FLASHBACKS
Suara orang bertekak dan marah-marah kedengaran dari luar pintu sewaktu Zane berjalan masuk ke laman rumah datuknya itu. Dia baru sahaja pulang dari sekolah selepas menghadiri peperiksaan ketika mendapati dua buah kereta hitam sudah di parkir luar pagar rumah itu.
"Keluar!Aku kata keluar!"
"Dia anak saya. Saya ada hak terhadap dia ayah!"
"Siapa ayah kau!?Hah?Kau buang anak kau lama dulu. Kenapa sekarang kau datang nak kutip balik budak tu macam barang!"
"Ayah tahu kan keadaan saya tak mengizinkan saya untuk mempunyai anak pada masa tu!"
Zane berdiri di depan laluan masuk ruang tamu ketika dia menyaksikan pertengkaran datuknya bersama dengan seorang lelaki yang tidak dikenali. Dia tidak kenal siapa lelaki itu tapi dia pasti datuknya amat membencikan lelaki itu.
"Habis tu buat apa kau kahwin dengan anak perempuan aku hanya untuk ditinggalkan selepasnya?Kalau dah tahu tak boleh ada anak kenapa kau pergunakan anak perempuan aku!!"
Bentakan lantang itu membuatkan Zane kejung membatu setelah dia memahami apa yang sedang berlaku. Lelaki asing dihadapan datuknya ini adalah lelaki tak guna yang telah meninggalkan ibunya menderita seorang diri selama 17 tahun ini! Lelaki sama yang telah meninggalkan keluarga mereka kerana ingin mengejar cita-citanya itu.
"Saya cintakan anak ayah. Tapi cinta takkan beri kami makan....sebab itu saya tinggalkan kalian. Lagipun saya datang semula menemui ayah...kan saya berikan duit setiap bulan untuk menampung kos kehidupan kalian selama ni?"
"Jangan nak melawak!Kau fikir anak aku hamak dengan duit kau tu?Aku pun boleh beri anak dengan cucu aku makan tanpa bergantung harap pada duit kau tu!Kau balik temui kami lun masa anak perempuan aku dah dalam kubur! Berhambus!Aku taknak kau jejak kaki di rumah aku!Apalagi muncul di depan cucu aku!"
"Saya nak bawa Zane bersama ayah. Sama ada ayah setuju ataupun tidak!"
END OF FLASHBACKS
Hujung jari mengetuk-ngetuk permukaan lengan kerusi seiring dengan detik jarum jam di dinding. Zane di kerusi ruang tengah pejabat ketika itu duduk bersilang kaki sambil mengerling ke jam di dinding. Jarum panjang hampir bertemu dengan digit 12 ketika waktu hendak masuk jam lapan pagi. Waktu yang ditetapkan oleh Zane kepada pembantunya untuk datang.
7.55
7.56
7.57
Setiap detik jam berketik, jari telunjuk Zane mengetuk lengan sofa. Renungannya dingin dan riak wajahnya juga tenang.
"Selamat pagi tuan."lewat tiga minit dari waktu yang ditetapkan, pintu pejabat pun terbuka. Kyren berjalan masuk ke situ sambil memegang lengan kurus milik Dihya di hadapan laluan masuk itu.
Mereka berdua berjalan ke arah tempat Zane berada sebelum Kyren mendudukan Dihya ke sofa menghadap Zane.
"You're late."renungan tajam Zane terarah pada Kyren.
"Maafkan saya."tunduk Kyren dengan kedua belah tangan di belakang badan sejurus itu.
"KELUAR."ARAH KYREN kepada Dihya setelah kereta yang dipandu itu berhenti di hadapan lobi utama bangunan setinggi 40 tingkat itu.
Masih mamai dari pengsannya beberapa minit yang lalu, Dihya terkial-kial keluar dari seat belakang kereta itu sebelum berdiri di hadapan lelaki lampai di situ. Keningnya berkerut-kerut kerana berasa tidak selesa. Badannya sakit, kepalanya pening dan pandangannya juga masih berpinar-pinar.
"Ke mana encik bawa saya ni?"tanya Dihya melihat kanan dan kiri sekitar kawasan itu tertanya-tanya. Nampak seperti kawasan mewah dan berkawalan ketat. Bukan fishy atau merbahayakan. Tapi apa yang dia buat di sini?
Tidak menjawab soalan itu, Kyren mencengkam lengan kiri Dihya lalu berjalan ke arah pintu masuk bangunan bersama-sama. Sepanjang perjalanan itu Kyren hanya mendiamkan diri. Dan Dihya pula terpaksa ikut kerana dia sendiri tidak pasti apa yang dia patut lakukan pada waktu itu. Betapa bingungnya dia ketika itu sampai rasa takut dan marah langsung tidak tersisa.
Beberapa orang lelaki bersut hitam jalan mengekori Dihya dan Kyren dari belakang sehinggalah dua orang itu menaik lif.
DING!
Pintu lif terbuka. Menyambut Dihya dengan pemandangan mewah dan chandeliar yang bergantung atas siling. Sepanjang perjalanan itu lantai tingkat tersebut diselimuti dengan karpet berwarna dark blue. Paling menarik perhatian Dihya adalah plak keemasan yang dibentuk menjadi perkataan. memberitahu dia dimana keberadaannya ketika itu.
SAMSOONG ENTERPRISE.
Sebuah organisasi dan syarikat yang terkenal dan berpengaruh.
"Selamat pagi tuan."
Ucapan itu menyentak lamun Dihya. Mereka sudahpun tiba di sebuah pejabat tidak lama kemudian. Dan bila dia pandang ke dalam ruangan pejabat itu, matanya terus terarah pada lelaki yang sedang duduk bersilang atas kerusi menghadap pintu masuk. Lelaki yang memang akan sentiasa dia ingati walaupun sudah dua minggu kali terakhir mereka bertemu.
"You're late."
"Maafkan saya."
Dalam keadaang bingung, Dihya di dudukan atas sofa menghadap Zane Hayes. Gadis itu masih tidak berhenti dari menatap wajah kacak milik Zane. Seakan bermimpi pun ada. Dia tidak menjangka yang mereka akan bertemu semula. Tapi bagaimana dia boleh berada di sini?Di hadapan lelaki ini?
Takkanlah ayahnya telah berhutang juga dengan lelaki ini?
Hah!Seriously?
"Kita berjumpa lagi...Dihya Maelani."sapa Zane seusai Kyren melangkah keluar dari situ. meninggalkan hanya mereka berdua sahaja di situ. "Saya tak pasti sekiranya kamu masih mengingati saya."
No sh**!Siapa aje yang akan melupakan lelaki seperti Zane ni?Lelaki itu memiliki aura tersendiri yang tidak mudah untuk dilupakan begitu saja. Tanpa mengatakan apa-apa Dihya hanya membalas sapaan Zane itu dengan renungan kosong tanpa reaksinya. Dia hendak terkejut pun tidak mampu kerana begitu terkedu dan speechless dengan situasinya itu. Apatah lagi hendak bereaksi. Lagipun apa yang sedang berlaku sebenarnya?Kenapa Zane mendapatkan dia di tempat samseng ceti haram tadi dan dibawa ke sini?
"Saya tak tahu apa yang berlaku dekat sini. Tapi, adakah ayah saya berhutang dengan tuan juga?"soalnya kerana itu perkara pertama yang terlintas dalam fikirannya.
"Jangan risau. Ianya tiada kaitan dengan pinjaman atau hutang. Kamu tak perlu peningkan kepala mengenai hal itu."
Kemudian kenapa? Dihya menjadi semakin kehairanan."Kalau macam tu adakah ianya kebiasaan tuan untuk menculik seseorang hanya kerana pertemuan kali pertama mereka dengan tuan?"
Zane berdengus kecil. Bibirnya terukir sengih meleret.
"Ianya bukan seperti yang kamu fikirkan."Zane menurunkan kaki ke bawah lalu menyondong ke meja. "Sebelum tu, saya ada cadangan yang hendak ditawarkan kepada kamu..."dia menolak sehelai dokumen ke hadapan Dihya.
Mata Dihya memandang helaian kertas di atas meja itu untuk beberapa saat sebelum naik memandang Zane semula. Masih belum mengerti dengan situasi itu.
"First off, I buy your bonds. Which means the one who you in debt right now is me. Not anyone else."
Nafas Dihya tertahan di tengah kerongkong tanpa sebab. Matanya membuntang ke Zane. "Apa dia?"
"Go ahead. Read the paper."Zane menjuih dagunya ke kertas atas meja tadi. "This isn't bad proposition for you."
Apa yang lelaki ni katakan sejak tadi ni?Dihya mencapai kertas dari meja itu lalu diteliti dengan kening berkerut.
'The contract between A and B is as follow:
1. B will engage in any emotional nor physical contact whenever A desire so.
2. Without any permission, B may not allow to leave the residence and will put under survillience.
3. During the duration of this contract B may not have any relationship with anyone else.'
Sementara butiran yang lain tidak terus diteliti oleh Dihya kerana dia begitu marah dengan apa yang baru sahaja dia bacakan. Perkara mengarut apa yang sedang berlaku ni?
"Apa semua ni?" pandangnya ke Zane semula.
"Ianya seperti mana yang telah dinyatakan."Zane menunding jari ke depan muka Dihya. "Saya perlukan sesuatu dari kamu. Dan untuk itu saya akan gunakannya dan membayar kamu untuk service tersebut."
Tergelak Dihya ketika itu. Dia begitu marah sampaikan ianya buatkan dia merasa lucu. Lelaki ni serius ke? Menggunakan bonds hutang miliknya lelaki ini ingin menjadikan dirinya sebagai wanita simpanan?
"Hahaha...adakah tuan maksudkan untuk menjadikan saya pelacur?Macam tu?"
"Kamu boleh gelarkannya apa saja."sebatang fountain pen dikeluarkan dari poket kot oleh Zane. Dia meletakkan pen tersebut ke atas meja hadapan Dihya. "Saya katakannya semula, tawaran ini tidak akan merugikan kamu sama sekali. Dari kamu menjual diri kamu kepada ramai lelaki, ianya lebih baik kamu menyerahkan diri kamu hanya kepada saya. Jadi apa keputusan kamu, Dihya Maelani?"
Tanpa berkedip mahupun bernafas, Dihya diam di situ memandang wajah dingin Zane. Seluruh tubuhnya berasa kebas akibat kenyataan yang baru diberitahu oleh lelaki itu.
Share this novel