HFM 8 | | Tangkap Satu, Tuntut Beratus

Romance Series 29820

Dihya melangkah dengan perlahan di trotoar yang kelam, menuruni jalan raya yang sepi selepas keluar dari pub. Udara malam yang dingin meresap ke dalam jaketnya, dan bunyi riuh-rendah dari dalam pub kini terasa jauh, seolah-olah dunia di sekelilingnya telah berubah menjadi senyap. Lampu-lampu jalan yang berkelip-kelip hanya memberi cahaya samar, menambah rasa gusar dalam hatinya.

Dihya menarik nafas dalam-dalam, cuba menenangkan diri. Kakinya melangkah lebih cepat, berhasrat untuk pulang ke rumah dan menikmati ketenangan selepas malam yang panjang. Namun, ketika dia melewati sudut jalan yang agak terpencil, tiba-tiba, dari dalam kegelapan, muncul sekumpulan lelaki mencurigakan yang mengenakan jaket hitam dengan mask yang menutup sebahagian wajah mereka. Dihya tergamam seketika, merasakan sesuatu yang tidak kena.

Lelaki-lelaki itu seolah-olah telah menunggu kedatangannya. Tanpa sebarang amaran atau kata-kata, mereka menghampirinya dengan langkah pantas. Dalam sekelip mata, Dihya terasa tangan kasar mengapit bahunya, dan dia ditarik ke arah kegelapan.


"Umpph!!"Dia cuba menjerit, namun suara suaranya tenggelam dalam kesunyian malam yang menekan apabila satu tangan besar menekup mulutnya. Hati Dihya berdegup kencang, berusaha untuk melawan dengan sekuat tenaga, tetapi angka lelaki-lelaki itu terlalu ramai dan kekuatan mereka terlalu besar.

Dengan nafas yang tercungap-cungap dan panik yang menyelubungi dirinya, Dihya merasakan ketakutan yang sama pernah dia alami sebelumnya. Mesej keselamatan dalam hatinya seolah-olah tidak berfungsi akibat terkejut.

Tak mungkin.

Tak mungkin sekali lagi!

Perasaan seolah-olah dunia menjadi lebih kecil, hanya ada mereka dan jalan yang gelap. Suara lelaki-lelaki itu tidak jelas, hanya ada bunyi langkah mereka yang berat dan desiran angin malam yang menambah keseraman suasana.

Lelaki-lelaki itu berkerumun di sekelilingnya, seolah-olah mahu memastikan tiada siapa yang boleh melihat atau mendengar. Walaupun dalam kegelapan, Dihya dapat melihat sorot mata mereka yang penuh dengan tekad dan niat yang tidak diketahui. Kepalanya berputar dengan cepat, cuba mencari jalan keluar atau bantuan, tetapi segala usaha nampaknya sia-sia. Kerana tiada satu pun perkara yang terlintas dalam fikirannya ketika itu.

Panik menyelubungi segenap urat saraf Dihya Maelani.

Dia enggan berada dalam situasi yang sama semula. Cukup la apa yang dia lalui sebelum ni. Jangan lagi!!!

Kaki dan tangan Dihya bergelut cuba hendak melepaskan diri. Dia cuba menenandang, menggigit malah cuba untuk menjerit tetapi usahanya dari awal memang tidak ada gunanya.

Mereka membawa Dihya ke sebuah lorong sempit yang jauh dari laluan utama. Lorong itu berbau busuk dan kelihatan semakin sempit setiap langkah mereka. Dihya berasa dirinya semakin lemah, tetapi dia tidak berhenti cuba, meronta-ronta dengan segala kudrat yang ada. Setiap detik yang berlalu terasa seperti berjam, dan harapannya untuk melarikan diri semakin tipis dengan setiap langkah yang mereka ambil.

Dengan tekad yang semakin menipis, Dihya hanya dapat berharap agar ada seseorang yang akan menyelamatkannya dari kegelapan malam yang menutupinya. Hendak melawan memang tidak terlawan. Yalah, apa aje tubuh kecilnya ini mampu lakukan untuk menentang lima lelaki bertubuh buffy seperti mereka ini!

DIHYA MAELANI merintih kesakitan. Dalam ruangan kecil yang sempit, hanya diterangi oleh cahaya malap dari lampu minyak yang tergantung di sudut dinding, dia dikelilingi oleh lelaki-lelaki kasar dengan wajah bengis mereka. Suasana di rumah lama itu amat suram, seolah-olah dinding-dindingnya sendiri merintih dengan setiap desahan lelaki-lelaki yang datang menuntut hak mereka.


"Dihya Maelani!" suara tegas seorang lelaki berbadan besar bergema di dalam bilik. "Kau tahu kenapa kami datang sini?"

Dihya mengangkat kepala, melihat wajah-wajah yang tidak dikenali dan penuh kebencian. Jelas-jelas mereka semua ini adalah samseng atau ceti hutang. Ini bukan pertama kali Dihya lalui hal yang sama. Tapi itu tidak bermakna dia tahu kalau ditanya begitu! Matanya yang berair merenung lelaki-lelaki itu dengan tajam. Tangan-tangannya diikat dengan tali yang ketat, dan dia hanya mampu duduk kaku di atas lantai yang keras.


