BAB 1

Drama Completed 13468

Tiada satupun ciptaan Allah itu yang sia-siakan? Seperti Rintik-rintik hujan yang membasahi bumi ini misalnya, ia mungkin membuat aktiviti kita terhenti seketika, namun pada hujan yang turun ini membuat kita bisa beristerehat seketika, menyandar keletihan dan mampu menenangkan hati yang gusar.Hati yang tidak sedang dibelenggu masalah dan keresahan.

Hujan yang membasahi bumi seperti airmata yang menitis titik demi titik.

Bunyi guruh menyertai selepas air hujan jatuh ke bumi. Melihat air hujan jatuh dari langit ciptaan Yang Maha Esa, membuat sang penglihat terasa keresahan di hati hilang buat seketika. Itu yang selalu dirasakan olehnya.

Sedang dia menikmati keindahan itu, dia terdengar pertingkahan di luar biliknya.Dia mengeluh. Tidak habis-habis bertengkar,desus hatinya. Dia tidak mahu keluar kerana dia tidak mahu masuk campur lagi.

Mereka tidak habis-habis berkelahi.Dua-dua degil semacam,tidak boleh mengalah.Lalu,pintu biliknya diketuk. Dia buka pintu biliknya dan lihat ibu tirinya berdiri di luar dengan wajah gelisah.

“Faiz,ayah kamu dan abang kamu akan bertumbuk jika tidak dihentikan.Ibu cuba tapi gagal!,”rintih Ibu Hani.

Faiz tiada pilihan dan keluar bilik.Mereka sudah pun bertumbuk.Wajah abangnya, Danial sudah pun berlebam. Dengan pantas, Faiz menarik abangnya dari terkena tumbukan ayahnya lagi.Danial melepaskan dirinya ke bilik.

Faiz merenung ayahnya dengan tajam. Faiz kecewa dengan sikap mereka berdua.Ibu Hani menenangkan suaminya, Fauzi. Faiz meninggalkan mereka dan menuju ke biliknya.

Danial sedang duduk di birai katilnya dengan menggenggam jarinya dengan penuh kemarahan di wajahnya.Faiz biarkan abangnya begitu. Faiz baring di atas katilnya dan merenung ke siling rumah mereka. Faiz dengar Danial tidak henti mengambil nafas dalam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience