Setelah hari yang panjang dan melelahkan di pejabat, Zane melangkah keluar dari keretanya dan menuju ke pintu masuk pub yang dikenalnya sangat baik. Deru enjin kereta yang semakin menjauh meninggalkan ruang sepi malam yang dipenuhi dengan bunyi latar kota yang sibuk. Pub itu, sebuah tempat yang terletak di sudut yang agak tersembunyi di tengah kota, menjadi tempat pelarian Zane daripada kepenatan rutin hariannya.
Pintu kaca besar pub itu terbuka, dan Zane melangkah masuk ke dalam ruang yang dipenuhi cahaya lembut dari lampu berwarna-warni. Musik yang dimainkan di latar belakang mengalun perlahan, mencipta suasana yang santai tetapi tetap meriah. Di sekelilingnya, ramai pengunjung sedang berbual dan menikmati minuman mereka, tetapi Zane tidak perlu menunggu lama untuk tiba di kawasan yang selalu menjadi pilihan utamanya: ruang VVIP.
Ruang VVIP itu terletak di bahagian tingkat dua pub, dilindungi dengan tirai tebal berwarna merah merun yang memisahkannya dari kawasan umum. Ketika Zane melangkah melalui tirai tersebut, suasana di dalamnya langsung berubah. Sebuah ruang mewah terbuka di hadapannya dengan pencahayaan lembut yang menyorot meja-meja yang dihiasi dengan kain meja hitam dan lampu meja yang redup. Kumpulan sofa kulit hitam yang berbaris di sekitar meja memberikan suasana yang eksklusif dan selesa. Ruang itu terasa seperti dunia yang berasingan, di mana ketenangan dan kemewahan saling bertemu.
Zane mengetahui soal pub itupun dari kenalannya. Menurut mereka pub itu menarik untuk dikunjungi. Maka Zane yang memang suka mencuba dan mengubah suasana baru dari kebiasaan pun pergi mengunjungi pub Rusty Anchor. Dan seperti yang diberitahu pub itu memang menarik.
"Hah...datang pun. Ingatkan tak datang."tegur Robert, CEO syarikat kenalan Zane. Lelaki bercermin mata bingkai petak itu tersenyum sebaik saja Zane menyertai mereka di tempat duduk VVIP itu.
Sambil membuka butang kot, Zane mengerling tiga lelaki yang sudah menyelesakan diri di situ dengan hidangan dan minuman yang ada. Setelah itu dia duduk.
"Seem like you guys having a blast?"botol kosong dan pinggan berisi sisa makanan sudah penuh di meja.
Zane memilih tempat di salah satu sofa yang menghadap ke arah pentas kecil di sudut ruang, di mana kadangkala muzik live dimainkan. Malam itu, bagaimanapun, ruang tersebut lebih tenang dengan hanya muzik latar yang halus menemani perbualan yang berlaku. Sambil menunggu minumannya, Zane memerhatikan sekitar ruang tersebut. Perabot yang elegan dan lampu-lampu kecil yang berkilauan memberi suasana yang tenang dan eksklusif, membuatkan beliau terasa seolah-olah berada dalam satu dunia lain yang jauh dari hiruk-pikuk kehidupan sehariannya.
"Kau yang lambat..."sengih Eric duduk di kerusi sebelah kanan dengan kedua belah tangan berdepa atas headrest. "Order la apa yang kau mahukan. Nanti waiter akan bawakannya ke sini. And let me tell you...this place is a bomb. Every drink that you wish for were available."
Renungan dingin Zane terarah pada Eric sebelum berhenti di lelaki berambut kerinting pendek kerusi berhadapannya. Anak bongsu kepada seorang daripada pemegang saham syarikatnya. "Tak ada host yang temankan kau hari ni Jason?"tegurnya kerana perasan keadaan bilik itu lengang dan hanya ada mereka saja.
Lelaki muda dua tahun dari Zane itu mengangkat mata dari melihat skrin telefon. Memandang seketika wajah Zane sebelum berkata."Mungkin sekejap lagi mereka sampai."sengihnya meleret dengan sinis. "Jangan risau Zane. Aku tahu kau. Jadi aku dah pesan beberapa orang host untuk kau."
Mereka semua di situ ketawa mengejek dengan kenyataan Jason itu. Maklum la, mereka semua sedia faham akan sikap kaki perempuan Zane sejak mereka berkenalan dengan lelaki itu beberapa tahun yang lalu. Jadi jika mereka keluar minum bersama mereka akan pastikan aturan mereka lengkap dengan pelayan wanita untuk Zane.
Tidak membalasnya, Zane mencapai gelas kosong dari dulang lalu menuangkan sedikit minuman dari jag kaca di situ.
Tidak lama selepas itu, pintu bilik VVIP pun terbuka. Berjalan masuk enam orang host wanita yang cantik dengan pakaian menjolok mata ke ruangan itu. Dan berdiri sahaja host tersebut, mereka di situ pun memalingkan kepala dengan serentak.
Apabila mereka menilik wajah setiap host wanita di situ, sengih meleret dan renungan dalam penuh maksud terarah pada setiap wajah di situ.
"Well...well...tengok siapa dekat sini?"tegur Jason menopang kepala di headrest kerusi setelah perasan akan wanita berdress hitam atas lutut rambut hitam yang biasa dia lihat disanggul kemas itu kini beralun menutupi bahu yang terdedah miliknya. "Bukan ke kau bartender hari tu?"
Pertanyaan itu membuatkan Zane mengerling ke host wanita di dalam barisan tersebut sebelum terhenti pada sepasang mata yang sedang merenung tepat ke arahnya.
"Yalah....bartender cantik hari tu...."ketawa Eric. "Ke sini cantik...duduk sebelah abang sini."dia menepuk tempat kosong di sebelahnya.
Taktala Zane berkunci pandangan dengan host itu, host itu turut bertentang mata dengannya.
Mereka berdua saling membalas tatapan ke antara satu sama lain.
DIHYA BERDIRI di depan kaunter, menunggu untuk memulakan tugas hariannya di restoran. Baru sahaja dia mula bersiap sedia untuk menghidangkan pelanggan, pintu pejabat supervisor, Rusty Anchor, terbuka dengan bunyi yang mengejutkan. Rusty, lelaki yang selalu kelihatan tenang namun tegas, melangkah keluar dengan langkah yang lekas.
"Dihya, can we talk for a second?"tanya Rusty dengan nada serius.
Dihya mengangguk, melangkah ke arah Rusty. "Ya encik."sambutnya perlahan.
Rusty menarik nafas panjang dan memandang Dihya dengan wajah yang sedikit cemas. "Kita mengalami sedikit masalah hari ini. Salah seorang pelayan wanita kita, Lisa, tak dapat datang kerja kerana tidak sihat. Dia sepatutnya bertugas di meja VVIP untuk malam ni."
Dihya mengerutkan dahi. Apa kaitan hal tu dengan dia? Dia hanya seorang bartender. "Oh...kemudian?"
"Aku memerlukan seseorang untuk menggantikan tempat Lisa malam ni. Kesemua host untuk malam ni fully booked. Dan tiada siapa yang dapat menggantikan tempat Lisa. Aku tahu semua ni agak mengejut, tapi disebabkan hanya kau seorang aje staf perempuan yang available malam ni, aku nak kau yang kendalikan bilik VVIP malam ni."kata Rusty sambil tunduk membaca catatan dalam papan cartanya.
Hah?"Maksudnya apa?"kening Dihya sudah berkerut. Takkan la-
"Jadi host untuk bilik VVIP 8 malam ni..."
"VVIP 8?"Serta merta Dihya terimbas akan pelanggan tetap yang sering menyewa bilik itu. Banyak-banyak customer, kenapa mereka jugak yang perlu dia handle?
"Ya, malam ni mereka pesan lebih dari kebiasaannya. Aku nak kau layan pelanggan VVIP tu sebaik mungkin. Soal bayaran. Jangan risau, bayaran untuk malam ni tiga kali ganda dari kau dapat sebagai bartender selama satu malam. Untuk tu aku nak kau control baran kau tu supaya tak angkat tangan pada pelanggan kita tu nanti."
Mendengar arahan itu Dihya tahu yang dia memang tiada pilihan selain menurut akan perintah Rusty. Bukannya dia ada pilihan lain. Lagipun upah yang bakal dibayar lebih dari yang dia dapat kebiasaannya. Jadi, tak apa la. Malam ini saja. Dia boleh tanganinya.
Dihya mengangguk setelah memikirkan permintaan Rusty itu. "Okay."
"Bagus. Sekarang gerak ke bilik belakang. Pakai saja dress yang ada dalam almari. Berdandan muka tu jangan lupa....cepat sikit."pesan Rusty lagi.
LAMPU-LAMPU bergantung di langit-langit memberikan cahaya lembut, menari-nari pada permukaan meja yang berkilat. Suara gelak tawa dan alunan muzik live memenuhi ruang, mencipta suasana yang nyaman dan santai. Namun, untuk Dihya Maelani, suasana yang tenang ini sedikit mengganggu sewaktu berjalan sama dengan beberapa orang host wanita menuju ke bilik VVIP 8 yang dimaksudkan.
Dihya, dengan gaun hitam mengikut bentuk badan dan rambut hitamnya yang beralun-alun dibiarkan lepas turun ke dada, high heel hitam gliter terpasang di kaki jinjang kurusnya kelihatan anggun dari biasa setelah wajah polos tanpa make up miliknya kini beroles dengan gincu merah.
Sasha di sebelah Dihya mengerling sekejap ke wanita itu dari atas ke bawah. "Ingat pesan aku ni. Jangan sesekali kau angkat tangan ke customer kita tak kira apa sekalipun yang mereka buat."
"Kenapa aku kena buat macam tu?" mendatar saja Dihya balas. Entah sudah kali ke berapa dia dengar perkara yang sama.
"Kau dah lupa ke dengan kes hari tu?Kau direman dalam penjara selama tiga minggu selepas menyebabkan pelanggan kita tak sedarkan diri akibat dipukul dengan botol wain kau?"Sasha berdesis keras.
Dengan reaksi tidak kisahnya Dihya menjungkit bahu. Kejadian tu bukan dia yang mulakan dulu."If he know how to keep his hand by himself maybe that bottle won't smash his skull."
Tidak terkata Sasha dengan sikap Dihya itu. Sikap tenang Dihya ini kadang kala mengundang marah kepada orang lain. Rasa sia-sia pun ada setiap kali bercakap dengan Dihya. Jenis yang memang bukan senang nak ajak berbincang melainkan menggunakan kekerasan.
"Apapun yang terjadi dekat dalam nanti, kau kena jugak kawal diri kau dari angkat tangan Dihya. Itu arahan."tegas Sasha selaku ketua host wanita di dalam pub Rusty Anchor.
Tidak memberi sebarang komen, Dihya hanya diam.
Keenam-enam wanita di situ tiba dihadapan sebuah pintu sebelum orang paling hadapan sekali membuka pintu ke dalam. Seorang demi seorang berjalan masuk. Dihya adalah orang terakhir, jadi dia yang menutup pintu itu setelah kesemua mereka berada di situ.
Sekembalinya Dihya ke dalam barisan itu, dia berdiri sama Sasha di sebelah. Sudah dapat mengagak apa yang bakal dia hadapi, dengan riak tenangnya Dihya memalingkan wajahnya ke hadapan kerusi dimana pelanggan mereka sedang duduk.
