BAB 9

Drama Completed 13468

Batrisya mengesat airmatanya dan mencubit Faiz dengan kuat.Faiz terpekik kecil.Batrisya merehatkan kepalanya dia atas bahu Faiz dan menyatakan bahawa Faiz adalah teman karibnya seluruh dunia dan tiada apa yang akan merubah perkara itu.Faiz tersenyum lebar dan tahu Batrisya seorang yang terlampau beremosi di setiap situasi.Batrisya dan Faiz hanya duduk tanpa berkata apa-apa.

Hujan teriba turun membasahi bumi.Dengan pantas Batrisya mengemas barangnya dan lari untuk berteduh.Faiz masih lagi duduk dan menikmati air hujan yang turun.Batrisya mendengus dan hanya melihat teman karibnya menikmati air hujan yang dikurniai Yang Maha Esa.Batrisya memanggil Faiz untuk masuk namun dia enggan.

“Hujan adalah temanku kerana dia seperti airmata yang tidak mengalir dari mataku.Hujan juga seperti rasa rinduku pada ibu dan hujan jugalah yang selalu menyejukkan hatiku seperti dakapan ibuku.”

Itu yang dikatakan oleh Faiz jika dia lihat hujan.Batrisya hanya tersenyum lihat Faiz yang sedang duduk dan memandang ke langit.Tetiba, dia rasa sayu lihat Faiz.Dia mahu memeluk temannya dengan erat.Batrisya menyayangi Faiz sama seperti dia sayangkan keluarganya.Apa yang terjadi pada Faiz adalah takdir dan Faiz tidak pernah menyoal takdir Allah s.w.t. Batrisya akur bahawa Yang Maha Esa selalu menguji umatNYA dengan adil.Setiap dugaan mesti boleh ditempuhi.

“Faiz!Jom lah!”panggil Batrisya.

Faiz mengangguk dan berlari kecil menuju ke Batrisya.Faiz tersenyum sahaja.

“Bila kau mahu aku tempahan ke Bali?” tanya Batrisya.

“Lepas temujanji aku dengan teman wanita aku,”seloroh Faiz.

Wajah Batrisya berubah menjadi marah dan mencubit lengan Faiz dengan kuat.Faiz terpekik kesakitan lalu tertawa terbahak-bahak.Batrisya mengangguk.Faiz menanya Batrisya tentang pelan mereka kelmarin.Batrisya menyatakan semua berjalan dengan lancar cuma perlu sedikit waktu.Faiz berterima kasih pada Batrisya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience