BAB 18

Drama Completed 13468

Danial terkesima dan merenung wajah Faiz dengan penuh kehairanan.Faiz mengangguk dan menyatakan dia sudah kenal siapa Danial dan segalanya sudah kembali.Danial terus memeluk adiknya dengan erat.Faiz minta maaf pada Danial kerana melupakannya.Danial terlalu gembira untuk berkata apa-apa.Faiz menanya siapa ketiga lelaki itu semua.Danial hanya menjawab bekas kawannya.Faiz mengangguk dan tersenyum pada abangnya.

“FAIZ!DANIAL!”panggil Ibu Batrisya.

Dedaunan kering jatuh ke bumi dek kerana sang bayu menolaknya yang sudha tidak dapat lagi menahan posisinya.Begitulah hidup,yang kuat akan lemah dan yang hidup akan pergi.Dunia hanya sementara bagi manusia menyediakan diri untuk mereka ke syurga yang kekal abadi.Manusia tidak akan dapat lari dari kematian itu yang pasti.

“Abang,jom pergi!”panggil Faiz.

Danial mengangguk dan mengorak langkah meninggalkan pusara yang sudah lama dia tidak ziarahi.Dari jauh,Danial lihat Ibu Batrisya dan Faiz sedang menunggunya.Danial mempercepatkan langkahnya.Mereka pun menaiki kereta yang dipandu oleh Danial dan menuju pulang.

“Danial,nanti singgah rumah Mama sekejap,”kata Ibu Batrisya dengan tenang.

Danial mengangguk sahaja.Danial masih di dalam siasatan polis kerana kumpulan samseng itu.Danial masih rasa binggung jika dia akan dijatuhkan hukuman kerana menjadi salah satu ahli kumpulan samseng itu yang terlibat dengan beberapa kes menjadi “runner” peminjam wang yang tidak berlesen. Namun,Danial tahu bahawa dia tidak pernah lakukan perkara itu.

Faiz dan Ibu Batrisya menyuruh Danial membuka pintu dahulu.Bila Danial buka,dia terlihat ayah dan Ibu Hani berada di dalam,tersenyum lebar.Ayahnya terus memeluk Danial dengan erat.

“Alhamdulillah.Pihak polis sudah menyatakan kau sah tidak terlibat dengan kegiatan runner itu!”ucap Batrisya yang baru keluar dari dapur.

Danial tidak mempercayai apa yang didengarnya.Faiz dan Danial tidak tahu berita itu.Mereka berdua terkejut dan masih tidak mempercayai apa yang baru dikatakan oleh Batrisya.Batrisya beritahu bahawa pihak polis sudah menghubungi ayah mereka malam semalam.Danial bebas tanpa apa-apa kesalahan dan kerana itu mereka sedang mengadakan perhimpunan ini.Faiz memeluk erat abangnya.Batrisya mendekati Danial dan menepuk bahunya.

Mereka semua pun mula makan dan berbual denan rancak.Faiz gembira lihat mereka semua sedang rancak berbual.Faiz mengundurkan diri untuk ke bawah bersendirian.

Faiz lihat awan berarak dengan pantas dek kerana sang bayu meniup.Faiz pun duduk di hadapan permainan budak-budak dan melihat mereka semua bermain dengan penuh keriangan.Dia pun mendongak ke awan dan memejam matanya.Tanpa dia sedari,airmatanya mengalir.Dia teringat apanya yang diperbualkan kelmarin bersama Batrisya.

“Batrisya,aku rasa ini semua salah aku.Jika aku tidak beritahu kau rapat dengan abang aku dan merahsiakan penyakit aku,mungkin kau tidak akan cedera begini,”kata Faiz dengan nada sedih.

“Faiz…jika kau tidak lakukan itu semua,tentu Danial tidak akan berubah bukan?Itu yang penting.Mungkin kejadian malam itu salah aku.Aku terlalu konfiden dengan kebolehan aku dan akhirnya aku hanya membahayakan diri aku dan Danial.Nasib baik kau ada,jika tidka mungkin aku dan Danial tidak berada di sini.Betul tak?”soal Batrisya.

“Tetapi kalau aku sendiri yang merapatkan diri dengan Danial dan menjadi seorang adik yang prihatin,mungkin perkara sebegitu tidak akan berlaku,”lawan Faiz.

“Faiz,cukup!Ini semua takdir aku.Akukan teman kau dan aku akan bantu kau semampu yang aku boleh. Danial sudah menjadi teman aku sekarang dan kamu berdua teman yang aku sayang dan aku tidak mahu apa-apa yang berlaku pada kamu berdua,”ucap Batrisya dengan tegas.

Faiz tidak mahu menambahnya lagi kerana dia tahu Batrisya akan semakin marah.Batrisya pun bersandar pada Faiz dan menyatakan dia tidak menyesal sekali pun membantu Faiz.Dia gembira dapat membantu untuk merapatkan silaturahim antara adik-beradik.Faiz tersenyum sambil menahan airmatanya.Batrisya menyatakan bila dia ditikam dia dapat rasakan ingatan Faiz sudah pun kembali dan firasatnya betul.Faiz tertawa kecil dan mereka pun duduk tanpa berkata apa-apa.

Awan yang membawa air hujan akhirnya melepaskan.Air hujan pun bebas dari awan dan mula menyambut kebebasan mereka.Titik demi titik membasahi bumi.Faiz dikejutkan oleh titik hujan yang jatuh ke mukanya.Dia hanya duduk di situ dan lihat kanak-kanak mula berlari mencari tempat teduh.Faiz sambung menikmati hujan itu.Lalu,tiba-tiba dia rasakan air hujan seakan tidak jatuh padanya.Bila dia dongak,dia lihat payung sedang melindunginya.Batrisya yang sedang memegang payung itu menyuruh Danial menariknya.Dengan cara kasar,Danial menariknya.

Batrisya tertawa bila lihat wajah Faiz seakan berubah.Danial pula hanya tersenyum dan menumbuk lengan adiknya.Faiz mencubit pipi Batrisya yang tembam itu.Mereka bertiga tertawa geli hati lalu mereka pun toleh lihat air hujan terus membasahi bumi.Walaupun air hujan terlepas dari awan,ia tumpas di bumi.Batrisya yang berdiri di tengah antara adik-beradik ini mahu memeluk mereka dua tetapi bila dia mahu mengangkat bahunya dia rasa sakit.

Dia terpekik kecil.Faiz dan Danial toleh dengan serentak dan memarahinya.Batrisya hanya diam lalu Danial dan Faiz memeluk bahunya serentak.

Aku sering menekankan bahawa tiada satu perkara yang Allah rencakan sia-sia samaada kita suka atau tidak, begitulah halnya juga pada ciptaan Allah seperti laut, langit, bumi, panas dan hujan. Seperti aku yang seorang pluviophile (pecinta hujan), aku merasakan hujan adalah teman yang dapat menyembunyikan kesedihan dan airmata yang mengalir. Hujan yang turun mencurah membasahi bumi ibarat rasa rindu ku pada Papa yang memenuhi segenap penjuru bumi membuat aku rasa penuh, rindu pada dakapan hangat papa yang sering menceriakan hariku dikala aku berduka. Dan sang hujan ini menjadi saksi jalinan persahabatan kita semua yang akan tetap utuh hingga ke akhir hayat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience