HFM 3 | | Astrid Calista

Romance Series 29820

Flashbacks

Zane memandang sekeliling ruang tamu yang dihiasi dengan hiasan mewah dan karpet merah yang menutupi lantai marmar. Keluarga kedua-dua pihak, yang hadir pada hari itu, memenuhi ruang dengan pakaian formal mereka, bercakap-cakap dalam nada ceria yang kontras dengan kerisauan di dalam hati Zane. 

Hari itu adalah hari yang ditetapkan untuk perjodohan yang telah lama dirancang antara keluarganya dan keluarga wanita yang namanya pun Zane sudah lupa sedangkan baru saja diberitahu tadi. Dalam benaknya, hari ini hanyalah simbolik sebuah perjanjian bisnes yang mengikatnya dalam sebuah perkahwinan yang dia tidak pernah impikan.

Seakan sumpahan.

Perkara ini sudah menjadi tradisi keluarga mereka sejak lama dulu.

Mana-mana waris dari keluarga ini akan dikahwinkan dengan kenalan berada yang mereka kehendaki. Tujuannya hanya satu. Iaitu demi kuasa. Dengan cara ini mereka dapat mengekalkan hiearaki keluarga ini di ranking tertinggi tanpa rasa tergugat.

Zane berusaha mengawal amarahnya sepanjang masa ini. Setiap kali dia mengalihkan pandangan, dia akan melihat raut wajah-wajah penuh harapan dan senyuman gembira daripada kedua-dua keluarga yang berkumpul. Ini adalah saat-saat yang sepatutnya dia sambut dengan rasa gembira, tetapi bagi Zane, ia adalah satu paksaan yang memalukan. Kehidupan peribadinya kini diambil alih oleh keperluan bisnes keluarga.

Demi wang dan kuasa, anak dijadikan sebagai objek. Menarik bukan?

Nak tahu apa lagi yang menarik?

Kelahirannya juga adalah hasil perkahwinan pertama sewaktu ayahnya masih muda. Bukan atas dasar suka sama suka akan ibu bapa kandungnya. Kelahirannya ini hanya untuk kelangsungan hayat kuasa dan pengaruh keluarga ini semata. Dan ibu dan ayah Zane hanya menyandang title sebagai parents sahaja. Selebihnya adalah tugas maid dan tutor Zane.

Well...what else can be said. Money can make and give from nothing to anything to human. Also can change them from human to inhumane at the same time.

That's why, jangan kata duit bukan segalanya.

Sebab dalam dunia nyata, duit adalah segalanya.

Dia memandang ke arah wanita yang akan menjadi isterinya, Astrid. Astrid duduk di hujung sofa dengan riak tenang diwajah, walaupun Zane dapat melihat sedikit keraguan di matanya. Dia tahu bahawa Astrid juga tidak mempunyai pilihan. Mereka berdua terpaksa menerima perjodohan ini atas dasar tanggungjawab keluarga. Tiada kasih sayang yang tumbuh di antara mereka, hanya sekadar hubungan formal yang terjalin untuk mengukuhkan perjanjian bisnes.

Muak. Itu yang dirasakan.

                     Zane menghela nafas berat ketika ibunya, Puan Amelia, menghampirinya dengan senyuman senang di bibir. "Ini adalah hari yang sangat bersejarah, Zane. Kita harus bersyukur kerana semuanya berjalan lancar. Keluarga Astrid bersetuju dengan perjodohan kamu." katanya dengan nada bangga. Zane hanya mengangguk, tetapi dalam hatinya, segala jenis perkataan maki dan cacian bergumam di dalam hati.

Puan Amelia, bersama suaminya, Encik Zander telah mengatur perjodohan ini sejak sekian lama. Mereka telah menandatangani perjanjian bisnes dengan keluarga Astrid, dan satu-satunya cara untuk mematuhinya adalah dengan melangsungkan perkahwinan ini. Zane, sebagai anak lelaki sulung, terpaksa menyokong keputusan orang tuanya, walaupun dia tidak bersetuju.

Apabila majlis bermula, perbincangan mengenai pertunangan antara Zane dan Astrid dimulakan. Setiap kata-kata dan pengumuman di hadapan tetamu seolah-olah menikam hati Zane. Dia duduk di situ, berpura-pura mendengar dan tersenyum, tetapi di dalam hati, dia merasakan kekecewaan yang tiada kata untuk gambarkannya. Rasa marah dan kecewa memuncak dalam dirinya, tetapi dia tidak mempunyai kuasa untuk membantah. Segala keputusan telah diambil tanpa melibatkan pendapatnya.

                     Zane mengingati perbualan yang berlaku beberapa hari sebelum hari perjodohan tersebut. Dia telah cuba untuk menyuarakan rasa ketidakpuasan hatinya kepada orang tuanya, tetapi setiap kali dia cuba, dia hanya disuruh untuk bersabar dan mematuhi kehendak keluarga. "Ini adalah tanggungjawab kita sebagai ketua keluarga," kata Puan Amelia dengan tegas. "Kadang-kadang kita perlu membuat pengorbanan untuk kepentingan bersama."

Sebagai balasan, Zane hanya mendiamkan diri dan menerima keputusan tersebut. Dia tahu bahawa sebarang percubaan untuk melawan hanya akan menambah kesulitan, dan dia tidak mahu mengharungi konflik yang lebih besar dengan keluarganya.

Hari itu berlalu dengan pelbagai upacara rasmi yang menyenangkan hati semua orang kecuali Zane. Di luar ruang tamu, dia berdiri sendirian di balkoni, merenung jauh ke bawah. Bunyi bising dari majlis masih kedengaran, tetapi dia merasakan dirinya jauh dari situasi itu. Dia memikirkan tentang hidupnya yang akan datang, yang kini akan dipenuhi dengan tanggungjawab yang tidak diingini dan hubungan yang tidak diinginkan.

Dengan setiap detik yang berlalu, Zane berasa semakin tertekan. Dia melihat ke arah langit yang kelihatan cerah, seolah-olah meminta petunjuk tentang masa depan yang tidak pasti. Dalam hatinya, dia merasakan ketidakadilan dan kesakitan yang mendalam. Dia terpaksa menerima bahawa dia kini terikat dalam sebuah hubungan yang didorong oleh kepentingan bisnes, bukan oleh cinta atau kehendak hati sendiri.

Sambil majlis perjodohan itu berakhir, Zane berdiri di hujung ruang tamu, melihat wajah-wajah gembira yang pulang selepas majlis selesai. Dia sendiri berasa kosong, seperti satu bab kehidupan yang tidak dia pilih dan tidak dia mahu. Zane berharap suatu hari nanti, dia akan dapat menemui jalan keluar dari belenggu ini, dan mencari kebahagiaan yang sebenar dalam hidupnya. Tetapi buat masa ini, dia terpaksa menerima kenyataan bahawa segala-galanya telah ditentukan oleh keluarga, dan dia hanya perlu menempuhinya dengan sebaik mungkin.

End of flashbacks

Malam itu, hujan turun lebat dari langit yang gelap, menjadikan suasana di dalam rumah Zane Hayes tegang. Sejak berkahwin lima tahun yang lalu Zane duduk di penthouse peribadi miliknya. Sementara Astrid, isterinya tinggal di kediaman Keluarga Astrid. Ya. Mereka tinggal berasingan kerana Zane tidak betah menghadap sikap demanding Astrid setiap hari.

Astrid Calista berdiri di dapur, matanya merah dan berkilat penuh amarah. Suara hentakan kaki Zane, yang baru pulang dari Pub, membuatkan pintu dapur bergetar. Dengan langkah berat, Zane melangkah masuk, memandang Astrid dengan muka tanpa perasaan.

                     "Apa yang kau buat dekat sini?" Zane bertanya dengan nada acuh tak acuh, cuba mengelak dari pandangan mata isterinya.

Astrid menegakkan kepalanya, membalas pandangan Zane. Betapa berangnya dia rasakan. Suaminya ini buatkan dia merinding kejengkelan setiap kali memerhatikan perangai sampah Zane! Entah berapa kali mereka perlu bertengkar mengenai hal sama

                     "Dari mana aje awak Zane?Awak baru balik dari bertemu dengan perempuan-perempuan simpanan awak tu ke?"Astrid menyeringai benci. "Berapa kali saya perlu ulang?Fed up tau tak dengan perangai terkutuk awak ni, Zane!Memangnya awak tak jemu ke dengan hidup awak yang bergelumang dengan perempuan-perempuan murahan tu!"

                     Zane menghembuskan nafas kasar, cuba menahan sabar. "Kalau kau datang sini, nak bergaduh baik kau balik. Aku tak kuasa nak menghadap. Berhambus."tali leher direntap malas dari kolar.

                     "Awak tahu kan kita ada pertemuan dengan parents awak hari ni?Kenapa awak tak datang?Sudahlah panggilan pun tak berjawab, balik-balik dalam keadaan macam ni!" Astrid meninggikan suara, sambil tangannya menggenggam erat. "Berapa lama awak nak berterusan macam ni?Awak selalu luangkan masa dengan perempuan-perempuan tu. Sampai lupa tanggungjawab awak pada isteri sah awak!Memangnya saya ni cuba hiasan aje ke?"

