Keluhan kesal lepas dari bibirnya dengan senyap untuk ke sekian kali. Astrid melirik akan wajah serius kedua-dua orang tuanya sebelum berkata.
"Kenapa ibu dengan ayah diam aje? Kalau suruh saya datang sini hanya untuk duduk baik saya balik."
"Kamu masih tinggal berasingan dengan Zane?"
"Berapa lama kamu nak teruskan hal ni? Sampai bila-bila kita takkan dapat pegang pengaruh kuat dalam keluarga Samsoong tu."
Kening Astrid berlapis nipis. Cuba la hadap Zane tu sendiri. Senang aje bercakap. Dia sendiri dah tersepit tak boleh nak buat apa. Kuasa veto ada di tangan suaminya itu. Selagi lelaki itu enggan bersetuju apalagi yang mampu dia lakukan.
"Dapatkan zuriat secepat mungkin Astrid. Zane tu bakal menjawat jawatan tertinggi dalam syarikat datuknya itu. Kalau kamu tak bertindak sekarang, nasib kamu dalam keluarga itu takkan terjamin. Kamu boleh digantikan bila-bila masa aje." pesan ibunya dengan tegas
"Dia sentuh saya pun tak nak inikan lagi zuriat. Tak mungkin la ibu. "sungut Astrid berkerut kening tidak puas hati. Hatinya menjadi murung setiap kali mengenangkan layanan dingin Zane kepadanya. Dia tidak tahu silap apa yang dia lakukan hinggakan lelaki itu sedikit pun tidak terbuka hati hendak menerima dirinya.
Sedangkan dia dah cuba sebaik mungkin untuk menjadi seorang isteri yang baik. Namun sebaliknya, Zane terus menerus berkelakuan seperti lelaki tidak bertamadun dan menyakiti hatinya. Adakah hanya kerana alasan ibu dan ayahnya menggunakan perkahwinan ini untuk mendapatkan kuasa dan pengaruh, suaminya menjadi dingin kepadanya?
"Kalau suami kamu boleh luangkan masa dengan perempuan lain di luar sana, kenapa tidak dengan kamu? Ke masalahnya tu datang dari kamu sendiri?" sindir ayahnya dengan sinis.
"Ayah. Apa ayah cakap ni!" mencerlung tajam pandangan Astrid terhadap ayahnya. Kata-kata tanpa tapis itu tajam menusuk kalbu. Sakit!
"Dah memang betul kan. Kalau kamu tahu bagaimana nak jadi isteri yang betul, tak adanya suami kamu cari perempuan lain untuk layani dia. Melainkan dia tak dapat apa yang dia mahukan dari isteri sendiri!" nada ayahnya semakin keras dan kasar.
Sambil menggigit kuat bawah bibir menahan rasa, mata Astrid mengerling akan ibunya. Berharap wanita itu akan cuba membuka mulut pertahankan anak sendiri. Tapi tidak. Wanita itu hanya mendiamkan diri.
"HELLO?" SUARA KYREN menyapa dalam panggilan itu.
"Di mana Tuan Zane sekarang?" tanya Astrid yang membuat panggilan itu ke pembantu Zane.
"Tuan berada di luar Puan Astrid."
Terpejam mata Astrid mendengar jawapan itu. Hampir hendak melenting dek kejengkelan dengan jawapan obvious Zane. "Memang la. Tapi dekat mana? Specifically!"
Untuk seketika Kyren mendiam dalam panggilan itu. Teragak-agak mungkin hendak menjawab. Yang mana sudah cukup untuk memberi jawapan kepada Astrid ketika itu.
"Dia keluar dengan perempuan lain ya? Perempuan mana pulak kali ni? Hah?" meninggi terus suara Astrid tika itu hingga merona merah wajahnya. Nafasnya mula berombak kencang.
"Ya puan." akhirnya Kyren menjawab.
No wonder la panggilan telefonnya langsung tidak di angkat. Rupanya sibuk menggatal dengan perempuan lain. Memang takkan berubah agaknya perangai jantan tak guna tu. Sampai ke tua la gayanya Zane akan berterusan begini. Astrid mencengkam kuat telefon saat merenung tajam ke skrin televisyen gergasi yang sedang menayangkan siaran berita live.
"Dapatkan saya maklumat perempuan jalang tu. Dan dimana dia tinggal. ASAP!"
"Maafkan saya puan. Ianya classified. Menurut Tuan Zane, sebarang perkongsian akan dikenakan tindakan berat sekiranya ianya terdedah."
Apa?
Classified?
Sejak bila Zane merahsiakan identiti perempuan simpanan lelaki tu dari dia? Bukan ke selama ini Zane tidak peduli untuk merahsiakan apa-apa mengenai mana-mana perempuan murahan yang lelaki tu dah bersama dengan? Kenapa tiba-tiba berubah hati?
"Kenapa?"
"Saya tak dapat berikan penjelasan lanjut atas arahan Tuan Zane. Hanya itu saja yang dapat saya sampaikan kepada puan."tambah Kyren di dalam panggilan itu.
"Zane suami saya. Dan kamu bekerja untuk dia. Saya isteri dia. Itu bermakna. Kamu bekerja untuk saya jugak. Jadi saya berhak tahu apa saja yang suami saya lakukan dan bersama dengan siapa. Kenapa kamu tak boleh lakukannya pulak!" kata Astrid marah-marah.
" Maafkan saya puan."
SUDAH TIGA JAM berlalu sejak Zane dan Dihya keluar bersama ke hulu dan hilir sekitar shopping mall Itu. Ditemani oleh Kyren dan tiga lagi pengawal keselamatan. Yang mana hanya untuk membeli barang dan ke salon kecantikan.
"Maafkan saya puan."ucap Kyren, berdiri di belakang kerusi menunggu dimana Zane sedang duduk.
"Saya bukan nak dengar ucapan maaf kamu tu! Saya nak tahu dimana suami saya berada dan siapa perempuan yang bersama dengan dia!"
Ini bukan hal baru untuk Kyren. Ianya boleh dikatakan sudah menjadi rutin dia untuk menadah telinga untuk setiap bentakan dan amarah Puan Astrid. Terutama sekali bila melibatkan aktiviti tuannya. Puan Astrid paling marah." Saya benar-benar tidak boleh lakukan apa-apa mengenainya puan." sebenarnya dia sendiri tak faham kenapa tuannya beri arahan untuk merahsiakan identiti Dihya dari Puan Astrid dan kenalan tuannya.
Sedangkan selama ini tuannya sedikit pun tidak pernah ambil kisah mengenai perempuan-perempuan yang lelaki itu sudah luangkan masa bersama. Sebab yalah, Tuan Zane ini jenis orang yang cepat bosan. Bila beliau sudah sekali luangkan masa, lelaki itu akan bertukar kepada perempuan lain begitu saja. Kalau beliau simpan pun hanya untuk seketika aje kerana Puan Astrid selalunya akan mengusir mana-mana perempuan yang Tuan Zane luangkan masa bersama.
Jadi bila Tuan Zane menetapkan arahan agar kehadiran Dihya Maelani dirahsiakan serta memastikan maklumat gadis itu dilindungi, ianya sedikit di luar kebiasaan lelaki itu. Yang mana menimbulkan tanda tanya buat Kyren sendiri.
"Fine. Kalau kamu taknak beritahu, biar saya sendiri yang cari tahu! Dan bila saya dapat tahu, berdoa la biar panjang umur perempuan jalang tu!" panggilan itu terputus.
Dengan renungan bingung, Kyren tunduk memandang skrin telefon. Macam-macam hal betul puannya yang seorang ini. Dah tahu perangai suami macam mana, kenapa masih jugak nak teruskan perkahwinan mereka?
Lantas Kyren mendekat ke belakang kerusi itu. Ingin menyampaikan berita tersebut.
"Tuan..."
Zane memaling ke kanan serta merta. "Hm?"
"Puan Astrid baru sahaja call."
Tiada sebarang reaksi di wajahnya, Zane kelihatan tidak terkejut sebaik mendengarnya. "Apa dia nak?"
"Sepertinya puan sudah tahu tuan bersama dengan orang lain. Sebab panggilan puan, tuan tak jawab."
Zane berdengus kecil. Dan ketika itu la langsir fitting room diselaknya oleh promoter bertugas sejak Dihya masuk ke situ untuk menukar pakaian. Bunyi seretkan langsir itu membuatkan Zane dan Kyren pantas mengalihkan pandangan. Apabila mereka memandang ke depan, mereka di sapa dengan susuk lampai seorang wanita yang kelihatan begitu berbeza dengan penampilan sebelumnya.
Terus lupa apa yang baru mereka bualkan.
Begitu terpegun dengan apa yang dilihat, Zane kaku di kerusi itu bersama mata tidak berkedip dan nafas tertahan.
Sambil menyelak anak rambutnya ke belakang telinga, Dihya menuruni anak tangga kecil dari podium itu sebelum mengangkat kepalanya ke depan. Harap-harap lepas ni Zane berpuas hati. Sebab dia dah tak larat nak keluar masuk menukar pakaian. Ini sudah masuk pakaian ke 20 dia tukar. Dia tak tahu la sama ada Zane sengaja atau hanya nak jadikan dia sebagai paperdoll lelaki itu dengan bertukar silih ganti pakaian begini.