Namun setelah beberapa saat Dihya berdiri di situ, secara spontan matanya terarah pada lelaki yang sedang duduk sendirian di kerusi satu seat menghadap bilik tersebut. Hatinya yang tergerak untuk buat dia pandang.
Tak sangka la pula yang orang dia pandang itu adalah pelanggan misteri yang pernah dia temui.
Kelihatan majestik dan segak seperti kali pertama Dihya bertemu dengannya. Sebegitu la Zane di kerusi itu membalas tatapan Dihya.
Lelaki itu duduk dengan kaki bersilang, kedua belah tangan berada atas hand rest kerusi. Tatapan dingin terarah pada wajah tanpa riak Dihya.
"Well...well...tengok siapa dekat sini?Bukan ke kau ni bartender hari tu?"lelaki sama yang cuba memegang lengan Dihya agar dia melayan lelaki itu.
"Miss Waiter jelita..."sengih Robert kerana sudah mabuk."Sejak bila bertukar dari bartender kepada host?"
Seperti terkunci kerana mata itu, Dihya tidak dapat mengalihkan pandangannya. Entah kenapa dia tertarik hendak menatap mata itu terus. Takkan la pelanggan lelaki misteri itu adalah kenalan rapat tiga pelanggan tetap pub mereka ini?
"Yalah....bartender cantik hari tu...."ketawa Eric. "Ke sini cantik...duduk sebelah abang sini."dia menepuk tempat kosong di sebelahnya sewaktu melirik akan Dihya.
Jason menopang pipi pada headrest kerusi sewaktu perasan akan Sasha di situ. "Hai...jumpa lagi kita dekat sini...mari la."ajaknya kepada Sasha.
Walaupun mereka telah diajak, kebanyakan host di situ tertarik pada lelaki kacak di kerusi satu seat yang sama. Mata mereka tidak berhenti dari menatap seraut wajah yang mana boleh buatkan mana-mana wanita yang melihat akan melutut di hadapan kaki itu.
Lantas para host wanita di situ mulai bergerak ke arah pelanggan mereka. Disebabkan jumlah host malam itu enam sementara pelanggan hanya empat, maka ada di antara mereka diapit dengan dua orang host.
Eric ingatkan Dihya akan mendekat kepada dia namun sebaliknya, Dihya malah mendekati meja Zane. Membuatkan lelaki itu tercengang.
Kehadiran Dihya di samping kerusi hanya disambut dengan renungan dalam Zane. Lelaki itu tidak mengatakan apa-apa selain memerhati. Bagi Zane semua perempuan adalah sama di matanya. Kalau bukan kerana ingin wang paling tidak hanya menginginkan kuasa agar dapat mengawal dirinya. Maka setiap kali melihat wanita jelita ianya sedikit pun tidak membuatkan Zane terkutik.
Namun entah kenapa wajah dingin tiada emosi milik Dihya telah menarik perhatian Zane.
Hanyut dalam menung saat memerhatikan Dihya, pada masa itulah seorang lagi host wanita mengambil tempat di atas riba Zane. Bermanja pada lelaki itu dengan tingkah gemalai dan menggoda.
Kehadiran tiba-tiba itu membuatkan Zane menjeling tajam akan host wanita tersebut. Rahangnya berketik kejengkelan.
Sementara Dihya sebaik duduk terus gerak menuangkan minuman ke dalam cawan Zane. Memang tidak la dia akan melayan tiga pelanggan lelaki di situ. Walaupun dia tidak kenal pelanggan lelaki misterinya ini, dia rasa lebih selamat bersamanya dibandingkan dengan tiga orang pelanggan lelaki yang lain itu.
You know...human instinct never wrong.
Dan host wanita yang lain mula mengambil tempat di samping setiap pelanggan lelaki di situ. Mengapit kanan dan kiri bersama lagat manja menggoda masing-masing. Cuba melakukan pekerjaan mereka di situ.
Share this novel