Flashbacks
Dalam keadaan bingung, kedua belah tangan diangkat sebelum melihat balutan dan jarum IV tertusuk pada tangannya. Dihya begitu kebingungan setelah sedar dari koma akibat kemalangan yang menimpa dirinya. Dia tiada sebarang klu mengenai apa yang sebenarnya telah terjadi. Bagaimana dia boleh cedera? Apa keadaan sebenar yang telah Menimpa dirinya? Bagaimana dia boleh berakhir di hospital? Dan berapa lama dia tidak sedarkan diri? Dia tidak pasti.
Apa yang Dihya ingat, perkara pertama yang dia perlu lakukan ada keluar dari situ. Dia tiada wang untuk membayar kos perubatannya itu. Dan dia tak boleh biarkan samseng-samseng tu datang mencarinya semula.
"Cik dah bangun?" seorang jururawat berjalan masuk ke dalam wad itu.
Dan ketika barulah Dihya menyedari bahawa dia berada di dalam ruangan rawatan persendirian. Yang mana membuatkan dia alert yang dia benar-benar dalam masalah besar. Ruang persendirian? Siapa yang dah hilang akal sangat sampai mahu menempatkan dia ke dalam bilik wad persendirian!?
"Cik alami sebarang ketidakselesaan dimana-mana ke?" soal jururawat semula setelah dia berdiri di sebelah katil itu untuk memeriksa keadaan Dihya.
Masih dalam keadaan mamai dan kebingungan Dihya gagahkan diri untuk bersuara sedangkan tekaknya begitu sakit dan kering." Apa yang berlaku pada saya?" tangannya naik memegang leher kerana berasa sakit apabila cuba hendak bercakap.
"Cik telah alami kemalangan. Cik dikatakan telah meluru ke jalan raya yang sibuk sebelum ditempuh dengan sebuah kereta yang kebetulan melalui jalan yang sama. Ekoran dari rempuh an itu cik telah alami kecederaan parah di bahagian kepala, tulang rusuk dan bahu kiri cik. Hentakan yang terjadi di kepala cik tu telah buatkan cik tidak sedarkan diri dan ada darah beku. Tapi pembedahan telahpun berjaya di jalankan tanpa sebarang isu. "
Apa? Pembedahan!?
Membuang mata kuyu Dihya. Dia menelan liur dengan susah payah sambil berkerut kening. Sampai parah begitu sekali kecederaan dia?
"Berapa lama saya tak sedarkan diri? "
"Hampir dua bulan."
"Dua bulan?" tiba-tiba jantung di dalam dadanya berdenyut sakit. Selama itu dia menetap di hospital? Itu bermakna kos hospital dia juga telah mencanak naik! "Kalau macam tu... Kos hospital-" Dihya tidak dapat meneruskan ayat terakhirnya.
Memahami akan reaksi Ihya, jururawat itupun tersenyum nipis.
"Ianya telah dibiayai oleh pemilik kereta yang telah merempuh cik pada malam tu. Mereka yang telah menguruskan segalanya sepanjang cik dirawat di sini. Untuk tu boleh saya tahu siapa nama cik dan maklumat peribadi cik yang lain sebagai rekod kami?"
END OF FLASHBACK
Bunyi berkeriut kedengaran semasa Dihya membuka pintu apartment usangnya itu. Setiap langkah yang di atur terasa berat. Seperti perasaan yang sedang di rasainya ketika itu. Letih. Fed up. Bosan. Dan bengang.
Seusai menanggalkan pakaian, Dihya gerak ke bilik air. Membersihkan badannya yang tidak bermandi selama beberapa hari lamanya sejak menjadi tahanan penculikan. Bukan sekali. Tapi dua kali. Dia sental setiap inci berkali-kali hingga kulitnya kemerahan. Hanya selepas puas hati baru la Dihya keluar dari bilik air.
Seusai mengenakan pakaian bersih, Dihya cuba hendak memasak untuk mengisi perutnya yang lapar. Tetapi setelah dia memeriksa isi kandungan peti sejuknya yang kosong, niatnya itu terus terbatal. Yang mana Dihya end up untuk ke kedai 7e yang terletak dua blok dari apartmentnya.
Selepas berjalan selama tiga minit, Dihya tiba di 7e. Keadaan kedai itu sepi. Tidak ramai pelanggan seperti kebiasaannya. Selalunya ada aje kumpulan samseng atau anak-anak nakal suka lepak dan membuat bising di kedai ini. Hampir setiap hari mereka semua itu akan memenuhi kedai ini. Mujur sajalah yang menjaga kedai ini juga seorang samseng. Tak adalah ramai yang yang mahu membuat hal seperti mencuri atau mengambil merchandise yang dijual tanpa membayarnya.
Semangkuk mee segera dan air kotak diletakkan atas kaunter oleh Dihya. Lalu cashier bertugas scan item din situ satu persatu. Riak wajah cashier itu jelas tertulis 'I hate this job, so don't f**k with me' padanya. Yang mana Dihya faham sebab muka itu la yang selalu dia tunjuk.
"3$"suara gruffy dari cashier menyapa kemudiannya.
Dihya mengocak poket sweater lantas menyerahkan wang kepada cashier itu. Namun semasa mereka mahu bertukar wang, lelaki itu mengerling ke wajah berlebam Dihya seketika lantas menegur.
"Kamu tau, awal siang tadi ada sekumpulan lelaki besut datang ke sini bertanya tentang kamu..." ujarnya menyerahkan baki wang kepada Dihya.
Dihya hanya balas pertanyaan itu dengan renungan kosong. Kalau lelaki besut yang dimaksudkan itu orang Zane, itu bermakna Zane sudahpun menyiasat latar belakangnya." Apa yang dia orang tanyakan?"
"Di mana kamu berada...saya cakap saya tak tahu. Mereka tak apa-apa kan kamu kan?" mungkin kerana melihat keadaan Dihya berlebam begitu, ianya buatkan cashier itu tertanya-tanya.
Tidak memberi sebarang komen mengenainya dengusan kecil saja yang terlepas kecil darinya. Dia mahu menceritakan apa yang terjadi, tapi tubuh dia benar-benar letih sekarang. Jadi lain masa aje la. "Thanks Joe." ucap Dihya pada cashier itu sebelum berpaling keluar dari situ. Seteruk teruk perangai Zane, sekurang-kurangnya lelaki itu telah menyelamatkan diri dari dijual ke kelab pelacuran. Terima kasih jugak pada anak buah lelaki itu kerana cekap mencari keberadaan dia tepat pada masanya
Sewaktu Dihya tiba di laluan pejalan kaki bangunan apartmentnya, dia ternampak sebuah kereta hitam terparkir di penjuru lorong betul-betul menghadap bangunan tersebut. Melihatkannya saja sudah tahu ianya kelihatan mencurigakan. Namun Dihya sudahpun sedia maklum akan kehadiran kereta hitam itu sejak awal. Jadi dia tidak berasa awas atau cemas kerananya. Mana tidaknya, dah kereta hitam itu kereta sama yang menghantar dia pulang memang dia tahu la kenapa kereta hitam itu ada di situ.
Semuanya ini kerana lelaki bernama Zane Hayes itu.
Lelaki tersebut terus menerus berkeras mahu dia menetap di residence privatenya. Memang tak mahu la jawapannya. Semewah mana sekalipun tempat tu, kalau dia sudah rasa selesa di tempat tu, tempat itu juga yang dia akan menetap. Itu yang dia balik ke apartmentnya. Bukan ke kediaman Zane. Yang mana menyebabkan kereta hitam tadi parkir di situ.
LIMA MINIT kemudian, semangkuk mee segera telahpun siap. Wap hangat berkepul naik apabila penutup aluminiumnya di buka. Menyapa bau haruman rempah dari bancuhannya. Tetapi sayangnya bau yang dihidu Dihya tidak dapat dirasai olehnya. Sekalipun bau makanan itu enak, Dihya tidak boleh mengesan sebarang rasa manis, masin, masam mahupun pahit. Apa yang dirasai hanya rasa hangat dan tekstur suatu makanan itu setelah ia menyentuh lidahnya.
Dengan berhati-hati, Dihya mula menghirup mee segera panas itu. Berharap ianya dapat mengisi perutnya yang sedang kelaparan walaupun dia tidak boleh rasa apa yang dimakannya itu. Entah pedas, entah masin. Sudah 9 tahun dia lalui situasi ini semenjak kemalangan yang menimpa dirinya dahulu.
Sambil termenung memandang langit malam di luar jendela, Dihya mengunyah tanpa selera. Rasa seperti sedang mengunyah sesuatu yang lembut dan lembik tanpa perisa. Perkara biasa yang dia rasai setiap kali makan. Pernah sekali tu, pada tahun pertama dia hadapi kesulitan untuk makan hingga beratnya turun dengan drastik gara-gara muntah akibat stress. Kenyataan bahawa dia tidak dapat merasa lagi benar-benar memberi tamparan besar pada hidupnya.
Namun selepas beberapa tahun berlalu, Dihya dah mula belajar untuk kawal emosi dan tekanannya agar dia boleh makan seperti normal walaupun dia tidak dapat merasa apa-apa perisa pada makanan itu.
Kerana itu Dihya kurang untuk mempamerkan emosinya apatah lagi merunsingkan fikirannya tentang masalah yang dia hadapi. Kalau dia boleh selesaikan masalah tu, dia akan selesaikannya. Jika tidak mampu, dia tidak pedulikannya sampai akhir. Itu cara Dihya menangani masalah hidup yang tiada habisnya itu.
Sedang Dihya hendak tunduk memandang mangkuk mee segera, matanya terarah pada sampul yang terisi dengan salinan kontrak nya di atas meja itu. Terus terimbas wajah Zane sebaik melihatnya. Wajah lelaki misteri yang sering bermain dalam fikirannya.
Kenapa dia asyik teringatkan lelaki tak guna itu?
Entah kenapa rasa kesalnya berganti dengan perasaan terkilan selepas mengetahui bahawa Zane Hayes itu adalah seorang lelaki kaya yang berperangai tidak guna dan sikap tidak berhati perut. Sedangkan pada kali pertama dia bertentang mata dengan lelaki itu, Dihya yakin bahawa Zane seorang lelaki yang berbeza dari mana-mana lelaki yang telah dia temui. Sebab tatapan mata lelaki itu kelihatan jelas yang Zane itu orang baik.
Rupanya sama aje.
Dengan jengkel, Dihya meletakkan garpu ke bawah lalu menolak mangkuk mee segera itu ke tepi. Tidak dapat menelan lagi sisa makanannya dek rasa tidak puas hati yang berasak dalam dada. Macam tak guna aje. Kenapa lelaki tu nak susahkan hidup dia yang sedia susah ni? Kan ramai lagi perempuan dekat luar sana yang lelaki tu boleh jadikan Mistress! Kenapa dia jugak!
. Terima kasih sebab sudi baca.
Share this novel