HFM 2 | | Tomorrow

Romance Series 29820

DIHYA BERJALAN KELUAR  melalui pintu belakang pub. Boleh jelas kedengaran suara bising dari dalam pub lagi semasa pintu tersebut dikuak keluar. Suasana malam dingin menyambutnya dengan sejuk yang tajam sebaik saja dia berdiri di situ.

Langit malam kelihatan gelap, dipenuhi awan tebal yang perlahan-lahan menurunkan salji yang halus dan lembut. Setiap titisan salji yang jatuh seakan menari-nari dalam cahaya lampu jalan yang samar, mengubah lorong belakang pub itu menjadi satu panorama putih yang tenang dan damai.

Lorong itu sempit dan agak kotor, dikelilingi dengan dinding bata yang berwarna kelabu kusam. Di sudut-sudut dinding, terdapat sisa-sisa poster yang sudah pudar, bersama beberapa bekas botol bir dan tin makanan ringan yang bersepah. Satu-satunya sumber cahaya ialah lampu neon biru yang suram di atas pintu belakang pub, mencipta bayang-bayang yang panjang dan aneh pada dinding.

Puntung rokok dicelah jari kanan dibawa ke bibir. Tanpa belas, asap itu disedut panjang. Dihya menarik nafas dalam-dalam, melepaskan asap rokok melayang lembut di udara sejuk. Dia mengenakan jaket kulit hitam yang sudah pudar warnanya, dengan topi yang melindungi kepalanya dari salji. Tiada suara lain yang kedengaran kecuali deruan angin yang dingin dan bunyi salji yang menghempas lembut pada tanah.

Dihya berdiri di situ beberapa minit, memerhatikan salji yang jatuh turun. Menandakan sudah hendak masuk ke tahun baru dan bertambahnya jumlah interest hutang. Kalau orang lain sibuk berhibur, dia dekat sini bekerja mencari wang untuk membawa hutang siang dan malam. Dia yang bekerja tapi bergedang air orang.

Inipun gaji dia hanya mampu membayar bunga sahaja. Belum lagi hutang keseluruhan yang ayah dia tinggalkan. Nak makan sekali sehari aje pun dah semput, inikan lagi nak berhibur?

Jangan harap la. Memang tak merasa!

Berangan aje la mampu. 

Kesibukan pub hari ini tak ada la banyak mana, pelanggan pulak tak buat hal sangat, tapi dia masih memerlukan waktu untuk bersendirian, dengan harapan dapat menghilangkan tekanan. Itu yang dia keluar ke belakang pub. Tempat biasa Dihya luangkan masa. Sejenak itu, menikmati ketenangan yang tidak dapat ditemukan di dalam pub. Cadar salji yang semakin menebal membenamkan segala kebisingan dunia luar, membolehkan Dihya termenung panjang.

Flashbacks


"Lepaskan! Lepaskan aku!!!!" bergelut dari balik cengkaman di leher, Dihya pandang lelaki bertatu dengan parut di tepi pipi hadapannya.


"Berani kau calarkan muka aku b*tina s! @l! Bapak tak guna kau dah jual kau dekat aku!"


"Perse+@n! Aku bukan pelacur!! Kalau dia hutang dengan kau! Biar dia yang jadi pelacur kau!!"


"Kau memang nak mati kan!" satu tumbuk kan hinggap di tepi muka Dihya. "Bapak kau hutang banyak dengan aku!"tubuh itu dicampak ke lantai.


"Dia bukan bapak aku! Haiwan tu bukan bapak aku! Aku tak ada kena mengena dengan dia! Lepaskan aku!!!" sedaya upaya Dihya cuba bergelut. Dari mencakar, menendang, mencubit apalagi menumbuk semuanya telah dia lakukan. Tetapi lelaki hadapannya ini enggan melepaskan cengkaman maut dari lehernya. Membuatkan dia tidak dapat bernafas.

Disaat lelaki dihadapan Dihya sudah mahu mencarik pakaian dari tubuh Dihya, dengan sepantas kilat dan sekuat hatinya Dihya menendang lelaki dihadapannya hingga membuatkan kedua-dua mereka tercampak akibat impak itu.

Dan Dihya tanpa berlengah lekas-lekas memecut keluar dari pondok itu. Tetapi baru saja dia mahu menlintas menyeberang jalan sebuah kereta muncul dari arah kanan. Lalu merempuh Dihya!

Tubuh Dihya tercampak ke windshield kereta tersebut dengan kuat sebelum berguling jatuh atas jalan raya sesaat kemudian. Darah mulai mengalir dari kepala dan hidung. Dia masih sedar waktu itu. Sempat dia lihat orang ramai mulai mengerumuninya. Setelah itu semuanya menjadi gelap.

Tahu-tahu aje dua bulan dia koma dekat hospital tu. Entah siapa yang langgar entah siapa yang tanggung kos perubatan, Dihya tak sempat nak tahu sebab takut punya pasal, lepas dia sedar aje dia terus larikan diri dari hospital tu.

END OF FLASHBACK

Akhirnya, dia menepuk-nepuk jaketnya, mengeluarkan rokok terakhir dari kotak, dan menyedut dalam-dalam. Asap rokok bercampur dengan udara dingin, mencipta kabut kecil yang menghilang dalam sekelip mata. Biasanya dia jarang merokok, tapi kalau dah tertekan sangat, kadang tu sekotak rokok boleh habis dalam masa beberapa jam aje.

Seusai puas, dia membuang rokok itu dan menghentakkan hujungnya di atas tanah, sebelum kembali ke dalam pub, meninggalkan lorong belakang yang sejuk itu.

Dihya melangkah masuk semula ke dalam pub, di mana bunyi muzik dan perbualan yang riuh mula menyambutnya kembali. Kesesakan udara yang hangat dan aroma pelbagai jenis minuman, campur dengan sedikit bau asap rokok, menyelubungi deria bau serta merta. Lima tahun lalu dia akan loya dengan bauan ini, namun alah bisa tegal biasa. Kelama-lamaan dia sudah terbiasa.

Dia menuju ke arah bar, di mana Alex, bartender yang sedang bertugas, memandangnya dengan senyum lebar. Lelaki berambut karat itu memang murah dengan senyuman sejak awal lagi Dihya masuk bekerja. Malah Alex pernah ajak menjadi kekasih lelaki itu. Tapi mentah-mentah la kena tolak. Yalah...dia ada banyak masalah nak dihadapkan, tak hingin la nak menambahkan lagi tekanan yang sedia ada ni dengan benda lain.

                    "Aik?Sekejap betul. Sejuk ke dekat luar tu?" tanya Alex sambil menuangkan minuman untuk seorang pelanggan. Wajah berona merah Dihya dipandang sekejap.

Dihya hanya mengangguk sambil menggosok-gosok tangannya yang masih terasa beku. Tidak mahu menjawabnya. Sebab dia tak suka sangat bercakap, lagi-lagi dengan lelaki.

Sudah terbiasa dengan sikap pendiam Dihya yang tidak banyak bersuara, Alex sekadar tersenyum nipis lalu menyambung kerja. 

                    SEPERTI KEBIASAAN malam itu, Dihya berdiri di belakang kaunter bar, meresapi kesunyian yang sering menyelubungi ruang kecil itu selepas jam sibuk. Suara muzik latar yang lembut bercampur dengan bunyi kaca berlaga dan alunan perbualan yang perlahan memenuhi ruangan pub. Lampu-lampu di bar berkelip samar, memancarkan cahaya keemasan yang lembut ke seluruh ruang, menciptakan suasana yang intim dan elegan.

Selama lima tahun berkerja sebagai bartender pelbagai jenis pelanggan telah Dihya temui. Yang kaya yang miskin yang hidup senang atau penuh tekanan. Semuanya sudah dia lihat dalam pub itu. Namun malam ini, satu wajah baru muncul.

Seorang lelaki lampai, rupa paras kemas namun berjambang dan susuk tubuh yang sasa memasuki bar. Dari aura berjalan saja sudah menampakkan betapa berkarismanya pelanggan baru ini. Lelaki itu kelihatan segak dalam tuksedo mewah, dengan tali leher yang kemas dan kemeja putih yang licin. Setiap langkah yang diatur juga terasa elegan sampaikan yang memandang tak dapat nak mengalihkan pandangan.

Dihya menahan nafas tanpa sedar.

Agak terkedu la jugak sebab pertama kali dia lihat pelanggan yang satu ini.

Nampaknya malam ni dia dapat tip lebih!Detik Dihya menyedari bahawa pelanggan lelaki dihadapannya ini seorang lelaki kaya.

Tanpa memandang ke arah bar atau mengarahkan pandangan kepada menu, lelaki itu terus menghampiri kaunter. Dihya sudah dapat merasakan aura yang berlainan daripada lelaki ini. Tiada kata-kata yang diucapkan. Hanya kehadiran lelaki itu yang memberikan kesan yang mendalam.

Dihya dengan profesionalnya, segera memahami bahawa lelaki ini datang untuk sesuatu yang khusus dan mungkin menginginkan sesuatu yang lebih daripada sekadar minuman biasa. Tanpa menunggu pesanan dari pelanggan itu, Dihya memutuskan minuman apa yang dia mahu berikan kepada pelanggannya itu.

