Ketikan jam dinding memecah kesunyian ruang kerja tepat pada jam 2 pagi ketika itu. Suasana dingin dan suram. Cahaya yang membias pun berpunca dari lampu di luar menghadap jendela dua pintu yang ditutupi dengan langsir kelabu kerana seisi penthouse itu langsung tidak bercahaya.
Betul-betul menghadap jendela itu, terbaringnya Zane masih dalam pakaian kerja. Sebab jam 3 petang tadi seusai pulang dari pejabat dia terus ke ruangan kerja untuk menyelesaikan beberapa dokumen penting syarikat. Lelaki itu baring dalam keadaan lengan di atas kepala. Kusyen kecil sebagai bantal kepala.
Namun tidak lama. Zane terjaga dengan terkejut dari tidur nyenyaknya. Kegelapan malam masih mengelilinginya sewaktu dia membuka mata. Dalam kekosongan bilik tidurnya, ia terasa seperti satu dunia yang tidak pernah tahu mengenai keserabutan hidupnya. Kertas-kertas berserakan di atas meja, lampu meja yang terpasang lemah memancarkan cahaya kuning pudar. Sebuah buku yang tidak pernah dibaca terletak di rak. Kot yang dilepaskan awal siang tadi masih tergantung di lengan sofa. Tali leher tergantung senget di kolar baju dengan longgar.
Hela nafas letih lepas untuk ke sekian kalinya.
Dia letih, tetapi tak dapat hendak rehat. Dia mengantuk tapi tak dapat hendak lena. Walaupun perut pedih kerana lapar, makannya tidak kenyang.
Zane bingung. Untuk pertama kali dia berasa begini. Seumur hidupnya tidak pernah sekali dia merasa tidak tenang begini.
Yang anehnya, dalam hati Zane bukanlah mengenai huru-hara sekitar, tetapi tentang kenangan yang menghantui fikirannya iaitu pertemuan terakhirnya dengan Dihya.
Dihya Maelani.
Sebuah nama seperti seranah yang tidak berhenti dari bermain dalam fikirannya.
Mulanya Zane tidak menghiraukannya selepas beberapa hari pertemuannya dengan wanita itu. Namun selepas hari demi hari berlalu, semakin tepu otaknya dengan bayang wajah dingin tanpa ekpresi itu.
Entah apa yang istimewa sangat bartender tu pun Zane keliru. Sampaikan wanita itu menjadi igauan tidurnya!
"Ugh!F*ck!"dengan jengkel dia mengerang sambil merenggut anak rambut hadapannya dengan mata terpejam.
Apa masalah kau ni Zane!Berhenti fikir pasal bartender tu!Fikir Zane sendiri dalam kepala cuba hendak menghapuskan apa sahaja perasaan yang sedang bermain dalam fikirannya ketika itu.
ZANE DUDUK di pejabat, dikelilingi dengan tumpukan fail dan laporan yang perlu di semak. Namun setekun mana sekalipun dia cuba beri perhatian, fikirannya jauh dari segala urusana pekerjaan yang ada di hadapannya. Matanya termenung ke arah skrin monitor, tetapi fikirannya melayang ke wajah Dihya yang sehingga kini masih misteri untuknya.
Frust?
Jangan ditanya.
Segalanya di sudut pandangannya hanya mengundang jengkel dari dia. Apa saja yang orang lakukan salah di matanya. Apa saja yang dia dengar dari orang lain ketika berborak dia berpanas hati. Menghadap ragam orang yang pelbagai lagi. Memang bertambah-tambah la rasa jengkel dia.
Oleh kerana dia tidak tahan lagi dengan perasaan tidak tenang yang menghurung hati, Zane ambil keputusan untuk menemui Dihya sekali lagi. Hanya untuk mendapatkan kepastian aje. Yalah...dah wajah wanita itu aje yang muncul. Nak tak nak dia perlukan kepastian yang Dihya memang punca sebenar dia alami semua ini. Kalau bukan itu bermakna dia yang bermasalah. Bukannya Dihya.
Jadi selama beberapa hari Zane Hayes berusaha mencari alasan untuk mengunjungi pub tempat mereka bertemu, dengan harapan dapat menemui Dihya Maelani. Namun dia dapati Dihya langsung tidak lagi kelihatan. Menurut pengurus pub itu Dihya tidak masuk kerja lagi. Panggilan telefon pun tidak berjawab.
Itu yang dia asyik termenung aje ni. Sampai satu pekerjaan tidak dibuat.
Tahu tak, ini tak pernah-pernah dibuat dia sepanjang umur dia.
Ini sajalah kali pertama situasi ini berlaku.
Dengan tekad yang bulat, Zane memutuskan untuk mengarahkan pembantunya, Kyren, untuk mencari tahu tentang keberadaan Dihya. Kyren, seorang lelaki berusia 35 tahun, yang sudah bekerja dengannya sejak kali pertama Zane menjawat jawatan presiden syarikat beberapa tahun yang lepas. Lelaki itu telag menguruskan pelbagai perkara. Yang melibatkan kerja mahupun hal peribadi Zane. Segalanya dibawa pengurusan Kyren.
Knock!
Knock!
Bunyi ketukan pintu kedengaran sebelum seorang lelaki berambut hitam panjang diikat pony tail kebelakang dengan kemas berjalan masuk ke situ. Susuk lampai dan kening lebat milik lelaki itu membuatkan dia kelihatan garang dan intimidated bagi sesiapa yang memandangnya.
Tapi tidak buat Zane, lelaki itu sedikit pun tidak berasa tergugat dengan kehadiran Kyren. Bukan kerana dia lebih superior tetapi hanya kerana Zane sudah mengangap Kyren seperti abangnya sendiri. Jadi segarang mana, seseram mana sekalipun karakter Kyren, ianya tidak memberi kesan terhadap Zane.
Kyren berdiri di hadapan meja itu menghadap Zane sebelum memberi tundukkan hormat tanda sapaan pada Zane. "Maaf kerana lewat. Ada beberapa urusan yang saya perlu kendalikan di jabatan admin sebentar tadi."maklumnya akan alasan kenapa dia lewat menemui Zane sejak menerima panggilan dari bosnya itu empat puluh lima minit yang lalu.
Dengan renungan dingin, Zane tenung wajah tanpa ekpresi Kyren dalam-dalam. Jarinya bermain fountain pen kegemaran limited edition miliknya itu. "I need you to find out some information for me." dipusing-pusing pen itu di celah jari tanpa sedar.
Agaknya dimana saja Dihya Maelani bersembunyi? Sampaikan tiada siapa tahu keberadaan wanita itu?
"May I know what kind of information that you wish for sir?"
"Ada seseorang yang aku jumpa beberapa hari lepas di pub tempat Eric selalu pergi. Dan aku perlukan maklumat orang tu dengan segera."
Kyren menelan air liur dan mengangguk, bersedia untuk mencatat butiran yang diberikan. "Siapa orang itu, Tuan Zane?" tanyanya.
"Namanya Dihya. Dihya Maelani if i not mistaken. I met her at the pub when she work as the bartender and sub host. But she wasn't there anymore when I'm trying to meet her again. Because of this, it's make me so fu**ing mess and annoying for no reason, all the time." tekannya pada perkataan terakhir dengan reaksi serius. "That's what I want you to find, look out her whereabout so that whatever things that going on in my head gone..."
Kyren membuka buku catatannya dan bersedia hendak mencatat maklumat yang diperlukan. "Adakah tuan mempunyai maklumat tambahan tentang Dihya?Seperti bentuk fizik, jenis rambut, ciri-ciri fizikal untuk mudah dikenal pasti atau sebarang petunjuk lain yang mungkin memudahkan pencarian ini?"
Zane mendiam sejenak sebelum berkata. "Kalau aku tahu, tak adanya aku panggil kau ke sini dan suruh kau siasat tentang dia....baik aku jumpa dia terus dari buang masa macam ni!"hampir sahaja dia mahu melenting kepada pembantunya ini. Haish, sudah la dia sedang jengkel, ditambahkan lagi pulak tu!
Kyren mengangguk. "Baik tuan. Saya akan mulakan siasatan lebih lanjut mengenainya. Saya akan cuba mula mencari dari rekod awam atau maklumat yang berkaitan dengan Dihya dahulu."
Kyren meninggalkan bilik pejabat Zane bersama dengan arahan yang ditugaskan kepadanya itu. Tanpa mengatakan apa-apa lagi, Zane kembali memandang skrin komputer dan mula membaca butiran yang tertera di situ. Keningnya masih mencerlung dek perasaan jengkel yang sedang berombak dalam dadanya ketika ini. Fikirannya tidak henti-henti dari memikirkan tentang Dihya.
