Batrisya tersenyum lebar mendengar rungutan Danial.Batrisya mula bercerita apa yang berlaku semalam sebelum Faiz datang membantunya.Wajah Batrisya berubah menjadi gerun bila dia sedang bercerita.
“Batrisya sedang jalan menuju ke lif.Batrisya dapat rasakan diekori jadi Batrisya menelefon Faiz.Batrisya memicit lif dan menunggu , mengharapkan ia hanya khayalan sahaja.Sedang menunggu,tiba-tiba terasa ada orang di belakang.Tak sempat toleh,Batrisya dipukul.Batrisya diheret ke tepi dan dipaksa berdiri.Dia ingin mencium Batrisya tetapi Batrisya menendangnya sekuat hati.Kekuatan lelaki mana boleh ditandingi kan? Dia sempat tarik rambut Batrisya sewaktu Batrisya ingin lari.Dia tarik dan terus tumbuk perut Batrisya.Lalu,Batrisya pun dengar suara Faiz.Pada masa itu,semua seakan kabur sahaja,”Batrisya berhenti kerana dia tidak sanggup.
Danial memegang tangannya dan menyatakan ia semua sudah berakhir.Airmata Batrisya mengalir.Dia masih rasa takut.Danial menenangkan Batrisya.Faiz masuki wad bersama ibu Batrisya.Danial ingin keluar tetapi Faiz menyuruhnya duduk bersama dengan mereka.Mereka semua berbual dengan rancak.
“Ibu,Batrisya ingin tanya ibu sesuatu dan ibu harus beritahu Batrisya yang sebenarnya.Apa Doktor Ayu kata tentang Faiz?”soal Batrisya.
Ibu Batrisya mengeluh dan mengusap rambut Batrisya dengan penuh kasih sayang.Ibu Batrisya mula memberitahu Batrisya dengan tenang.Airmata Batrisya mengalir.Ibu Batrisya mengesat airmata yang mengalir.Ibu Batrisya menasihatinya supaya kuat dan senantiasa mendoakan untuk Faiz.Batrisya merintih.
Batrisya menelefon Faiz selepas dia sudah menenangkan dirinya.Mereka berbual seperti biasa namun di sudut hati Batrisya dia terasa sayu sekali.Tetiba,Faiz mengajaknya keluar ke tempat kegemaran mereka.Batrisya setuju.
Faiz menjemput Batrisya di kolong bloknya.Faiz tidak keseorangan.Dia bersama Danial.Batrisya tersenyum lebar.Mereka berdua menjemput Batrisya yang masih beransur pulih dari luka kelmarin.Dia dalam kereta,Batrisya rasa seronok lihat Danial dan Faiz sedang rancak bergurau.Mereka pun ke East Coast.Danial pergi membeli makanan segera.Faiz dan Batrisya mencari tempat duduk.Sementara menunggu Danial,Batrisya mahu dengar dari mulut Faiz sendiri.
“Faiz,just tell me the truth.Stop hiding it,”kata Batrisya dengan tenang.
“Batrisya,bukan aku ingin rahsiakan pada kau tetapi aku tidak mahu kau bersedih.If you need me to say it, I’ll say it. Doktor mengesahkan ada ketumbuhan di otak aku dan ia terlalu dekat dengan saraf penting aku.Jika dibedah pun belum tentu aku akan pulih.”
Sekali lagi airmata Batrisya mengalir.Dia ingat pesanan ibunya.Faiz beralih ke sebelah Batrisya.Faiz mengusap pipi Batrisya dengan lembut.Faiz menyuruhnya merahsiakan daripada Danial.Batrisya ingin membantah tetapi Faiz menyatakan dia akan beritahu Danial bila masa yang sesuai tiba.Batrisya mengesat airmatanya supaya Danial tidak mengesyak apa-apa.Danial pun tiba dengan makanan mereka dan mereka pun menikmati keindahan langit malam dan angin sepoi-sepoi bahasa.Mereka berborak dan tertawa.
Sedang mereka berbual,Faiz terasa kepalanya berat.Dia cuba menahan kesakitan itu.Dia tidak berkata apa-apa.Faiz hanya menunduk sahaja.Kepala semakin berdenyut.Tiba-tiba,pandangannyamula kabur.Dia menyatakan dia mahu ke bilik air.Dia pun bangkit dan mengorak langkahnya dengan perlahan.Faiz cuba mengimbangi tubuhnya.Dia memicit kepala.Pandangannya semakin kabur.Dia terdengar seseorang memanggil namanya.Dia toleh dan lihat Danial mendekatinya.
Tubuhnya terus lemah.Faiz pun rebah nasib baik Danial cepat berlari ke adiknya.Danial memegang adiknya.Batrisya mencadangkan mereka bawa Faiz ke hospital kerana terdapat darah mengalir dari hidungnya.Danial setuju dan mereka pu menuju ke kereta mereka.Batrisya meriba Faiz di tempat duduk belakang.Danial panik.Batrisya menasihati Danial untuk menenangkan dirinya sebelum memandu.Namun,Danial tidak dapat menenangkan hatinya.Batrisya terpaksa menyuruh Danial bersama Faiz.Batrisya pun mula pandu ke hospital.
Share this novel