Danial juga mula mengenali Ina.Danial rasa selesa berbual dengan Ina, tiada segan dirasa. Jika dia mengenali Ina dari dulu, mungkin dia tidak akan terjerumus dalam hidupnya.
Waktu sudah hampir lewat,Ina minta diri untuk pulang. Danial menemani Ina hingga ke bloknya. Ina berterima kasih pada Danial.Danial pulang ke bloknya yang tidak begitu jauh dengan rasa senang hati.
Sedang perjalanan pulang, Danial terserempak dengan Ibu Hani. Danial hentikan langkahnya dan hanya lihat wanita berbadan kecil itu menunggu lif dengan membawa beberapa beg plastik yang agak berat.Tiba-tiba dia terasa rindu pada arwah ibunya.
Ibu Hani adalah teman baik arwah ibu. Danial terasa agak marah pada mulanya Ibu Hani mengahwini ayahnya. Selepas enam bulan Ibu Hani menunjukkan dia boleh menjadi ibu yang baik.
Danial mahu memeluk Ibu Hani dengan erat namun dia tidak dapt telan egonya. Namun,Danial rasa senang lihat dia melayani Faiz dan ayahnya dengan baik sekali.
Danial tersedar dari lamunannya. Dia menuju ke lif.
***
“Ina,pergi!Danial tidak mahu jumpa Ina sekarang.Tolong,”rayu Danial.
“Tidak.Kita kawan dan Ina tidak akan pergi.Ina tidak akan berkata apa-apa,bila Danial rasa sedia untuk ceritakan Danial boleh beritahu Ina.”
Danial terus-menerus merintih. Dia tidak tahu bagaimana ia boleh berlaku tetapi dia berkelahi sekali lagi dengan ayahnya dan sekarang bukan dia yang cedera, adiknya juga cedera.Adiknya cedera bila dia mahu melindunginya dari dipukul teruk oleh ayahnya.
Mereka berkelahi tentang wang yang hilang di rumah.Danial beritahu bahawa dia tidak ambil namun ayahnya tetap tidak percaya dan mulalah mereka berkelahi.Danial mula ungkit perkara lama dan ia membuat ayahnya naik berang.
Share this novel