Dan detik itu Zane nekad. Tidak kira apa sekalipun situasi itu, dia mahukan Dihya Maelani!
Muktamad.
KEPUTUSASAAN Zane sudah melepasi had sewaktu dia menerima panggilan dari Kyren sehari kemudian yang disertai dengan nada cemas.
Sambil memegang telefon dengan erat di dalam genggaman, Zane mendengar akan yang disampaikan oleh Kyren ketika itu.
"Tuan Zane, saya sudahpun mendapatkan maklumat mengenai wanita bernama Dihya Maelani.,"kata Kyren." Dan ianya bukan suatu yang. menyenangkan. "
Zane duduk tegak di kerusinya, hatinya berdegup kencang. "Apa yang dah terjadi,?"
"Menurut maklumat yang baru kami terima, Dihya mungkin telah menjadi mangsa geng lintah darat. Kami mendapat petunjuk bahawa dia telah diculik beberapa hari yang lalu. Beberapa saksi di kawasan sekitar kediamannya melaporkan melihat aktiviti mencurigakan dan mendengar perbualan mengenai kekecohan di apartment setinggan tempat tinggal Dihya. Yang mana sudah tu gang langgang dimusnahkan oleh penceroboh."
Zane merasa darahnya berdesir mendengar berita tersebut. Apa dia? Lintah darat? Diculik?" Kemudian? Kau dah tahu belum dimana Dihya sekarang? "
Kyren meneruskan, "Kami telah mengumpul beberapa maklumat mengenai lokasi yang mungkin menjadi tempat Dihya ditahan. Kami perlu bertindak cepat. Saya akan mengarahkan orang-orang saya untuk mencari dan menyelamatkan Dihya. Kami juga boleh bekerjasama dengan pihak polis untuk mendapatkan bantuan tambahan."
Zane mengangguk, hatinya berat dengan kebimbangan mendengar makluman itu. Sedangkan dia tidak perlu untuk merasakan begitu. Apatah lagi orang yang terlibat itu bukan sesiapa buatnya. Tapi entah kenapa dia gelisah setiap kali nama Dihya diungkit.
"I don't care whatever it's take. Either you bring her alive untouch or you bring her corpse infront of me if she dead."
Kyren segera menghubungi pasukannya dan merancang operasi untuk menyelamatkan Dihya. Zane duduk di bilik kerjanya, matanya tertumpu pada peta kawasan dan maklumat yang dihimpun oleh Kyren. Setiap saat terasa seperti satu abad, dan Zane tidak mampu menahan kebimbangan yang menyelubungi dirinya.
Operasi penyelamatan dimulakan dengan rapi. Kyren dan pasukannya, yang terdiri daripada individu berpengalaman dalam operasi penyiasatan dan keselamatan, mengarahkan penyelidikan ke kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti sebagai lokasi kemungkinan penahanan Dihya. Mereka juga berkoordinasi dengan pihak polis untuk memastikan bahawa segala tindakan yang diambil tidak melanggar undang-undang dan keselamatan operasi dijaga.
Zane berada dalam keadaan tidak tenang, terus memeriksa telefon bimbitnya untuk sebarang kemas kini. Setiap bunyi mesej atau panggilan membuatkan dia teruja dan resah pada masa yang sama. Pelbagai soalan bermain dalam fikiran ya sepanjang masa itu.
Hidup lagi ke Dihya?
Adakah gadis itu diapa-apakan dengan penculik ya?
Bagaimana agaknya keadaan gadis itu?
Zane begitu bingung hinggakan dia tidak lalu hendak melakukan apa-apa sehingga Kyren menghubungi ya.
Setelah beberapa jam yang penuh tanda tanya Kyren akhirnya menghubungi Zane dengan berita yang ditunggu-tunggu. "Tuan Zane, kami telah menemukan lokasi tempat Dihya ditahan. Kami telah melancarkan serbuan dan berjaya membebaskannya. Dihya dalam keadaan selamat dan kami sedang dalam proses membawanya pulang."
Zane merasakan beban yang berat dari bahunya menjadi ringan kerana berita itu. Nafas berat lepas dari bibir sebelum dia berkata.
" Kalau macam tu, bawa dia terus ke pejabat aku."
Kyren mengesahkan," Baik, tuan. "
.
Sebenarnya ada lagi tau. tapi Tinta tak dan nak taip panjang2 mcm biasa. nanti tinta update semula ya. Terima kasih sebab sudi baca.
Share this novel