Faiz mula mengejar suara itu.Dia tidak tahu dia di mana.Faiz mencari dan akhirnya dia ternampak seseorang dari jauh seperti ibunya.Faiz mengorak langkah menuju bayangan itu.
Matanya sakit bila dia buka mata.Cahaya putih menyilaukan matanya.Pedih sekali.Dengan perlahan dia buka dan dia lihat Batrisya dan seorang lelaki yang dia tidak kenal.Faiz menoleh melihat Batrisya dan tersenyum.Terlihat airmata Batrisya mengalir.Ibu Batrisya juga ada.
“Batrisya,siapa yang bersama dengan kau?Lelaki itu teman lelaki kau ke?”soal Faiz.
Terkesima Batrisya dibuatnya.Batrisya menyuruh Faiz mengecam lelaki itu namun dia tidak tahu siapa.Batrisya memastikan bahawa Faiz dapat melihat wajah lelaki itu dengan terang.Faiz tidak tahu siapa.Dia tidak tahu Danial.
Batrisya mengesat airmatanya dan terus keluar.Dia harus berbual dengan Doktor Ayu.Danial mengekori Batrisya.Batrisya seakan kelam-kabut.Danial bergegas mengejarnya dan menarik lengan Batrisya.Wajah Batrisya seakan marah dan geram.Batrisya menyuruh Danial melepaskannya.Danial tetap mengenggam lengan Batrisya.Danial menyuruh Batrisya bertenang.Batrisya enggan bertenang.
“Batrisya!”tengking Danial.
Batrisya terdiam.Dia beristighfar berkali-kali.Batrisya merenung wajah Danial dengan penuh kesayuan di matanya.Batrisya mengesat airmata yang penuh dengan kemarahan.Dia tidak mahu Faiz melupakan Danial ataupun keluarganya.Dia tidak mahu ia berlaku.Ini tidak adil pada Danial dan keluarganya.Batrisya mahu Faiz ingatkan mereka dan bukan dia sahaja.Kebetulan Doktor Ayu pun tiba.Danial dan Batrisya mendekatinya.
“Doktor,is Faiz suffering from amnesia?”soal Batrisya.
Doktor Ayu mengeluh dan mengangguk.Batrisya tidak menyangka perkara yang dia takut terjadi berlaku di hadapannya.Doktor Ayu menerangkan bahawa pembedahan itu yang menyebabkannya kerana saraf pentingnya begitu dekat dengan tumbuhan itu.Inilah satu risiko yang Batrisya harapkan dapat dielak.Doktor Ayu minta diri.Batrisya pusing dan berdiri di hadapan Danial.Batrisya minta maaf berkali-kali.
“Mama,Batrisya mana?Siapa pakcik dan makcik ini?”soal Faiz pada Ibu Batrisya.
Itulah yang Faiz panggil Ibu Batrisya selama mereka berkawan.Ibu Batrisya istighfar dan mengusap pipi Faiz dan menyatakan bahawa mereka adalah ayah dan ibu tirinya.Faiz hanya merenung wajah Ibu Batrisya dengan penuh kehairanan.Faiz hanya ingat bahawa ibunya telah meninggal.Dia hanya ingat bahawa dia mempunyai Batrisya dan ibunya.Batrisya dan Danial pun masuk dan beritahu mereka bahawa Faiz hilang beberapa ingatannya.Batrisya masih pelik dengan betapa tenangnya Danial menghadapi situasi ini.
Faiz hanya merenung wajah Danial.Dia cuba mengingati siapa lelaki ini namun gagal.Danial hanya menyuruh Faiz mengambil masanya untuk ingat semula dan jangan dipaksa.Faiz disuruh berehat.Batrisya dan Danial menyuruh Ayah Fauzi,Ibu Hani dan Ibu Bibah untuk pergi makan ataupun berehat.Mereka semua akur dan keluar wad.Batrisya hanya merenung wajah Faiz yang sedar tidur.Danial melempar pandangannya ke luar tingkap.
Batrisya harus melakukan sesuatu demi Danial dan keluarganya.Tidak sampai hati lihat mereka dilupakan begitu sahaja.Batrisya mendekati Danial.Batrisya menepuk bahu Danial dan menyatakan bahawa Faiz akan ingat mereka semua.Danial hanya mengeluh dan kembali semula memandang ke luar.
“Danial,kau tidak sedih ke?Kenapa yang mendiamkan diri sahaja?”soal Batrisya dengan lembut.
“Aku tidak tahulah Batrisya.Aku gembira kerana Faiz sudah sedar.Aku terkilan dia tidak ingat aku ataupun ayahnya.Mungkin ini menunjukkan bahawa selama ini kau dan ibu kau yang banyak memberi impak kuat dalam hidupnya.Aku…aku…”kata-katanya mula tersekat-sekat dek kerana dia menahan tangisannya.
Batrisya mengusap-usap lengannya dan dia berjanji akan membantu Faiz mengingati mereka semua.Danial tersenyum pahit dan dia juga harus melakukan sesuatu demi mengembalikan ingatan adiknya.
Share this novel