Sekali, apabila Dihya pandang ke depan, dia disambut dengan reaksi tidak terduga dari lelaki itu. Zane memandang dirinya seakan baru melihat sesuatu yang ganjil dari penampilannya itu.
Hairan dan ingin tahu Dihya pun tunduk membelek dirinya. Kenapa? Apa lagi yang tak kena?Apalagi yang lelaki ini tidak berkenan kan? Rasanya dress lengan pendek paras lutut purple lilac ini dah cukup cantik untuk dia. "Kenapa? Nak saya tukar ke?" tegur Dihya sudah hendak melutut di situ juga kerana sudah keletihan. Dia cuma nak semua ini selesai dan balik. Itu aje.
Tersentak mati lamunan Zane dek teguran itu. Ianya membuatkan dia berkedip sedar setelah hanyut di buat kecantikan Dihya di dalam busana ringkas itu. Memang dia sudah berjumpa dengan ramai wanita. Namun ini kali pertama Zane merasakan perasaan asing buat pertama kali setelah melihat Dihya.
"Keluar. " arah Zane sewaktu dia bangun dari situ lantas jalan mendekati Dihya.
Mereka semua terus menurut. Dengan segera ruangan persalinan VVIP itu terus menjadi lengang. Dihya yang ditinggalkan sendirian di situ kaku berdiri memerhatikan gerak geri Zane itu.
Lelaki itu pandang dengan renungan dalam yang tidak dapat di tafsirkan. Sampaikan Dihya yang melihat jadi tidak tentu arah kerana gugup dibuat tatapan itu. Sudah la mata itu sentiasa menggugat hati kecilnya. Bila ditenung begitu makin menjadi-jadi la gelisahnya.
Zane tersenyum selepas berdiri di hadapan gadis itu. Matanya tidak lepas dari terus menatapnya.
Dihya pandang senyuman di bibir itu dengan perasaan skeptical sebelum naik memandang wajah kacak itu pula. Nak apa pulak kali ni?
Tangan Zane naik sebelum menekap tepi wajah Dihya lalu didongak agar memandangnya. Lalu dengan lembut ibu jarinya mengusap tepi wajah itu. Cantik. itu yang terlintas dalam fikiran Zane sebaik menatap dekat wajah Dihya.
Bersama degupan kencang di dalam dadanya Dihya balas tatapan Zane itu. Tatapan mata Zane tidak pernah gagal dari memukau sedarnya.
Perlahan-lahan Zane melingkarkan tangan ke sekeliling pinggang Dihya, dia menarik tubuh kecil itu ke dalam pelukannya.
Rapat dan intim.
Dada bertemu dada. Nafas menyapa nafas. Jarak yang memisahkan mereka hanya la hujung hidung masing-masing.
Taktala Zane menatap dalam mata bundar milik Dihya, tika itu la dia sedar. Zane sedar bahawasanya dia kini benar-benar dalam masalah besar sekarang.
Dihya ingatkan Zane mahu mengucup dia, jadi dia sudahpun bersedia mahu menolak lelaki itu, namun sangkaannya meleset apabila Zane dengan tiba-tiba menolak kepalanya ke depan sebelum hidung itu menghidu tengah dahinya dengan kuat. Membuatkan dia kejung di dalam pelukan itu. Matanya yang terkebil-kebil hanya kaku memandang leher di hadapannya. Adakah ini caranya seorang lelaki memperlakukan perempuan simpanan yang bukan isteri sah mereka?
"A-apa yang tuan lakukan ni?" Dihya terkejut sendiri apabila dia tergagap-gagap semasa bersuara. Nafasnya yang ditahan tanpa sedar dilepaskan sedikit demi sedikit untuk menenangkan dirinya yang sedang berdebar bagai nak rak.
"Showing affection. What else?"
"Untuk apa?"
"Well....if an owner can pat their pet to love them, I also can do the same to mine." Zane meleraikan pelukannya sedikit demi sedikit, masih membiarkan Dihya di dalam pelukannya.
"Oh."
"Should we go now?"
Bersama renungan sedihnya Dihya pandangan senyuman di bibir Zane itu. Sepertinya tuannya ini senang hati. Jadi dia tidak berniat hendak merosakkan suasana itu.
"Okay."Dihya mengangguk sebelum menundukkan mata ke bawah. Dia tak patut berasa teruja dengan semua ini.
Memandangkan semua ini hanyalah sementara dia perlu biasakan diri agar tidak hanyut dengan perasaannya ini. Lagipun Zane pasti lakukan hal sama pada wanita-wanita sebelum dia. Jadi tiada yang istimewanya dengan layanan yang diberikan kepadanya ini.
Share this novel