BAB 17

Drama Completed 13468

Batrisya tidak bergerak.Dia tahu kebolehannya mungkin tidak mampu menandingi mereka bertiga tetapi dia harus menyelamatkan Danial.Batrisya mengorak langkah mendekati Danial yang sedang melutut.Mereka bertiga mendekati Batrisya.Dengan membaca doa,Batrisya mula menghambat seberapa yang dia mampu.Dia harus mengelakkan mereka daripada mendekati mereka.Salah satu daripada mereka sedang memegang kayu, Batrisya harus memastikan Danial tidak akan dipukul dengan kayu itu.Tetapi lelaki itu menuju ke Danial dan dia mula menghayun kayu itu ke arah Danial.

Batrisya menendang perut lelaki itu dan lelaki itu memukulnya dengan kayu itu di kecederaan lamanya di bahu.Batrisya mengerang kesakitan namun dia tidak berserah kalah.Dia bangkit dan mula melawan lelaki itu semula.Batrisya tidak dapat melawan kesakitan di bahunya.Salah satu daripada mereka terus menarik Batrisya.Mereka terus sambung memukul Danial.Batrisya digenggam kuat.

“Lepaskan aku!,”tengking Batrisya sambil menyiku perut lelaki itu.

Batrisya terlepas dan dia pergi mendapatkan Danial.Mereka tetap mahu menikam Danial.Batrisya cuba sedaya upayanya untuk melindungi Danial.Salah satu dari mereka terus berlari menuju Batrisya dan Danial,Batrisya terus terpekik nama Faiz dengan kuat.

“It’s a mistake to mess with us!”kata Faiz sambil menumbuk lelaki yang berpisau itu.

Polis tiba tidak lama kemudian.Danial rebah kerana terlalu lemah lepas dipukul.Batrisya membantu Danial untuk duduk.Faiz mendekati mereka dan dia hanya merenung wajah Batrisya dan Danial.Faiz mengusap bahu Batrisya dengan perlahan.Batrisya menepis tangan Faiz dengan tidak sengaja.Tetiba,perkara malam itu bermain di hadapan matanya.Faiz terus toleh ke Danial dan tidak berkata apa-apa.

Kesakitan yang dirasai Batrisya amat perit.Dia tidak dapat menahannya lagi.Dia memicit bahunya dan mula memeluk tubuhnya.Batrisya hanya mendiamkan dirinya dan tidak berkata apa-apa.Faiz dan Danial toleh dan lihat Batrisya sedang memeluk dirinya.Danial rasa serba-salah dan menarik Batrisya dekat padanya.Danial mengucap maaf berkali-kali.Faiz mengusap rambut Batrisya dengan penuh keprihatinan.Faiz menenangkan Danial kerana Danial seakan kelam-kabut.Ambulans tiba dan paramedik membantu Batrisya duduk di brankar dan mereka menolaknya masuk ke dalam ambulans.Danial dan Faiz dibenarkan ikut.Pandangan Danial kabur dan Faiz membantu abangnya naik ambulans.Faiz menyuruh Danial bersandar padanya.Faiz memegang tangan Batrisya yang sudah tidak sedarkan diri.

Mereka pun menunggu di luar wad kecemasan.Faiz sedang berlawan dengan perasaannya.Danial duduk di sebelahnya dan memejam matanya.Faiz mengeluarkan telefon bimbitnya dan melihat gambar-gambar yang ada di dalam.Terdapat gambar Danial dan Batrisya bersamanya.Faiz toleh dan renung wajah Danial.Danial abang aku?Itu yang dikatakan oleh Batrisya dan ibunya.Faiz merenung wajah Danial sekali lagi.Kejadian malam kelmarin,dia cuba menyelamatkan Batrisya dari bekas teman lelakinya.Ia semua masuk akal sekarang.Danial yang membantunya malam itu.Faiz tersenyum lebar dan dia ingat apa yang dia katakan pada Danial sebelum dia dioperasi,Faiz akan kembali.Faiz mahu mengejutkan Danial tetapi dia tidak sampai hati.

Doktor pun keluar dan menyatakan bahawa kecederaan Batrisya agak teruk kerana dia bukan cedera dibahunya sahaja tetapi dia juga ditikam dipinggangnya.Faiz terpempan dan hanya beritahu doktor untuk menyelamatkannya.Faiz toleh dan lihat Danial sudah bangun.Danial dengar segala penjelasan doktor.Faiz mendekati Danial dan cuba menenangkannya.

“Batrisya ditikam?Semua salah aku….Ya Allah…”rintih Danial.

Faiz menenangkan Danial semampu yang dia boleh.Ibu Batrisya tiba dengan wajah penuh dengan kerisauan.Danial minta maaf berkali-kali.Dia merayu pada Ibu Batrisya supaya memukulnya dengan teruk kerana ini semua salahnya.Ibu Batrisya hanya mengusap lengan Danial sambil beristighfar berkali-kali.Batrisya akan selamat kerana dia seorang yang kuat.Itu yang diucapkan oleh Faiz berkali-kali.

Doktor membenarkan ahli keluarga terdekat masuk ke wad Batrisya dahulu.Faiz dan Danial tunggu di luar.Faiz masih menenangkan Danial.Faiz semakin geram lihat perlaku abangnya.

“ABANG!Beristighfar dan berdoa supaya Batrisya akan pulih.Stop being like this!You weren’t like this when I was in amnesia?”marah Faiz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience