Zane terdiam. Dia perlahan-lahan mulai menyesal dengan kata-katanya. Dia tahu dia telah melukakan hati Dihya. Namun, kemarahannya masih belum reda. Dia memandang ke arah Eric dengan penuh benci. Kalau pengawal keselamatannya tahu lakukan kerja dengan baik semua ini tidak akan berlaku!
Tanpa berfikir panjang, Zane terus menumbuk muka Eric. Eric terjatuh ke lantai, darah mula mengalir dari hidungnya. Dihya terkejut dengan tindakan Zane. Dia tidak menyangka Zane sanggup melakukan perkara itu. Nafasnya tertahan kuat.
“Tuan Zane! Apa yang Tuan buat ni?” Dihya menjerit. Dia mendapatkan Zane. Cuba menolak lelaki itu menjauh dari Eric.
Zane tidak menghiraukan jeritan Dihya. Dia terus mendekati Eric, ingin memberikan satu lagi tumbukan. Namun, Dihya sempat menghalang.
“Tuan Zane, cukuplah!Eric tak salah. Saya yang salah dalam hal ni!” Dihya menjerit, suaranya penuh dengan nada cemas. Tak memasal orang yang tidak bersalah jadi mangsanya.
Oleh kerana terlalu marah, Zane kemudiannya menampar Dihya sehingga gadis itu terjatuh ke lantai.
"Aku bayar kau untuk layan aku. Bukan lelaki lain! Dah puas sangat hidup kau tu sampai berani pertahankan lelaki lain depan aku!" marah Zane.
Sambil memegang pipinya yang sakit Dihya menggeleng. "Tak tuan. Saya tak layan sesiapa selain tuan. Kami betul-betul tak lakukan apa-apa. Saya cuma perlukan bantuan Eric untuk pastikan hidangan yang saya sediakan untuk tuan, selamat untuk tuan makan atau tak. Itu aje." Apa yang dah merasuk Zane ni! Lelaki ni dah hilang akal ke sampai tiba-tiba aje nak pukul orang?
Eric yang sudah teruk dibelasah oleh Zane masih meringkuk di atas lantai. Dia terlalu fokus pada hidungnya yang kemungkinan besar telah patah.
"Kamu tak perlu lakukan semua tu Dihya!Lagipun kenapa kamu beri makanan yang kamu masak pada lelaki lain dulu bukan saya?Kamu ingat saya ni apa, tempat kamu buang sisa macam tu?"bentak Zane keberangan.
"Saya tak bermaksud macam tu-"
"Kalau begitu beritahu saya, kenapa!"
Dihya tidak dapat memberikan penjelasan kerana begitu takut. Dia terlalu takut hendak mendedahkan hal sebenar pada Zane yang dia sebenarnya hilang kemampuan untuk merasa. Kerana itu dia perlukan Eric memastikan masakannya cukup rasa dan sesuai untuk dimakan oleh Zane nanti. Tapi Dihya tidak menyangka semua itu membuatkan Zane mengamuk.
Dirinya ini sudah banyak kekurangannya. Miskin. Latar belakang keluarga juga tidak baik. Tiada apa-apa yang dia miliki selain hutang. Dia juga sedar siapa dirinya. Kerana itu dia enggan membuatkan Zane semakin memandang rendah terhadap dirinya lebih lagi sekiranya mengetahui kekurangan diri dia yang satu ini.
"SPEAK DIHYA MAELANI!"bentak Zane.
Melompat terkejut Dihya di situ. Matanya berkaca akibat begitu tersentak dengan perubahan sikap Zane itu.
"Give me a perfect reason why I should not kill this man right now!"tundingnya ke arah Eric. Lelaki itu sudah berlumuran darah. "SPEAK!" bentak Zane lagi.
Dengan renungan mata yang kemerahan, Dihya memberanikan diri untuk bertentang mata dengan Zane. Perasaannya begitu remuk. Dia malu pada dirinya sendiri kerana perlu menceritakan rahsia yang selama ini dia simpan. Kalau boleh dia enggan sesiapa mengetahuinya. Mendedahkan hal ini ibarat maruahnya sedang di cabik-cabik!
"Kamu nak terus mendiam?Perlu ke saya ingatkan kamu semula!"
"Sebab saya tak boleh rasa, tuan."perlahan-lahan air mata mengalir turun dari tepi tubirnya. Dihya tidak berkedip sama sekali.
Riak wajah Zane berubah mendadak.
"Apa kamu kata?" kerutnya tidak mengerti. "Tak boleh rasa?"
Dihya mengangguk. Dadanya sebu. Darah mulai mengepam laju naik ke otak kerana berasa begitu malu. "Saya kehilangan deria rasa yang mana membuatkan saya tak dapat mengesan sebarang rasa." betapa bencinya dia kepada dirinya ketika ini. "Sebab itu saya minta Eric bantu saya, supaya dia boleh check bahan yang saya gunakan supaya tidak merosakkan makanan tuan."
Terkedu Zane sebaik mendengarnya. Apa yang dia baru dengarkan ni? Kata-kata Dihya itu ibarat echo yang bergema dalam kepala, membuatkan seluruh anggotanya kebas semuanya. Tangan yang menampar padu pipi itu tadi masih terasa pedihnya.
"Sejak bila?" nada suaranya menjadi perlahan.
Dihya menggigit bawah bibir sewaktu nafasnya mulai tidak teratur. Dia panik kerana semua ini mengingatkan dia semula akan situasi masa lampaunya.
Memori semasa dia masih remaja dan hampir dijual menjadi pelacur oleh bapanya dengan seorang samseng yang dia kenali. Malam yang masih segar dalam ingatannya. Kalau bukan kerana kemalangan itu, dia mungkin tidak berada di sini.
Menceritakan semula kisah lampau dia membuatkan Dihya berasa malu dan rendah diri. Kalau boleh dia enggan mengungkit semua itu! Tapi kerana nyawa orang tidak bersalah menjadi taruhannya, hendak tak hendak Dihya terpaksa menceritakan hal sebenar.
"Lepas saya kemalangan beberapa tahun yang lepas."Dihya memandang Zane dengan penuh berharap yang lelaki itu tidak marah lagi. Dia benar-benar takut sekiranya Zane menyakitinya lebih dari ini." Maafkan saya tuan. Saya tak ada niat untuk khianati kepercayaan tuan. Apalagi melanggar peraturan kontrak saya."ujarnya begitu sebak.
Zane begitu terkedu, hatinya mulai sakit setelah melihat air mata di wajah Dihya dan kesan luka di pipi yang dia tampar sebentar tadi. Dia sendiri tidak tahu apa yang telah merasuknya hingga dia beri reaksi seperti ini! Ianya sama sewaktu Astrid memburukkan nama Dihya. Begitu la perasaan yang dia rasai.
Zane bercelaru. Dia tidak faham. Apa yang sedang berlaku pada dirinya ini?!Adakah ini hanya perasaan dia mula ambil berat tentang Dihya atau hanya disebabkan perasaan insecure apabila melihat Dihya bersama lelaki lain?
"Kalau kamu dah tahu keadaan diri kamu bagaimana, kenapa kamu masih jugak beria nak memasak!Bukannya saya minta kamu lakukan semua ni?"marah Zane lagi.
Dihya mengerling ke arah Eric. Lelaki itu sepertinya boleh berdiri semula tetapi darah yang mengalir dari hidungnya sepertinya tiada tanda hendak berhenti. Bukan ini yang sepatutnya terjadi. Mereka sepatutnya dalam keadaan berbaik. "Apa lagi yang saya patut lakukan, tuan?"
Zane melihat air mata yang bergenangan di mata Dihya dengan gigi terketap erat. Keningnya ikut berkerut kerana bengang dengan diri sendiri. Sepatutnya dia tidak kisah sama ada perasaan Dihya terluka atau tidak. Tapi entah kenapa hatinya ikut terluka melihat air mata itu tumpah.
"Tiada apa-apa lagi yang saya boleh lakukan dekat sini. Jadi saya cuba nak buat diri saya ni berguna pada tuan. Tuan dah lakukan banyak untuk saya. Tuan bayarkan hutang saya. Selamatkan saya dari menjadi pelacur. Berikan saya tempat tinggal, makan dan minum. Pakaian serta wang. Sekurang kurangnya saya patut cuba senangkan hati tuan untuk tu. Tapi kekurangan saya yang satu ni had kan saya untuk lakukan hal tu."jelas Dihya.
Eric di situ mendengar apa yang disampaikan Dihya sambil menekup hidungnya yang berdarah. Lelaki itu agak terkedu tetapi tidak lama. Sesaat kemudian dia pandang tuannya pula. Wajah itu berona merah. Dan pandangan mata itu juga berubah.
"Maafkan saya, tuan. Saya janji hal ni takkan berulang lagi."tunduk Dihya memandang ke lantai dengan perasaan berserah.
Zane melepaskan hela tidak percaya sebelum memandang Eric di situ. Dadanya naik turun perlahan. Dia mengatur nafas untuk menenangkan diri. Macam s*** aje semua ni!
"Keluar. Mulai esok kamu akan diganti dengan Ryan. Jangan kembali ke sini lagi."arahnya.
Dihya tidak berani hendak memandang Eric. Dia bersalah pada lelaki itu. Mana la dia tahu yang Zane akan gunakan kekasaran semata melihat dia bersama dengan lelaki lain. Kenapa tiada sesiapa beritahu hal ni pada dia, kalau diberitahu awal mungkin semua ni dapat dielakkan. Sekarang Zane dah marah. Cukup masa lelaki itu akan menghalau dia keluar dari sini! Dengan erat Dihya memejamkan mata.
"Baik tuan."tunduk Eric sebelum keluar dari situ. Dia sempat melihat ke arah Dihya sesaat ketika mahu menutup pintu. Apapun urusan Dihya dan tuannya, dia hanya mampu doakan yang baik-baik saja untuk Dihya. Sebab gadis itu tidak tahu lagi dengan siapa gadis itu sedang berurusan sekarang.
Share this novel