“Ina sebenarnya teman karib adik.Batrisya Zarina,”beritahu Faiz dengan tenang.
Danial terkesima.Dia masih menunggu jawapan Faiz namun Faiz tidak berkata apa-apa pun.Danial hilang sabar.Dia menolak bahu Faiz dengan kuat.Faiz masih berdiam diri.
“Faiz….Batrisya mana?”kedengaran suara ibu Batrisya.
Dengan pantas,Faiz mendekati ibu Batrisya dan menyatakan doktor lagi merawatnya.Faiz minta maaf pada ibu Batrisya berkali-kali kerana tidak melindungi Batrisya.Doktor keluar dan berkata bahawa kecerderaan Batrisya tidak begitu parah kecuali hentakan di bahunya sahaja. Faiz mengeluh.Ibu Batrisya mengucap syukur kerana anaknya selamat.Danial hanya dengar dan lihat dari jauh sahaja.Dia rasa lega Ina tidak apa-apa.Batrisya Zarina namanya bisik hati Danial.
“Faiz…Abang kau mana?We need to explain to him,”kata Batrisya dengan lemah.
Faiz sendiri tidak tahu ke mana abangnya pergi.Batrisya menyuruhnya cari Danial dan terangkan apa yang berlaku dan pelan mereka.Faiz akur dan mula menelefon abangnya.Akhirnya,Danial di daerah taman.Faiz duduk di sebelah abangnya dan menyatakan dia yang bersalah.
“Abang tak faham.Macam mana adik kenal Ina dan apa yang berlaku tadi?”
“Sebenarnya Ina ataupun Batrisya teman adik.Teman karib adik.Adik mahu dia menjadi teman abang supaya abang tidak kesunyian dan ada teman yang benar-benar ikhlas berkawan.Adik mahu abang ada teman jika perkara tidak diduga berlaku.Apa yang berlaku tadi,Batrisya diekori.Lelaki itu bekas teman lelakinya yang mengidap penyakit mental.Dia mahukan Batrisya menjadi miliknya.Batrisya hubungi adik.Adik tidak sekuat abang kerana itu adik hubungi abang.Batrisya sudah dicederakan olehnya.Dipukul di bahu dengan kayu.Abang,jangan marahkan Batrisya kerana dia tidak bersalah.Adik yang rancang ini semua.”
Share this novel