Danial toleh dan setuju dengan cadangan adiknya itu. Penggal sekolah mereka berdua pun akan berakhir tidak lama lagi.Faiz mencadangkan mereka ke Bali dan dia akan mengaturkan segalanya.
Danial tersenyum lebar. Lalu,Faiz rasa tidak sedap badan. Dia menyatakan bahawa dia mahu berehat dan menyuruh Danial juga berehat. Danial menjadi khuatir dengan cara adiknya berbual. Lemah secara tetiba sahaja. Dia pun mengiakan sahaja dan ke katilnya.
“Kenapa dengan adik aku?”bisik hati Danial.
Dia duduk dan merenung adiknya yang terbaring.Danial tahu dia tidak akan memaafkan dirinya jikalau apa-apa terjadi pada adiknya.Danial harus melakukan sesuatu demi dirinya dan janjinya pada arwah ibu dan Ina.Danial tidak mahu dirinya terus dihantui oleh janji itu. Dia tidak mahu ingkari kerana janji itu memastikan masa depannya yang cerah.Danial keluar untuk mengambil air.
“Abang…ayah minta maaf. Ayah…”
Danial tersentak bila terdengar suara ayah.Langkahnya terhenti.Dia melawan perasan marahnya kerana dia tidak mahu bergaduh lagi.Danial hanya mengangguk sahaja.Danial menuju ke dapur untuk menuang air.Dua gelas.Dia mendekati ayahnya dan memberinya.
“Salahmu salahku.Maafmu kuterima,maafkan diriku juga,”ungkap Danial.
Ungkapan itu membuat ayahnya tersenyum.Ungakapan yang menjadi perkara yang mereka kata jika ingin minta maaf.Idea arwah ibunya.Danial sudah lama tidak mengungkapkan ia.Dia masuk ke bilk dengan hati yang tenang.Danial ingin menelefon Ina tetapi waktu sudah 2 pagi. Tentu dia sudah tidur.
“Bali?!”kata Batrisya dengan nada terkejut.
Faiz hanya mengangguk sahaja.Faiz tahu Batrisya tidak akan setuju dengan cadanganya.Mulalah Batrisya berleter.Faiz hanya tersenyum dan mendengar leteran Batrisya.Batrisya duduk di sebelah Faiz dan merenung wajah Faiz.Faiz tahu renungan itu.Faiz mengangguk dan masih berdegil untuk meneruskan cadangannya itu.Batrisya mengeluh dan terpaksa setuju dengan cadangan Faiz walaupun dia berat hati.Faiz menyatakan ini peluang keemasan yang mungkin tidak akan datang lagi.Faiz menepuk bahu Batrisya. Airmata Batrisya tetiba mengalir.Faiz mencubit lengan Batrisya lalu tersenyum.
Share this novel