Dia ingatkan hidupnya akan menjadi seperti seekor arnab selepas bersetuju untuk menjadi Mistress lelaki misteri yang dikenali di bar tempat dia bekerja beberapa minggu yang lalu.
Rupanya hidup dia lebih membosankan dari yang dijangka.
"Hmm..." Dihya menggeliat sebaik menghenyak punggung ke atas sofa. Kedua belah tangan diangkat sama sewaktu tubuhnya di sandarkan ke belakang hingga kepalanya menghadap siling di atas. Rasa lesu menyelubungi diri.
Hati Dihya terdetik ketika itu.
Agaknya inilah perasaan yang haiwan peliharaan rasakan setiap kali di tinggal tuan mereka, sendirian di dalam rumah tidak dapat berbuat apa-apa selain makan tidur dan hanya menunggu sehingga tuan mereka pulang.
Lampu chandelier yang tergantung di atas siling itu berkerlipan dibias cahaya matahari 11 pagi melalui balkoni gergasi menghadap ruang tamu itu. Kesan biasa itu dapat dilihat sekitar dinding dan siling. Membuatkan pemandangan itu seakan seperti bayang permukaan air.
Untuk beberapa saat Dihya hanya termenung memandang ke situ.
Fikirannya menerawang entah ke mana-mana dek kebosanan. Dia tidak tahu hendak berbuat apa lagi di dalam penthouse ini. Sudah pelbagai perkara yang dilakukan untuk menghilangkan rasa sunyi dan bosannya ini. Namun tiada lagi yang tersisa untuk dia lakukan buat hilangkan rasa kosong ini.
Seperti yang dimaklumkan oleh Zane. Lelaki itu tiada di rumah untuk beberapa hari kerana faktor pekerjaan. Entah pekerjaan apa, Dihya tidak bertanya. Yalah, buat apa dia bertanya sekiranya Zane itu sejenis lelaki apabila orang bertanya sesuatu, hanya akan dibalas dengan sepatah dua kata sahaja. Sampaikan dia sendiri berputus asa hendak bercakap dengan lelaki itu.
Semenjak itu, sudah masuk hari kelima Zane outstation. Dan selama itu juga Dihya telah terperuk di dalam kediaman mewah ini.
Terpenjara. Itu yang Dihya rasakan. Dia fikirkan hidup selesa dan mewah ini membahagiakan, namun sebaliknya. Dia lebih suka kehidupan penuh cabaran dan kesukaran yang telah dia lalui hampir seumur hidupnya selama ini. At least, ada la perkara yang nak difikirkan dan hendak dilakukan sekiranya hidupnya susah. Ini bila dah senang makin tidak tenang pula jiwa dan raga dia dibuatnya.
Mana taknya,
Hari-hari Dihya dimulakan pada jam 9 pagi setiap hari bukan sebab dia yang mahu tapi kerana telah diarahkan sebegitu. Setelah bangun tidur, Dihya akan bersiap kemudian masak sarapan yang terdiri daripada oatmeal dan susu atau hanya roti bakar. Dia mahu makan makanan yang segera dan ekpress tapi tidak dibenarkan.
Menurut Kyren, diet pemakanan dan habit yang tidak sihat dia perlu ubah. Termasuk merokok dan minum. Jadi sejak ke situ Dihya tidak pernah menyentuh ramen apalagi rokok.
Paling parah sekali adalah, Dihya tidak dibenarkan untuk membuat sebarang pesanan Take out. Fried chicken ke, pizza ke, bobba tea ke dan sebagainya lagi tidak dibenarkan sama sekali.
Selepas makan, Dihya akan mula mengemas dan membersihkan ruangan tingkat satu itu. Segala ceruk dan inci dia sental sebersih mungkin. Bukan kerana di suruh. Tetapi hanya kerana ingin mengisi kekosongan dan kebosanan di waktu yang terluang dalam rumah itu.
Setelah itu Dihya gunakan masa yang tersisa dengan bersenam menggunakan ruang gim khas yang terletak di luar balkoni penthouse itu. Setelah itu dia makan tengah hari yang mana dihantar oleh tukang masak khas secara langsung ke kediaman itu.
"Hah...seriously. Kalau kut ya pun, kau nak jadikan aku anjing yang dah dikekang, at least berikan la aku something untuk isi masa terluang yang ada. Ini tidak. Dah la kau kurung aku, kemudian biarkan aku sensorang dalam rumah sebesar alam ni..."
Malas-malas Dihya duduk bersila sebelum mencapai remote tv. Punat merah ditekan sebelum skrin yang tadi gelap menyala. Beberapa ketika kemudian suara pembaca berita mula berkumandang seisi ruang tamu.
Huh?
Dihya ternganga sedikit.
"Calon peneraju Samsoong Group's Zane Hayes telah dilantik sebagai Executive Director dalam masa yang singkat selepas pelbagai khabar tersebar mengenai kisah peribadi beliau. Zane Hayes yang telah menunjukkan keutuhan dalam posisinya dalam syarikat tersebut telah dilantik serta merta tanpa pemilihan wajib oleh Badan Ahli Lembaga Pengarah. Ianya meyakinkan para pemegang saham lain bahawa Pengerusi Samsoong telahpun membuat keputusan muktamad beliau untuk menjadikan Zane Hayes sebagai peneraju seterusnya-"
Dihya membawa kaki naik ke dada lalu dipeluk. Memandang gambar Zane di skrin televisyen dengan lama. Siaran itu menunjukkan beberapa wajah yang dia tidak kenali, mungkin ayah Zane atau datuk lelaki itu. Dia sendiri tidak pasti kerana masing-masing muka memasang riak dingin dan bengis mereka.
No wonder kenapa lelaki itu begitu sibuk hingga tiada masa untuk pulang ke rumah. Ada kenaikan pangkat yang perlu lelaki tu uruskan rupanya.
Mesti Zane sibuk. Entah makan tidak orang tu memandangkan keadaan begitu kelam kabut begitu. Harap-harap semua itu tidak buatkan Zane tertekan atau tidak selesa sepanjang masa. Memerhatikan karakter Zane yang mudah over sensitive dan grumpy, Dihya boleh membayangkan betapa jengkelnya Zane ketika itu jika lelaki itu tidak selesa.
"TANIAH!"
"Congratulations for the promotion."
"Good luck for your promotion."
"Taniah saya ucapkan untuk pelantikan tuan."
"I'm looking forward to working with you sir."
"Taniah tuan."
"Congratulations."
Suara-suara itu terngiang-ngiang dalam kepala Zane berulang kali. Ibarat seperti mereka semua masih ada di sekelilingnya. Betapa tidak selesanya dia rasakan sewaktu mengharungi segala jenis temu duga, pertemuan dan perjumpaan seusai majlis pelantikannya selesai sebentar tadi.
Perasaan tidak selesanya itu ibarat seakan sedang di hurung dengan ribuan nyamuk serta lalat. Serabut dan merimaskan mendengarkannya. Sampaikan sepanjang masa itu Zane tidak tersenyum, dia hanya berkerut kening tidak selesa dan bengang.
Tiupan angin malam menghembus wajah bercemberut Zane dari tingkat 35 itu. Lelaki lampai itu berdiri sendirian menghadap pemandangan malam bangunan pencakar langit di situ. Tenang namun tidak cukup untuk meredakan kekusutan dalam kepalanya ketika itu.
"Apa yang you lakukan di sini sendirian, Zane." seorang wanita berambut perang keemasan berjalan sambil memegang gelas berkaki wain merahnya. Senyuman terukir dibibir bergincu merah velvetnya itu.
Zane memalingkan kepala ke balik bahu tidak kisah dengan kehadiran pengarah pengurusan syarikat, Ressa. Antara wanita yang pernah bersangkut paut dalam hubungan peribadinya.