                     Zane pandang mengejek. "Jadi, kau rasa apa? Kau rasa aku patut hidup seperti patung berhala di rumah tu?Ikut kata kau seperti lembu dicucuk hidung macam tu? Aku tak minta semua ni...dan aku tak pernah setuju dengan perkahwinan ni. Kalau kau tak boleh nak terima semua ni, kau boleh aje bercinta dengan lelaki lain dekat luar sana. Aku takkan halang apa lagi ambil peduli!"

                     "Bercinta dengan lelaki lain?" Astrid bertanya sinis. "Mudahnya awak bercakap kan Zane. Ingat curang mencurang ni macam jual beli pakaian ke?!Awak senang la buat semua tu tanpa rasa malu apa lagi rasa serba salah!Saya bukan wanita tak ada maruah macam awak! Jadi hentikan semua ni Zane!"bukannya dia tidak pernah menghalau kesemua wanita simpanan Zane, pernah aje. Tapi setiap kali dia buang semua perempuan simpanan Zane, Zane akan menggantikannya dengan orang lain keesokan harinya. "You not only embarassing me with my collegue and friends but toward me and both our family! Do you know that?Everyone in this country know your f**** lifestyle!And I'm sick of it!"

                     Zane merenung isterinya tanpa rasa bersalah, ego masih menguasai dirinya. "Berhambus dari hidup aku aje la kalau macam tu. Aku tak pernah halang kau untuk pergi dari hidup aku ni. Malah aku mengalu-alukannya."

Astrid merasa dirinya semakin hilang sabar.

                     "Ahh...lupa. Kau tak boleh bercerai dengan aku. Sebab kalau kau bercerai dengan aku, keluarga kau akan susah, kau akan susah, semua orang akan susah kan?"sengih Zane meleret. Dia pandang mengejek akan Astrid. "Kan aku ni hanya la objek untuk kesenangan kau orang semua. Rugi la kalau dibuang macam tu aje."

                     Apa dia!? Kening Astrid mencerlung"Zane, awak-"

                     "Can't you just be good. Be pretty and smile. Is it that hard for you to do so?"Zane memotong kata Astrid. "Kau yang pilih untuk jadi boneka ibu dan ayah aku. So be it. Cukup masa duit masuk. Apa lagi yang kurang?Orang perempuan memang macam ni ya? Sentiasa rasa tak cukup, sentiasa mahu yang lebih?"

Berdengus tak percaya Astrid mendengarnya. Bibirnya menggeletar kuat dek terlalu berang. Serius beritahu, dia tak boleh nak handle Zane. Dulu sewaktu berkahwin, dia ingatkan dia ada kuasa untuk mengawal Zane agar sentiasa mengikut kata dia. Tapi sebaliknya pula berlaku!Bukan setakat saja dia tak dapat kawal Zane, malah buatkan lelaki ini tunduk padanya juga gagal!

Jadi sekarang dia terperangkap dalam keluarga Zane ini tanpa mendapat sebarang keuntungan. Selain dikawal seperti boneka oleh mereka. Bukan saja dia tak dapat lahirkan anak dari Zane, dia juga sering didesak oleh parents Zane dan parents dia sendiri agar buatkan Zane tunduk padanya. Disebabkan Zane seorang lelaki yang sukar hendak berurusan dengan, mereka perlukan seseorang untuk mengawal Zane agar lelaki ini patuh dan mendengar kata. Dan orang itu ialah dirinya sendiri, isteri Zane. Kalau macam tu, siapa aje yang tak fed up! Dia orang ingat senang ke nak menghadap lelaki ego seperti Zane Hayes ni?

                     "Parents you nak kita ada anak Zane...."

                     "And my answer is no. Rasanya Aku dah beritahu hal ni beratus kali. Selagi orang tua aku masih hidup, aku takkan lahirkan seorang waris sekalipun. Terutama sekali bersama kau."

Mengerenyet mata kiri Astrid mendengar ucapan nekad Zane. Begitu terbungkam. Hina sangat ke dirinya ini sampaikan Zane enggan mempunyai anak dengan dia!

                     "Fine. Kalau itu keputusan awak. Ingat satu perkara ni Zane. Saya tak peduli berapa ramai wanita simpanan yang awak ada. Berapa ramai wanita yang awak nak bersama. Saya takkan bercerai dengan awak. Kalau saya tak boleh ada anak dengan awak, awak pun tak boleh ada anak dari mana-mana perempuan simpanan awak tu! Dan saya akan pastikan perempuan-perempuan yang awak luangkan masa bersama tu berhambus dari hidup awak!"

                     "Jangan masuk campur urusan aku Astrid!"

                     "I will, and I will keep doing that till you stop being an as*******!"

Zane memandang Astrid dengan renungan kosong, menyedari betapa teruknya keadaan mereka. Namun, dia masih belum bersedia untuk menerima hakikat bahawa agreement mungkin tidak lagi boleh dicapai di antara mereka melainkan berpisah serta merta! .

.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience