Pagi di syarikat yang terletak di pinggir kota ini penuh dengan kesibukkannya dan pergerakan. Bangunan utama, dengan fasad kaca yang berkilat, memantulkan sinar matahari pagi yang cerah. Di pintu masuk, pegawai keselamatan tersenyum setiap kali memberikan sapaan kepada setiap staf yang melewatinya, memastikan keselamatan dan ketertiban setiap mereka di situ.
Lobi utama dilengkapi dengan dinding berlapis kayu yang kemas, dihiasi dengan seni moden yang memberikan sentuhan elegan. Bau segar kopi dari kafe di sudut boleh dihidu dari jarak jauh lagi, menyambut sesiapa yang datang.
Di dalam lobi, orang ramai berkumpul, berbual-bual mesra sambil menikmati sarapan ringan dan minuman panas. Bunyian perbualan lembut dan bunyi mesin kopi yang berdengung mencipta suasana yang bersahaja. Setiap meja kecil di sekitar ruang ini dilengkapi dengan buku-buku nota dan alat tulis, menandakan persiapan untuk mesyuarat yang akan diadakan tidak lama lagi.
Ketika jam menunjukkan 8.30 pagi, bunyi loceng yang lembut menandakan bermulanya hari kerja. Pekerja berpindah dari lobi ke kawasan pejabat yang luas. Ruang pejabat terbuka dihiasi dengan meja kerja yang kemas, kerusi ergonomik, dan komputer yang siap digunakan. Cahaya semula jadi yang masuk melalui tingkap besar menciptakan suasana cerah dan menyegarkan. Beberapa meja dikelilingi oleh tanaman hijau yang subur, memberikan kesegaran visual dan membantu menenangkan minda.
Di sudut pejabat, beberapa pekerja sibuk dengan perbincangan awal hari, membincangkan projek yang sedang berjalan atau merancang strategi baru. Suasana sibuk tetapi tersusun. Bunyi ketikan papan kekunci dan panggilan telefon yang sesekali memecah kebisingan mencipta suasana dinamik.
Di ruang rehat, pekerja berkumpul untuk berehat seketika. Terdapat pelbagai pilihan makanan ringan dan minuman, termasuk kek, buah-buahan, dan minuman berkarbonat. Para pekerja meluangkan masa untuk berbual dan menikmati suasana santai sebelum kembali ke tugasan masing-masing. Selain itu, bilik mesyuarat yang terletak di satu sudut dilengkapi dengan papan putih dan projektor, menandakan pertemuan yang penting akan diadakan sepanjang hari.
Di luar bangunan, suasana bandar sibuk dengan kenderaan dan pejalan kaki. Kontras sangat dengan ketenangan di dalam pejabat.
ZANE HAYES melangkah masuk ke bilik mesyuarat yang terletak di tingkat atas bangunan pejabat mereka. Bilik mesyuarat itu luas dan berkelas, dihiasi dengan meja kayu gelap yang panjang, serta kerusi-kerusi kulit hitam yang selesa. Di sudut bilik, tingkap besar memaparkan pemandangan bandaraya yang sibuk, memberikan suasana yang tenang di tengah-tengah kekacauan di luar.
Di sekeliling meja, duduk beberapa individu penting. Pengurus projek, Encik Ben seorang lelaki berusia dalam lingkungan lima puluhan dengan rambut perak yang teratur, sedang mengatur dokumen-dokumen di hadapannya. Beliau dikenali dengan ketegasan dan kebijaksanaan dalam memimpin mesyuarat. Di sebelahnya, Cik Maya, seorang wanita muda yang beriak dingin dengan kacamata bulat, sedang sibuk mencatat di dalam buku notanya. Maya adalah penasihat kewangan syarikat yang terkenal dengan kemampuannya dalam menganalisis angka-angka dengan tepat.
Zane, merupakan Presiden syarikat memantau mesyuarat pada hari itu memandangkan Ketua Jabatan yang sepatutnya mengetuai mesyuarat tidak dapat hadirkan diri kerana perlu menguruskan kerja off site.
"Baiklah, kita mulakan mesyuarat ini." kata Encik Ben mengangkat tangannya untuk meminta perhatian semua orang. "Hari ini kita akan membincangkan prestasi syarikat kita sepanjang bulan Julai dan merancang langkah-langkah seterusnya."
Suasana bilik mesyuarat menjadi senyap serta merta. Zane memerhatikan Cik Maya menghidupkan projektor di sebelah meja dan slaid pertama muncul di skrin besar. Di situ terpampang carta yang menunjukkan peningkatan keuntungan syarikat berbanding bulan sebelumnya.
"Seperti yang dapat kita lihat di sini," Maya memulakan penerangannya dengan yakin, "bulan Julai menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan. Keuntungan syarikat meningkat sebanyak 15% berbanding bulan Jun. Ini adalah hasil daripada pelaksanaan strategi pemasaran baru yang kita mulakan pada awal bulan lalu."
Zane mengikuti dengan teliti, mengambil nota tentang butiran penting yang dibincangkan. Beliau merasa berpuas hati dengan data yang dipaparkan dan cara Cik Maya menyampaikan maklumat tersebut.
Maya juga menjelaskan tentang pelbagai kempen pemasaran yang telah berjaya menarik perhatian pelanggan baru dan meningkatkan jualan.
"Bagaimana pula dengan kos operasi kita?" tanya Zane, apabila Maya selesai membentangkan angka keuntungan. "Adakah kos operasi juga mengalami kenaikan yang sepadan dengan peningkatan keuntungan?"
Maya mengangguk dan mengklik slaid seterusnya yang menunjukkan carta perbelanjaan. "Kos operasi meningkat sebanyak 10%, tetapi masih dalam had yang boleh diterima. Ini termasuk kos pengiklanan tambahan dan pembelian peralatan baru yang diperlukan untuk meningkatkan kapasiti produksi kita."
Encik Ben mengambil alih. "Jadi, walaupun kita mengalami kenaikan kos, keuntungan bersih kita tetap menunjukkan hasil yang positif. Ini adalah berita baik. Namun, kita perlu terus memantau kos dan mencari cara untuk mengurangkan pembaziran."
Zane mengangguk, menyedari betapa pentingnya menyeimbangkan keuntungan dan perbelanjaan untuk memastikan syarikat terus berkembang dengan stabil. Dia berasa lega apabila melihat bahawa strategi yang diimplementasikan oleh syarikat membuahkan hasil yang positif.
Ya. Selain seorang kaki perempuan, Zane juga terkenal dengan sikap workaholic beliau. Jangan di tanya, soal kerja memang dia titik beratkan. Memang dia terkenal dengan sikap 'trashy' seperti yang orang claim mengenai dirinya. Tetapi kalau ianya melibatkan syarikat dan pekerjaan, dia tidak pernah ambil enteng apalagi sambil lewa.
Lagipun dia perlu hasilkan wang yang banyak demi memuaskan kehendak orang sekelilingnya. Nanti kalau dia gagal melunaskannya, ada la pulak yang buat claim ke atas diri dia sebagai seorang yang incompetent.
Seterusnya, Encik Ben bertanya kepada Zane. "Tuan Zane, adakah anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan tentang bagaimana kita boleh meningkatkan lagi keuntungan kita pada bulan-bulan akan datang?"
Zane berfikir sejenak sebelum menjawab, "Saya percaya kita boleh mempertimbangkan untuk mengembangkan jangkauan pasaran kita ke kawasan yang belum diterokai. Selain itu, mungkin kita boleh menyemak semula kontrak pembekal kita untuk mencari tawaran yang lebih baik yang dapat mengurangkan kos."
Encik Ben mengangguk tanda setuju. "Cadangan yang baik. Kita perlu mengadakan sesi brainstorming untuk membincangkan lebih lanjut tentang peluang pasaran baru dan juga cara-cara untuk meningkatkan efisiensi operasi kita."
Mesyuarat tersebut berlanjutan dengan perbincangan tentang langkah-langkah konkrit untuk melaksanakan cadangan-cadangan tersebut.
Zane di sepanjang mesyuarat mendengar dan sama-sama turut serta dalam perbincangan dengan teliti memberikan idea dan pandangannya.
Apabila mesyuarat hampir tamat, Encik Ben memandang semua ahli mesyuarat dengan senyuman. "Terima kasih kepada semua kerana sumbangan anda. Kita telah mencapai keputusan yang baik hari ini, dan saya percaya kita akan terus maju dengan usaha dan kerjasama yang maksimum."
Dengan ucapan penutup itu, bilik mesyuarat perlahan-lahan kosong.
"Tuan Zane tidak keluar ke?"tegur Encik Ben orang terakhir yang hendak keluar dari situ. Dia perasan Zane hanya duduk diam di kerusi termenung memandang helaian kertas yang ada atas meja hadapan lelaki itu sejak tadi.
"Kamu boleh beredar terlebih dahulu." beritahu Zane.
"Baiklah, kalau begitu saya keluar dulu." tunduk Encik Ben sebelum bergerak keluar dari bilik meeting.
Maka tinggallah Zane seorang diri di situ. Keheningan suasana ruangan tersebut hanya ditemani dengan bunyi deru aircon.
Lantas Zane mengerling ke skrin telefon. Baru aje hendak dicapai, ada panggilan pula yang masuk.
Macam tahu-tahu aje meeting dia baru selesai, bolehnya ada panggilan masuk.
Mahu tak mahu telefon itu dicapai. Tiada nama yang tertera hanya nombor sahaja. Walaupun begitu, Zane boleh tahu siapa yang telah menghubunginya.Biasanya kalau nombor yang tidak bernama ni adalah nombor milik orang yang Zane mahu elak dari berhubung.
"Hello?"Zane jawab panggilan dalam mahu tak mahu. Ikutkan hati dia tidak menjawab panggilan ini. Tapi itu la...nanti ada yang claim dia itu dan ini. Malas nak menghadap!
"Meeting kamu sudah selesai?"
Bersama riak dinginnya, Zane capai helaian kertas dari meja lalu diangkat ke depan muka. Meneliti semula carta dan catatan di situ. Tidak berminat dengan panggilan yang diterima.
Kenapa?
Dah jelas la apa alasannya.
Panggilan yang tidak bernama biasanya adalah panggilan yang memang Zane tidak pernah simpan di dalam senarai contact dia dari awal Kerana dia tidak suka akan pemanggil tu sendiri.
"What I can help you mother?"dia langsung tidak mahu berbual lama dengan orang tuanya ini. Cepat selesai berbual,cepat dia dapat putuskan panggilan ni. Sebab dia tahu perbualan dia tidak pernah berakhir dengan ending yang baik.
"Ayah kamu membuat permintaan agar kamu bersama isteri kamu nanti makan bersama kami. Sudah lama bukan kita semua tidak berkumpul?Pulang ke rumah ya."
Huh?Dah lama tak berkumpul?
Zane menjungkit kening dengan sinis mendengarnya. Hujung bibir terherot nipis.
Kelakar betul. Rasanya baru tiga hari semalam dia datang menemui orang tuanya. Dan pertemuan mereka hanya berakhir dengan pertengkaran.
Like a real argument. Involve with violence as extra!
Yang mana end up dua pengawal keselamatan masuk ke wad kecemasan untuk menerima rawatan.
Siapa yang mulakan dulu?
Well proudly to admit, Zane Hayes puncanya.
Yalah, mana la tak hangin satu badan, Zane tak dapat pukul ayahnya, jadi sebagai ganti dia pukul la orang suruhan ayahnya.
Di hadapan orang tuanya pada masa itu juga.
"Mungkin tak sempat. Lain kali aje."beritahu Zane meletakkan kertas-kertas itu ke bawah lalu bersandar ke belakang. "Katakan aje terus apa tujuan mama dan ayah mahu bertemu dengan kami."
"Zane...jangan la macam ni. Kamu tahu kan-"
Mata dipejam, Zane menarik nafas panjang.
"Listen. I don't give any f***ing care what that old man want, just tell me now so we can save time, without having the same argument everytime we seeing each other."jengkel dia mula berombak dalam dada. Cengkaman pada telefon dieratkan.
"Ayah kamu hendak bincangkan soal anak dengan kamu."
Berdengus kecil Zane mendengarnya. Anak?Jangan nak bergurau!
"Sudah lima tahun kamu berkahwin tetapi tiada apa-apa perubahan. Itu yang ayah kamu-"
Terus Zane memotong kata."Hahahaha....so funny. How about this mother. Tell that old man, till his last breath he will not seeing any grandchild coming from me."sampai bila-bila dia takkan biarkan anak-anaknya hidup di dalam keluarganya ini. Cukup hanya dirinya seorang menjadi bidak dalam percaturan mereka selama ini.
" Jangan begitu, Zane."
"Enough mother. When I say how it is. That how it is work. Do you understand me?"
"Zane-"
Tanpa menunggu lama, panggilan itu terus diputuskan. Zane mencampak telefon ke meja dengan malas. Hah! Awal-awal hari lagi sudah merosakkan mood dia!
What a pain.
Share this novel