Senyap dan sejuk.
Itu keadaan dalam kereta yang mereka naiki. Sam menaiki kereta berasingan dengan Kyren. Sementara Zane dan Dihya menaiki kereta lelaki itu. Meninggalkan pemandu kereta tersebut dalam keadaan kekok dan tidak selesa.
"Should I put leash on you?"Zane menaip sesuatu pada skrin telefon. Mata di balik kaca mata hitam tersembunyi tetapi kening itu jelas berkerut.
Dihya di samping diam mengerling keluar cermin tingkap kereta. Melihat kereta dan bangunan yang melewati sepanjang perjalanan mereka itu dengar apa yang Zane tanya.
Lelaki itu silap kalau beranggapan yang dia akan diamkan diri.
"Am I a dog to you?"soalnya perlahan. Mata masih terarah di luar.
"Then am I a joke for you?"soal Zane pula senada dengan Dihya.
Dihya memalingkan kepala ke kiri. Menilik tepi wajah kacak itu dengan kening berkerut. Dah kenapa?Takkan la hanya kerana dia keluar rumah aje Zane nak naik angin satu badan. Lagipun dia bukan buat apa-apa yang salah!
Pada masa yang sama Zane turut memalingkan muka ke Dihya. Lelaki itu menanggalkan kaca matanya dari wajah lalu berkata. "Kenapa?Tak puas hati dengan apa yang saya kata tadi?"
Soalan itu tidak dihiraukannya. Bukannya tak puas hati. Cuma hairan. "Siapa pulak yang dah buat tuan tak puas hati hari ni?"duga Dihya. Matanya meneliti dalam akan tatapan Zane. Biasanya Zane seorang lelaki yang kelihatan tenang tidak kira apa pun situasinya. Namun hari ni Zane kelihatan seperti seseorang yang terganggu akan sesuatu.
"Hah?"terpempan Zane dengan soalan itu. Kenapa Dihya tanya begitu?
"Tak mungkin tuan marah hanya kerana saya keluar kan?"Dihya menyeluk tangan ke dalam poket hoodie. Teringat hendak mencapai kotak rokoknya. Namun apabila dia teringat semula akan Zane yang enggan melihat dia merokok terus terbatal niatnya itu.
Zane berdengus kecil. Matanya naik turun memerhatikan Dihya di tepinya ketika itu. Boleh pulak Dihya tanya soalan tu kalau dah tahu!
"Kamu dah janji untuk tetap di dalam rumah kamu kalau kamu duduk di rumah sendiri. Tapi kenapa kamu masih jugak keluar?"
Dihya menahan nafas.
Dah tu nak expect apa dari dia yang dah biasa bekerja?Yang sudah biasa bergerak tidak berehat dalam satu masa tu?Takkan la nak suruh dia jadi grizzly bear yang sedang berhibernasi pulak?Memang tak mahu la dia. "Sebab nature saya seorang yang suka melakukan sesuatu dan bekerja. Saya tak betah duduk diam tak buat apa-apa. Cuba kalau tuan ada dekat tempat saya?Tuan sanggup tinggalkan kerja tuan tu hanya untuk duduk diam?" Dihya balas tanpa rasa teragak-agak.
Sedangkan pemandu di hadapan ketika itu sudah kecut perut sendiri. Bolehnya Dihya selamba aje bercakap dengan tuannya begitu.
"Well...kalau dah diberi tempat tinggal, di jaga makan dan minum, diberikan wang dan dijaga tanpa melakukan apa-apa...why not. Bukan ke itu yang kebanyakan wanita mahukan. Tak perlu lakukan apa-apa. Tak perlu susahkan diri mencari wang. Cukup masa tunggu duit masuk." Zane benar-benar tertarik dengan sikap tenang bersahaja Dihya yang kelihatan langsung tidak terkesan dengan dirinya ini. Memangnya dia ni tak cukup bagus pada Dihya ke sampaikan gadis ini sikit pun tidak tertarik padanya apalagi dengan apa yang dia miliki?
Berasa tidak suka dengan kenyataan itu, Dihya buat muka sebelum menggeleng. Bukan dia. Malah dia sanggup bekerja dari mengharapkan harta orang lain. Lagipun, dia tidak mahu berada dekat dengan Zane apalagi bergantung pada lelaki ini sekalipun ianya hanya kontrak. Sebab dia lebih tahu dirinya dari sesiapa. Kekurangan kasih sayang dan perhatian sejak kecil boleh buatkan dia mudah dimanipulasi oleh orang yang dia selesa lagi-lagi kalau dia suka pada orang tu. Tambahan pula dia bersama dengan lelaki sudah berkahwin. Kenyataan itu sudah cukup untuk buat dia sedar diri dan berpijak pada realiti.
"Adakah tuan lakukan hal yang sama pada mistress tuan yang sebelum-sebelum ni? Kawal mereka dengan wang. Dan buatkan mereka dengar kata tuan hanya kerana tuan adalah provider untuk mereka?Well...tuan kena tukar taktik tu sebab ianya tidak berhasil ke atas saya." tenung Dihya tepat di sepasang mata indah itu. Mata yang pertama kali telah buatkan dia terpana. Perasaan yang mana Dihya patut lupakan dengan cepat.
"No. I never keep one. Actually you are the first."Zane tersengih. Sekarang baru dia faham, kenapa gadis ini sering menjadi igauan dia siang dan malam. Lihat sendiri sikap tidak peduli Dihya. Ianya buatkan dia tercabar. Dan dia mahu lihat selama mana dinding ego gadis ini dapat berdiri teguh dihadapannya.
Hampir hendak percaya dengan ucapan itu, Dihya cepat-cepat menepis perasaan senang yang menjalar dalam sudut hatinya.
"Wow. So lucky."ucap Dihya sedikitpun tidak kelihatan teruja. Kalau dia boleh masuk dalam kepala Zane, dia nak sangat tahu apa yang lelaki ni fikirkan.
"Of course you are. Sebabnya kalau ikutkan saya, saya sepatutnya beri hukuman berat kepada kamu kerana telah melanggar kontrak yang kamu tandatangankan tu. Tapi saya beri kamu peluang. Dan tiada siapa pernah melawan apalagi dengan berani menjawab seperti kamu."
Dihya menjuling mata. Dia sendiri pun tertanya-tanya entah datang dari mana keberanian dia untuk bercakap banyak dihadapan Zane ni. Biasanya dia pendiam dan kurang bercakap dengan orang. Hanya dengan Zane sahaja sikapnya berubah 360 darjah. "Kita nak ke mana ni?"
"Shopping."
"Untuk apa?"
Zane mencubit sedikit kain lengan hoodie Dihya. "You really mean to ask that question?" sindirnya Dengan sinis. "Kamu perlu pakaian baru." lalu rambut hitam ikal yang menarik perhatiannya itu di pegang sekejap. "Rambut ni, bila kali terakhir kamu buat treatment?" kemudiannya matanya tunduk memandang kaki Dihya. Disepak perlahan kaki berkasut itu. "Rasanya kasut kamu ni pun dah bertahun tak pernah berganti..."satu persatu Zane tilik.
Dihya tunduk memandang diri sendiri setiap kali Zane mengungkit penampilan dirinya ketika itu. Apa yang salahnya dengan pakaian dia?Bukannya dia telanjang atau berpakaian selekeh. Kira bersih dan kemas la ni. Buruk-buruk pun pakaian dia ni, tak adalah dia nak mengutuk orang lain macam lelaki tu. "Kenapa?Tuan tak suka ke tengok saya?"
"I need you look presentable. Don't you forget. Even though you only my mistress. You still with me. Anything that involving me need to be perfect and neat."belakang tengkuk itu di cengkam dengan Zane."Are we clear now?"
Bersama renungan terkilannya, Dihya balas tatapan Zane tanpa berkedip. Agaknya berapa lama dia dapat teruskan semua ni? "Kenapa? Adakah penampilan saya ni buatkan tuan hilang selera dan jijik pada saya?" tanya dia dengan sinis namun sedih. Memang dia sedar dirinya ini miskin. Tapi perlu ke hina penampilannya sekali? Tak cukup lagi ke dengan maruah dan harga dirinya yang dah dipijak, nak ditambahkan lagi.
Zane tersentak. Ucapan Dihya itu menimbulkan rasa tidak selesa dan sakit pada dadanya sebaik dengar. Keningnya mencerlung ketika bertentang mata dengan renungan sedih itu.
"Terserah apa yang kamu nak fikirkan. Diri kamu itu sudahpun menjadi hak milik saya. Apa yang saya nak buat pada kamu, ianya terpulang pada diri saya. Sama ada kamu mahukannya ataupun tidak kamu kena buat apa yang saya mahu."Zane kembali memandang ke depan semula. Dia bersandar ke belakang.
Dia nak balas. Tapi bila pandang muka itu, Dihya jadi kelu tidak berkata. Sebab dia tahu apa yang dia katakan nanti takkan dipedulikan. Setelah itu Dihya tidak mengatakan apa-apa. Tangannya hanya menopang bawah dagu memandang keluar tingkap kereta.
Share this novel
best.