"Bapa kau berhutang pada kami!" lelaki itu meneruskan, setiap patah perkataan diucapkan dengan nada kasar. "Dia telah melarikan diri dan kini kita orang datang untuk mendapatkan bayaran. Aku tidak peduli siapa kau. Jika dia tidak ada, maka kau yang akan membayar harganya memandangkan nama penjamin tu adalah kau."sehelai kertas yang berlipat di sua hadapan muka Dihya.

Dihya cuba mengangkat tubuhnya, namun kesakitan akibat ikatan yang ketat memaksa dia kembali ke lantai. Dia menunduk, bibirnya bergetar. Hidup lagi rupanya orang tua tidak berguna tu? Ingatkan dah mampus! Rupanya sibuk buat masalah di luar sana.

Satu lagi lelaki, dengan wajah penuh parut, menghampiri Dihya. "Apa yang kau tahu tentang keberadaan ayah kau hah? Dia berhutang sebanyak 500k termasuk bunganya masa larikan kesemua wang tu! Kau fikir kita orang ada masa nak dibuang semata nak cari orang tua tu?Jadi sekarang, kau yang akan menggantikan dia!"

Dia mencengkam bahu Dihya dengan tangan yang kasar. "Beritahu kami di mana dia menyembunyikan wang, atau kami akan mengambil sesuatu yang lebih berharga dari kau!" suara lelaki itu penuh ancaman.

Dihya memandang kosong. Tiada apa yang dapat dia katakan lagi. Kecuali rasa kesal, kecewa dan marah yang berombak di dalam dadanya. Bolehnya ayah dia keluar berhutang sana sini sementara dia yang kena menanggung tempias perbuatan lelaki itu!

Tak percaya betul yang hal ini terjadi lagi!

Dihya ketawa. Dia ketawa kerana berasa begitu marah dan bengang hinggakan hendak mengamuk pun tidak mampu. "Hahaha... Seriously orang tua tak guna tu betul-betul buat aku gila la. Aku dekat sini sibuk bayarkan hutang, dia pulak sibuk berhutang. Kalau aku tahu dia dekat mana, aku dah beritahu kau. Tapi tak. Orang tua tak guna tu tak berhubung dengan aku sejak lapan bulan yang lepas lagi. Jadi... Kalau kau orang nakkan duit, kau cari orang yang salah."


"Tch! Jadi sekarang ni kau nak cakap kau tak tahu dekat mana ayah kau dan kau langsung tak berduit la?" 


Seorang lagi lelaki yang tampak seperti ketua melangkah maju. Wajahnya tegas dan bengis. Dia menepuk-nepuk tangan di atas meja kayu yang berdebu di hadapannya. "Cukup!Cukup! Jangan buang masa. Kita datang bukan nak dengar rayuan. Kita datang nak minta hutang!"

Hutang apalagi ni! Kening Dihya berkerut kemerahan.


Lelaki yang merupakan ketua di situ menoleh kepada anak buahnya. "Bawa dia ke bilik sebelah. Mungkin sedikit 'dorongan' akan membantu dia ingat apa yang dia tidak tahu sebelum ini."

Para lelaki itu menyeret Dihya ke bilik sebelah, yang ternyata adalah bilik gelap dan kotor. Di dalamnya, terdapat beberapa peralatan yang kelihatan menakutkan-sebatang tube besi dan beberapa tali yang diikat dengan ketat. Suasana di dalam bilik itu semakin menakutkan bagi Dihya. Tetapi dia tidak dapat beri sebarang reaksi kerana dek begitu takut


Ketua pemiutang memerhatikan dari pintu bilik. "Jika dia masih tidak mahu bercakap, kita boleh menggunakan cara lain."

Dihya menggigil ketakutan. Tangannya yang terikat ketat terasa semakin menyesakkan. Di dalam hatinya, dia berdoa agar ada seseorang yang akan datang untuk menyelamatkannya, namun dalam situasi itu, harapan kelihatan tipis. Pemiutang-pemiutang itu tidak menunjukkan sebarang belas kasihan. Mereka telah bersedia untuk menggunakan kekerasan demi mendapatkan wang yang mereka tuntut.


Seorang daripada mereka memegang dagu Dihya, di tilik kanan dan kiri seperti membelek suatu barang. "Hmm...mungkin kita boleh gunakan muka cantik kau ni untuk bayar hutang. Kau virgin bukan? Kalau jual boleh tahan jugak harga kita dapat."


"Berapa aje kita boleh dapat kalau jual dia, baik dijadikan terus 'anak ayam' at least dapat untung..." ketawa mereka di situ dengan sinis.

Saat itulah, Dihya menyedari betapa gelap dan kejam dunia ini bila berada dalam genggaman tangan-tangan yang tidak bertimbang rasa. Dia hanya berharap agar segala-galanya akan berakhir dengan baik, meskipun harapan itu hanya mimpi di siang hari.

Dihya Maelani merasakan seolah-olah ketika itu masa berjalan dengan sangat perlahan. Suasana dalam bilik itu penuh dengan tekanan, dan setiap bunyi kecil-desah nafas, bunyi perabot yang bergerak, dan suara lelaki-lelaki itu-menambah kebimbangan dalam dirinya. Matanya, yang masih berair dari tangisan tadi, terus merenung ke arah alat-alat penyiksaan yang terletak di sudut bilik dengan rasa ngeri.


Ketua pemiutang melangkah masuk dan berhenti di tengah bilik. "Beat her. But watch her face. Don't ruin it."

Dihya menggigil, merasa keringat dingin menitis di dahinya. Tangannya yang terikat masih terasa pedih, dan dia berusaha sedaya upaya untuk mengawal rasa takut yang menguasai dirinya. Dia tahu bahawa setiap detik yang berlalu, kemungkinan untuk melarikan diri semakin menipis.


Salah seorang daripada lelaki itu, dengan ekspresi yang penuh kejam, mengambil sebatang tube besi dan memukulnya ke atas belakang badan Dihya. Bunyi tersebut bergema di dalam bilik, menambah rasa ngeri Dihya. Lelaki itu tersenyum sinis sebelum berkata, "Aku cadangkan kau untuk start bercakap. Beritahu dekat mana ayah kau tu dan kita boleh settle kan hal ni dengan cepat.."


Dihya berusaha menarik nafas panjang, cuba menenangkan diri walaupun hatinya berdegup kencang. "Tak dengar ke," rayunya, suara hampir pecah. "Aku tak tahu dia dekat mana. Apalagi wang yang dia bawa larikan tu. Kau pukul sampai aku mati sekalipun aku tak ada jawapan untuk tu!"


Ketua pemiutang mendekati Dihya sebelum bercangkung dihadapannya. "Setiap minit yang kau habiskan di sini tanpa memberikan jawapan akan menambah kesulitan yang kau hadapi. Fikirkan baik-baik, Dihya. Kami tidak datang ke sini untuk bermain-main."


Apa yang susah sangat nak faham bahasa ni. Tak dengar ke! "Aku tak tahu...faham tak? Aku tak tahu! Kau nak aku beritahu apa lagi!" Dihya mengetap gigi dengan erat kemudiannya.

Ketika lelaki-lelaki itu bersiap untuk menggunakan alat penyiksaan, Dihya berdoa dalam hati agar satu keajaiban berlaku. Harapan satu-satunya adalah jika ada seseorang yang akan datang menyelamatkannya sebelum segala-galanya menjadi terlalu terlambat.

Kembali ke detik-detik ketika ayahnya pertama kali meminjam wang dari pemiutang tersebut, Dihya teringat bagaimana hidup mereka berubah drastik sejak hari itu. Pada awalnya, ayahnya berjanji untuk membayar balik dengan segera, tetapi komitmen yang dipertaruhkan tidak dapat ditepati. Hutang yang tidak dapat dilunaskan membawa kepada ancaman buat mereka sekeluarga.

Dia teringat malam-malam yang dilalui dengan ketakutan, apabila bunyi ketukan di pintu dan suara kasar lelaki-lelaki itu memecah kesunyian malam. Ayahnya sering kali hilang untuk tempoh yang lama, dan ketika dia pulang, wajahnya penuh dengan kesan lebam dan kegelisahan. Dihya dan ibunya sering kali menghabiskan waktu di dalam rumah kerana terlalu takut hendak keluar. Risau sekiranya mereka tertangkap dengan mana-mana pemiutang tu.

Sekarang, dengan pemiutang yang menuntut bayaran di hadapannya, Dihya berusaha keras untuk menarik nafas dalam-dalam. Dia merasa seolah-olah sejarah itu berulang kembali, memaksa dia menghadapi ketakutan yang sama yang pernah dihadapi keluarganya. Kejadian ini adalah akibat langsung dari keputusan ayahnya yang tidak bertanggungjawab, dan dia terpaksa membayar harga yang tidak sepatutnya.

Dalam detik-detik tersebut, Dihya berdoa agar ada sesuatu atau seseorang yang akan mengubah nasibnya. Dia tidak tahu apakah dia akan mampu melarikan diri dari situasi ini, tetapi dia bertekad untuk bertahan dan mencari jalan keluar, walaupun harapan itu terasa semakin tipis.

Ada yang masih nak teruskan bacaan ke? Tinta rasa macam tak Best pulak novel kali ni... Kalau tak ada yang teruskan bacaan Tinta nak take down. Hehehe....

Share this novel

Ratnamalar Kesukartik
2024-11-05 00:23:55 

teruskan.

karmila
2024-09-27 20:29:04 

teruskan aje la tinta, jangan take down

Anne Cayunk
2024-09-27 10:27:18 

teruskan sj cik Tinta


NovelPlus Premium

The best ads free experience