"I did said I need some air."ujarnya tidak berminat.
Dengan perlahan, wanita itu merangkul lengan Zane lalu menyerahkan gelas wain tadi kepada Zane. Tubuhnya di sandar manja pada tepi lengan Zane ingin mendapatkan perhatian lelaki tersebut.
"Kenapa snappy sangat ni? Cuba senyum sikit. Hari ni hari yang sepatutnya you sambut dengan bangga dan senang hati. Bukan dengan kening berkerut macam ni."Ressa melurutkan jari pada kerutan di kening itu.
Zane mengerling ke wajah jelita Ressa. Pertanyaan wanita itu membuatkan dia tersentak sendiri.
"Usually you always act cocky towards the crowds. But today, something seem off with you. Isn't this what you wish for? Director Executive Zane Hayes." tangan Ressa naik merayap di belakang badan Zane sebelum berhenti di tengkuk itu.
"Do I?" Zane melarikan pandangan ke pemandangan bangunan-bangunan di hadapan balkoni itu dengan riak temenung. Kenyataan itu benar-benar buatkan dia tersedar. Rasanya ini kali pertama dia merasakan perasaan tidak suka dan cemas seperti sekarang. Dahulu mana ada dia begini.
"Should I company you tonight?" Ressa berbisik di tepi telinga itu dengan menggoda.
Zane pandang wajah Ressa namun yang terlintas dalam fikirannya ialah wajah Dihya. Sepertinya perubahan emosinya berpunca gara-gara gadis itu. Dah berapa lama dia berpisah dengan Dihya? "It's fine. No need." tangan Ressa ditolak menjauh dari tubuhnya. Lantas Zane menganjak ke tepi mahu menjarakkan dirinya. "Aku nak bersendirian."dia terlalu sibuk hingga terlupa mengenai Dihya.
"Really?This is new. You rarely reject any offer before. Why now? Ressa menarik sengih meleret."
"Please Ressa. Bukan sekarang." ujar Zane tidak suka.
"Well...nak buat macam mana kan. Dah orang taknak, takkan la nak dipaksa pula. Oh ya.. Kalau you dah jawat pangkat Director Executive, apa kata Tuan Hayes? I dengar dia benar-benar mahukan kedudukan ni tapi sebaliknya you yang dapat."
"Ianya bukan urusan aku untuk ambil tahu."
"Hahaha... I dengar Tuan Hayes begitu mencemburui you sebab Tuan Samsoong lebihkan you dari dia anak sendiri sampaikan dia sanggup fitnah dan sebarkan khabar angin mengenai you yang suka bertukar silih ganti wanita..."
Zane mengetap gigi menahan sabar.
"Sampaikan dengan I sekali terpalit sama. Hanya kerana you nak buktikan khabar angin tu, you lakukannya betul-betul menggunakan I. " Ressa menarik sengih meleretnya.
Tengah kening Zane terus berkerut. Ressa yang sudah berteman dengannya hampir lima tahun sedia maklum apa yang berlaku sepanjang masa dia mula bekerja di syarikat ini. Segala rahsia sudah diketahui oleh Ressa. Namun itu tak bermakna yang dia selesa untuk membincangkan hal itu dengan Ressa.
"I tahu you terpaksa buat semua ni semata nak tunjuk dekat ayah you.. Still whatever you do, ayah you takkan berhenti selagi dia tak dapat apa yang dia mahukan."Ressa menyilang tangan ke dada. Memandang tepi wajah Zane untuk seketika. Sebenarnya ada sebabnya kenapa Zane begini. Tidak ramai yang tahu kenapa lelaki ini bersikap keras dan dingin. Walaupun dia tahu apakah sebabnya itu, ianya bukan tempat dia untuk memberi nasihat kepada Zane. "Apapun congratulations untuk pelantikan you. I wish you the best, Zane."
Share this novel