Dengan gerakan yang cekap dan tidak tergesa-gesa, Dihya mula melakukan kerjanya. Dia mencapai gelas yang bersih, memeriksa sekali lagi untuk memastikan tiada kesan minyak atau kotoran. Kemudian, dia mencapai botol whisky premium dari rak yang teratur rapi, memusingkan penutupnya dengan tenang. Aroma wangi dari alkohol yang berkualiti tinggi memenuhi udara, seolah-olah mengisahkan tentang keistimewaan dan eksklusiviti minuman itu.

Dihya menuangkan whisky ke dalam gelas dengan penuh perhatian, memastikan setiap titisan adalah sempurna. Tidak ada keraguan dalam setiap gerakan yang dilakukannya. Setiap langkah, dari memegang botol hingga menuang minuman, dilakukan dengan kepakaran dan ketelitian. Dihya tidak perlu bertanya apa yang diinginkan lelaki itu; kehadiran dan penampilannya sudah cukup untuk memberi petunjuk tentang minuman yang diinginkannya.

Sebab setiap style seseorang tu boleh beritahu jenis minuman apa yang biasa orang itu minum. Dan Dihya boleh tahu yang pelanggannya ini gemar dengan whisky.

Rich and classic.

Itu yang Dihya rasakan dari pelanggan lelaki di hadapannya ini.

Sementara itu, lelaki itu berdiri tegak, dengan pandangan yang tidak berubah. Dia tidak terganggu dengan proses yang sedang berlaku di hadapannya. Mungkin dia sudah biasa dengan situasi seperti ini, di mana pertemuan singkat seperti ini adalah sebahagian daripada rutin malamnya. Kesunyian di antara mereka hanya dipenuhi dengan bunyi gemericik ais di dalam gelas dan bunyi penutup botol yang ditutup semula dengan perlahan.

Dihya memandang lelaki itu sejenak, tidak lama namun cukup untuk merasakan betapa tenangnya suasana yang wujud di antara mereka. Dia dapat merasakan bahawa lelaki itu bukan sahaja datang untuk menikmati minuman, tetapi juga untuk merasai ketenangan yang ditawarkan oleh suasana bar yang tenang dan elegan ini.

Setelah selesai, Dihya menghidangkan gelas whisky dengan penuh gaya. Gelas itu diletakkan di hadapan lelaki itu dengan satu gerakan lembut yang menunjukkan penghormatan terhadap kehadiran dan pilihan pelanggan tersebut. Lelaki itu menerima gelas itu tanpa mengucapkan sepatah kata pun. Dia hanya mengangguk sedikit, sebagai tanda penghargaan yang tidak memerlukan ucapan.

Dalam masa yang singkat, lelaki itu mengambil gelasnya dan menghirup minuman yang disajikan. Tindakan ini dilakukan dengan perlahan, seolah-olah dia menghargai setiap titisan yang meluncur di dalam mulutnya. 

Dihya memerhatikan dengan penuh minat, memahami bahawa setiap pelanggan mempunyai cara tersendiri untuk menikmati waktu mereka. Tapi pelanggan yang satu ini kelihatan berbeza dari pelanggan-pelanggan sebelumnya. Ada sesuatu pada lelaki ini yang tak dapat Dihya tepis perhatian dari terus memerhatikannya.

Mungkin perasan dirinya diperhatikan, lelaki itu menggerakkan bola mata dengan gerakan perlahan ke Dihya. Wajah polos tanpa solekan tebal itu ditenung dalam.  Keningnya sedikit berkerut.

Riak tenang Dihya sedikitpun tidak terkutik taktala dia bertentang mata dengan pelanggan dihadapannya ketika itu. Entah kenapa dia berasa awas dengan aura yang dipamerkan oleh lelaki dihadapannya ini. Aura yang seakan menjerit 'JAUHKAN DIRI DARI LELAKI NI' dari lelaki itu.

                    "Need anything?"tegur suara dingin itu kepada Dihya. 

Tanpa memberi respon, Dihya malah dengan tenang memberikan gelengan kecil sebelum melakukan pekerjaannya semula. Siapapun pelanggannya ini, baik dia jangan macam-macam!

Malam itu, bar kembali kepada suasana asalnya—sunyi dan damai, dengan muzik latar yang lembut dan pencahayaan yang memanjakan mata. Dihya kembali kepada rutinnya, bersedia untuk menghadapi pelanggan berikutnya. Namun, pertemuan singkat dengan lelaki dalam tuksedo mewah itu meninggalkan kesan pada malam Dihya, satu detik yang diingati dalam perjalanan malamnya sebagai bartender.

Siapa agaknya ya lelaki kaya misteri ni?

Even ada mature content, TINTA akan CENSOR DAN FILTER mana2 part agar lebih appropriate Untuk bacaan reader. Dan untuk mengelakkan ia jadi isu. Biasanya penulisan genre mature ni ramai yang kecam penulis... Jd Tinta akan pastikan content mature Tinta tak terlalu heavy ya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience