tahu siapa sebenarnya Ina.
“Awak,Batrisya minta maaf.Maksud saya Ina.Tolong maafkan Ina.Jangan putuskan persahabatan kita,”rayu Batrisya dengan lemah.
Danial tidak berkata apa-apa buat seketika.Dia hanya merenung wajah Batrisya yang agak pucat.Danial tersenyum dan mengangguk sahaja.Danial juga tidak mahu putuskan persahabatan mereka.Batrisya cuna bergerak namun dia tidak terdaya.Dia mengerang kesakitan.Danial panik dan bangun dari duduk untuk membantu Batrisya.Batrisya memegang bahunya.
“Batrisya jangan banyak bergerak boleh tak?Ish..budak ni…”rungut Danial.
Share this novel