BAB 4

Drama Completed 13468

“Awak, jangan terlalu bersedih. Singkirkan perasaan itu dan maafkan sesiapa yang buat awak sedih.Nikmati kehidupan.”

Danial hanya diam dan memikirkan kata-kata Ina itu. Dia mengeluh. Sudah hampir pukul 4 pagi, Danial bangun dan menuju ke kolong rumahnya.

“Faiz, kau okay ke?” soal Batrisya.

Faiz toleh dan lihat Batrisya sedang merenung wajahnya dengan beribu soalan di wajahnya. Faiz tersenyum dan hanya menggeleng kepalanya.

Batrisya tidak menyoal lagi. Batrisya menutup bukunya dan menyuruh Faiz berkemas.Batrisya mengajak Faiz untuk makan. Faiz tergelak. Hobi kegemaran teman karibnya, makan.

Batrisya agak gempal namun dia mempunyai hati yang baik dan ikhlas. Masa arwah ibunya meninggal, Batrisya dan ibunya tidak putus membawa makanan setiap hari.

Batrisya sentiasa menanya khabarnya. Batrisya juga kehilangan ayahnya dan kerana itu Batrisya faham perasaan kehilangan yang dirasai Faiz pada masa itu.

Faiz meletakkan kepalanya di atas meja.Batrisya sedang beli makan. Dia rasa tidak sedap badan dengan tetiba.Kepalanya terasa berat dan dia mula berpeluh. Faiz cuba mendapatkan Batrisya di telefon bimbitnya tetapi dia tidak bermaya.

“Faiz, come! I bring you home,”tetiba Batrisya di sebelahnya.

Rumah.Tidak!Dia tidak boleh pulang ke rumah dengan keadaan sebegini.Faiz beritahu Batrisya, dia tidak mahu pulang ke rumahnya. Batrisya mengangguk faham.

Tika Faiz sedar dari tidurnya,dia berada di bilik abang Batrisya. Batrisya sedang duduk di luar bersama ibunya. Perlahan dan berhati-hati, Faiz bangkit dan keluar dari bilik itu.

Batrisya terkejut lihat Faiz sedang berdiri dengan lemah. Batrisya menyuruh Faiz berehat.Batrisya mendengus geram sambil membantu Faiz duduk di atas sofa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience