HFM 28 | | Salah Faham

Romance Series 29820

Bau haruman masakan menghuni ruang masak itu sewaktu Dihya dengan apron pink di sekeliling pinggang berdiri di hadapan dapur sibuk memasak. Sambil di temani pengawal keselamatan yang biasanya membantu dia untuk merasa masakan yang dia sediakan.

Sepatutnya Easton, tetapi lelaki itu perlu keluar menguruskan hal keluarga, maka tinggal Dihya bersama dengan seorang pengawal keselamatan muda yang dikenali sebagai Eric. Rakan sekerja Easton yang bertugas untuk mengawal pintu.


"Cik Dihya suka memasak ke?"tanya Eric semasa berdiri di tepi dapur memerhatikan Dihya. Sejak tadi Dihya memasak semenjak itu Eric setia menunggu dengan kedua belah tangan di belakang badan. Hanya apabila Dihya mahu dia mencuba masakannya itu, barulah Eric bergerak.


"Tak jugak. Hanya bila saya ada dekat sini aje. Sebab biasanya saya terlalu sibuk bekerja sepanjang hari sampai tiada masa nak memasak." cerita Dihya. Lucu bila diingatkan semula kehidupan dia yang sebelum-sebelum ini. Boleh ya dia hidup dengan jadual hariannya yang berkitar hanya kerja dan tidur kemudian kerja semula seperti zombie selama ini.

Untuk seketika Eric mendiam. Matanya tidak lepas dari meneliti seraut wajah yang sentiasa kelihatan tenang ini. Yang menariknya adalah Dihya seusia dengan Eric. Jadi Eric tidak berasa kekok sangat bila bersama dengan Dihya. Tapi, dia tetap berasa tertanya-tanya siapakah wanita yang dibawa tuannya ini. Hinggakan lelaki itu ambil langkah kawalan yang ketat dengan menempatkan pengawal keselamatan peribadi untuk mengawasi Dihya.

Kenapa Dihya berbeza dari wanita-wanita yang sebelum ini pernah bersama Tuan Zane?

Biasanya mereka lebih gemar menghabiskan wang dan masa Tuan Zane dengan mengajak lelaki itu melakukan itu dan ini. Tapi tidak Dihya.

SEMENJAK Dihya tiba di situ, gadis ini banyak terperuk di dalam rumah dan hanya meluangkan masa dengan memasak dan mengemas sahaja.
Ada sekali sekala itu Dihya memesan piza atau makanan take out. Selebihnya Dihya kelihatan seperti teman serumah Tuan Zane bukan wanita simpanan lelaki itu. Eric masih tidak habis fikir.

Adakah Dihya mistress favorite Tuan Zane? Sebab itu ke layanan Tuan Zane berbeza dibandingkan dengan treatment yang lelaki itu telah berikan pada bekas mistress yang sebelum ini? Itu soalan yang berlegar-legar dalam fikiran Eric selama ini.


"Cik Dihya,cik nak tahu satu rahsia tak?"


Sambil mengacau masakannya Dihya menoleh ke arah Eric. "Rahsia?"keningnya terangkat tinggi ingin tahu. Elok juga. Dia pun selama ini tertanya-tanya siapakah Zane yang sebenar. Kenapa lelaki itu begitu misteri. Dia mahu tahu.


"Ya. Rahsia."angguk Eric.


"Apa rahsianya tu? "

Lalu Eric mendekat ke samping Dihya. Lelaki lampai itu kemudiannya menunduk sedikit sebelum berbisik.


"Sebenarnya kan, cik adalah perempuan pertama yang tinggal sebumbung dengan Tuan Zane. Sebelum ni tak pernah ada seorang pun perempuan yang jejak kaki ke kediaman peribadi Tuan Zane ni apalagi tinggal di dalamnya. Cik adalah yang pertama."

Dihya mengedipkan mata. Terkejut sedikit mendengar hal itu.


"Iya ke?" Hish,takkan la. Tapi kenapa? "Sebelum ni tuan tak pernah bawa mana-mana perempuan ke rumah ni?"

Eric mengangguk.


"Ya. Tak pernah. Dah tiga tahun saya kerja dengan Tuan Zane. Sekalipun saya tak pernah nampak tuan bawa mana-mana perempuan masuk ke penthouse dia ni."

Dihya menelan liur sebelum kembali memandang ke kuali masakannya. Hari tu Zane pernah kata hal yang sama. Dia fikirkan Zane hanya bergurau aje. Tak sangka pula ianya memang betul.


"Pelik."gumam Dihya perlahan.


"Saya pun rasa pelik jugak. Tapi itu la kan. Namanya pun Tuan Zane. Kalau tak pelik, bukan dia namanya."

Dihya berdengus kecil. Dia kembali memandang masakannya sebelum capai sudu dari situ. Dia ambil sedikit makanan di situ lalu disua kepada Eric.


"Cuba rasa... Okay tak?"

ZANE PULANG lebih awal dari yang dijadualkan. Rancangannya pada hari itu banyak telah ditangguhkan. Semuanya gara-gara perasaan gelisah yang tidak dapat dijelaskan membuatnya ingin pulang lebih cepat. Ketika sampai, hadapan pintu itu tiada sesiapa yang menjaga. Hal tersebut menimbulkan tanda tanya pada dia.

Tanpa berfikir apa-apa, Zane memasuki rumah, aroma masakan yang familiar tercium di udara terus menyambutnya. Mengikuti aroma itu, dia sampai ke dapur.

Di sana, Dihya sedang sibuk memasak, dan yang mengejutkannya, Eric sedang berdiri di sebelahnya, seolah-olah sedang berbual.

Satu perasaan aneh terus bergelombang dalam dada. Rasa amarah dan cemburu mulai melanda Zane. Dia tidak dapat menghilangkan bayangan Dihya dan pengawal keselamatannya itu berdua, sendirian di rumahnya. Pikirannya dipenuhi dengan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas.


"Apa yang berlaku dekat sini?"Zane bertanya dengan suara yang tajam. Nafasnya mulai naik turun tidak menentu.


Dihya terkejut dan berpaling. Tidak menduga Zane akan pulang seawal ini. Katanya jam 6 petang,kenapa balik sekarang? "Tuan Zane, awal tuan balik?" matanya mengerling ke jam dinding. Baru jam 5 petang.


"Memangnya kenapa kalau saya balik awal? Adakah saya menganggu kamu berduaan dengan lelaki lain?" sinis nada itu bila bertanya. "Apa kamu buat di sini Eric? Bukan ke tugas kamu mengawal pintu di luar? Kenapa kamu berada di sini!" Zane bertanya lagi, matanya menyipit.


Eric terus mengatur langkahnya ke depan Zane, kedua belah tangan di bawa ke belakang badan selepas dia berdiri di situ." Saya hanya bantu Cik Dihya masak, Tuan. Cik Dihya beritahu dia hendak sediakan makanan kesukaan tuan."

Kecurigaan Zane semakin menebal. Mengapa Dihya perlukan seseorang untuk membantunya memasak. Dihya boleh lakukannya sendirian? Dan sudah berapa lama semua ini telah berlaku! Adakah sebelum-sebelum ini juga begini!


"Perempuan semuanya memang sama ya? Murah dan menyakitkan hati! Adakah ini cara kamu membalas kebaikan saya Dihya? Ke dah terdesak sangat sampaikan kamu membawa lelaki ke rumah saya semasa saya tiada?" Zane menuduh Dihya, suaranya meninggi. "Tak cukup jelas agaknya apa yang saya katakan pada kamu tempoh hari?"


Dihya terkejut dengan tuduhan itu. "Tuan Zane, apa yang Tuan katakan ni? Kami berdua tak lakukan apa-apa. Saya benar-benar perlukan bantuan Eric."tegas Dihya, suaranya sedikit terketar.


Zane terbakar dengan rasa marah.“Memang kenapa? Kamu fikir saya bodoh sangat ke? Tak nampak ke apa yang kamu berdua tengah buat?”


“Tuan Zane, apa yang Tuan nampak ianya salah faham. Saya hanya minta tolong Eric sebab saya tak pandai masak sangat. Itu sahaja!” Dihya membela diri, suaranya mula meninggi.


“Tolong? Tolong sangat sampai dia kena berdiri dekat-dekat dengan kamu macam tu? Tak cukup ke tolong dari jauh? Kenapa perlu rapat-rapat?” Zane bersuara sinis.


Dihya terkedu. Bola matanya bergerak kanan dan kiri tatkala memerhatikan riak wajah berang Zane. Bagaimana keadaan boleh jadi macam ni sekali. Pagi tadi elok aje. "Maafkan saya. Saya yang salah, saya tak sepatutnya bawa Eric masuk ke dalam sejak awal lagi. Tapi sungguh tuan, saya dan Eric tak lakukan apa-apa,” Dihya berkata dengan nada kesal.


“Jangan nak berlakon suci sangat, Dihya. Saya tahu perangai perempuan macam kamu. Semua sama aje,” Zane membalas dengan kasar.

Dihya terkedu. Dia tidak menyangka Zane boleh berkata sedemikian. Perasaan sakit dan kecewa mula menyelubungi hatinya.


Sebegitu rendahnya pandangan Zane terhadap dirinya? Adakah kerana itu alasannya kenapa Zane tidak dapat menerima perasaan sukanya pada lelaki itu? Kerana dia hina di mata Zane? "Saya betul-betul tak lakukan apa-apa, tuan. "Dihya berkata dengan nada lemah.

Tinta dah proofreading banyak kali dah. Kalau ada TYPO jugak, tak tahu la. Hahahaha... Kekadang hairan gak. Kenapa still jugak ada typo sedangkan dah di semak banyak kali. Oh ya. Memandangkan esok cuti umum, tinta pun ikut cuti Update ya. Kita ju.mpa next week. Bubai!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience