TERASA IBARAT seperti sudah berjam dia pejam mata sewaktu terbangun dari lena. Terpisat-pisat dia membuka matanya yang berat. Rasanya ini pertama kali dalam setahun dia dapat terlena tanpa rasa terganggu memikirkan kerja apa yang perlu dia lakukan setiap kali celik mata.
Baru sahaja Dihya mengangkat tangan hendak menggeliat, dia terus tersentak bangun dari perbaringan sebaik melihat lelaki berkemeja biru tua sedang duduk bersilang kaki atas sofa bertentangan dengan dia. Dalam keadaan mamai dan terpinga-pinga Dihya duduk di situ memandang sekejap akan Zane di situ. Lelaki itu sedang duduk bersilang kaki membaca buku.
Sejak bila Zane balik? Memangnya dah lama ke lelaki ni duduk di sini?
"Bila tuan balik? Kenapa tak bangunkan saya?" buat malu dia aje la. Dihya membetulkan pakaian dan rambutnya sebelum kembali duduk dengan sopan di situ. Harap-harap tiada air liur basi yang melekat atau dia berdengkur sewaktu tidur tadi.
"It's doesn't matter where you sleep. As long as you stay here." mendatar sahaja Zane berkata. Mata masih terarah pada bacaannya. Riak di wajah kelihatan seseorang yang sedang tidak berpuas hati. Tengah kening itu berkerut sedikit.
Dihya yang dengar semakin terpinga-pinga. Lain yang ditanya, lain jawapan yang dia terima. Rasanya ini bukan masa untuk dia membalas kata atau bercakap dengan perkataan yang tak baik. Tuannya kelihatan tidak senang hati. Memangnya hari Zane ni tiada satu yang menggembirakan ke
"Apa lagi yang buatkan tuan tak puas hati kali ni?" terpacul secara automatik soalan yang dia simpan dalam hati. Dihya sendiri terkejut.
"Well... Thanks to someone's foreboding." Zane menutup buku lalu mencapai cangkir berisi teh panas dari meja lalu dihirup perlahan.
Untuk seketika Dihya perhatikan wajah letih Zane.Walaupun tidak kelihatan terurus seperti siang tadi, ketampanan lelaki itu masih terserlah dan masih menarik untuk di tatap. Kalau la Zane tersenyum, agaknya macam mana ya rupa Zane?
Riak dingin dan muka tidak puas hati Zane buatkan Dihya berasa empati. Kenapa lelaki kaya dan berpengaruh ini kelihatan tidak gembira atau senang hati sedangkan lelaki itu memiliki segalanya. Lain la kalau Dihya, memang tak hairan kalau dia sentiasa murung dan tertekan sebab kehidupan muflis dia yang dimiliki sedikit pun tidak menyenangkan.
Dihya tersentak dari lamun sesaat selepas teringat akan sesuatu.
Oh ya...
Dihya berdiri dengan tiba-tiba.
"Oh ya...tuan dah makan?" Dihya bergerak ke arah dapur.
Zane di sofa terus palingkan kepala. Matanya mengekori langkah Dihya dengan tanda tanya, yang menghilang seketika ke arah dapur sebelum gadis itu muncul semula sambil menatang pinggan putih.
Dengan perlahan, Dihya meletakkan sepinggan puding telur di atas meja menghadap Zane.
"Apa ni?" Zane pandang dengan riak skeptical sebelum melirik ke wajah Dihya. Gadis itu sudahpun duduk menyelesakan diri di sofa memandangnya.
"I'm bored to death. So I cook something to kill some time." beritahu Dihya. Dia tak pasti sama ada masakannya ini boleh dimakan atau tidak. Jadi semasa dia memasak tadi sempat dia minta tolong bodyguard yang menjaga pintu untuk bantu test taste makanannya memandangkan Dia tidak boleh kenal pasti sebarang rasa. Harap-harap sedap la sebab bodyguard Zane kata ianya cukup rasa.
Tidak semena Zane dihantui dengan kata-kata Kyren awal tadi. Yang Dihya mungkin akan cuba sakiti dia. Dan melihat hidangan itu Zane curiga sama ada puding itu mengandungi racun ataupun tidak. Logik juga kalau Dihya cuba meracuni dirinya sebab yalah kalau apa-apa menimpa dirinya, Dihya akan bebas.
"Kenapa tetiba saja kamu bersikap submissive?Bukan ke sebolehnya kamu cuba menentang keputusan saya ni? Adakah kamu cuba merancang sesuatu di belakang saya dalam diam?" sikap pessimistic Zane sentiasa buatkan Zane berasa curiga untuk setiap perbuatan baik orang terhadap dia. Jadi Zane tidak mudah terperangkap dengan kata-kata manis sesiapapun.
Dihya yang masih kelihatan seperti mamai baru bangun tidurnya, memandang tatapan curiga Zane buat seketika sebelum tunduk ke pinggan pudingnya.
Pada awalnya Dihya juga berfikir hendak melawan dan menentang Zane agar lelaki itu berputus asa dan akhirnya membebaskan dia, tapi apa faedahnya kalau dia berbuat begitu? Hidup dia ni dah cukup susah dan menekankan. Buat apa dia nak menambahkannya lagi. Sebaiknya dia terima sahaja takdir hidupnya ini sebagai Mistress Zane. Lagipun Zane bukanlah seorang lelaki tua miang atau abusive. Dan Lelaki Ini juga yang menyelamatkannya dari dijual serta menjadi pelacur. Tak salahnya dia balas semula kebaikan lelaki ini dengan bersikap baik dan patuh untuk menyenangkan hati Zane.
"Tuan boleh anggap ia sebagai rasuah." beritahu Dihya. "Memandangkan kita bermula dengan starting yang tak menyenangkan. Puding ini sebagai tanda perkenalan kita."
Zane terdiam. Masih belum mempercayai Dihya.
Lantas Dihya pandang semula ke Zane. Dia tidak tahu sampai bila kesenangan ini berlanjutan, sekurang-kurangnya dia patut nikmati saat ini sebelum dia kembali ke kancah kesusahan dan kedaifannya semula.
"Ke tuan dah makan? Atau tuan tak suka manisan. Kalau macam tu biar saya ambil puding ni," tunduk Dihya mahu mengambil pinggan puding Zane untuk disimpan. Kalau dibiarkan lama ianya akan mencair.
"Saya hanya akan makan sekiranya kamu makan benda yang sama. Ada alasannya kenapa saya jarang makan makanan luar selain makanan yang disediakan oleh tukang masak peribadi saya." ujar Zane tepat semasa Dihya berdiri di depannya hendak mengambil puding itu.
Dihya terkejut. Adakah Zane beranggapan yang puding ini beracun? Sebab itu Zane cakap macam tu? Jahat sangat ke dia di mata lelaki itu. Tanpa mengatakan apa-apa Dihya duduk di sebelah Zane lalu mencapai pinggan puding Zane. Dia mahu buktikan pada Zane masakannya itu selamat. Lagipun buat apa dia cuba nak sakiti Zane. Tak ada sebab untuk dia berbuat begitu. Setelah sepotong kecil puding disuap ke mulut Dihya pandang Zane. Kalau tak suka kata aje tak suka, kenapa nak beralasan. "Tuan nak?" ajunya selepas itu.
Lantas Zane pun mengesot rapat ke Dihya di sofa itu. Membuatkan tepi kakinya bergesel pada kaki Dihya. Tanpa berkata apa-apa dia terus membuka mulut supaya di suap.
Hampir hendak tersenyum di situ, Dihya menyuap sepotong puding ke mulut itu. Jantung di dalam dada ikut berdebar dan perasaan hangat menjalar di sekitar dada hingga ke wajah gara-gara jarak rapat mereka. Namun Dihya sedaya upaya untuk tidak kelihatan gemuruh di situ.
Selepas merasai puding itu, Zane mengangguk penuh rasa berpuas hati. Tiada yang kurang. Cukup rasa dimana menepati citarasanya.
Dihya kembali menyuap potongan lain ke mulutnya sendiri. Walaupun dia tidak dapat merasa apa-apa, dia tetap mahu makan. "Macam mana? Okay tak rasanya?" soalnya semasa menyua sesudu lagi kepada Zane.
"Eatable."komen Zane dengan wajah tidak beriak. Dia makan suapan itu." I thought you only know how to serve and makes drinks."
"Saya bekerja di bakeri dan restoran. Bartender bukan kerja pertama saya."Dihya terasa hati dengan komen itu. Tetapi tidak berfikir lebih mengenainya." Selain bartender, saya buat kerja lain untuk sara hidup saya jugak tuan... "
Zane merenung wajah Dihya yang begitu rapat di hadapannya itu sebelum terhenti pada dahi kiri gadis itu yang mempunyai parut lama di situ. "Saya tahu....saja aje saya cakap macam tu. Dan sekarang kamu tak perlu lakukan semua tu." tangannya naik menyelak sedikit anak rambut yang menutupi dahi Dihya itu sebelum dia melarikan jari telunjuk pada bekas parut sepanjang 4cm itu.
Sentuhan elektrik Zane itu menyebabkan Dihya merasa meremang tidak semena. Namun dia tidak berniat hendak menolaknya. Malah dia berharap Zane lakukan lebih dari menyentuh dahinya sahaja.
"Sebab, kerja kamu sekarang hanya la untuk melayan saya." tangan Zane tadi berhenti di belakang tengkuk Dihya pula. Dia mendongakkan kepala Dihya sedikit ke atas menghadapnya.
Nafas Dihya ikut tertahan dek tindakan itu. Matanya tidak lari dari merenung sepasang mata berenungan dalam Zane. Dapat ke dia bertahan untuk tidak jatuh cinta pada Zane?
Untuk seketika mereka hanya saling bertatapan mata.
Tanpa mengetahui apa sebabnya dan kenapa , Zane merasa tenang dan selesa tika bersama Dihya begini. Kehadiran gadis ini memberikan dia perasaan yang dia tidak pernah rasai seumur hidupnya.
Dengan perlahan, bibirnya hinggap di tepi mata kiri Dihya. Satu kucupan lembut diberikan padanya dengan mata di pejam. Sebelum bibir itu turun ke hujung hidung lalu berhenti di dahi Dihya.
Dihya di situ hanya mampu mendiam sambil memandang Zane setiap kali lelaki itu memberikan kucupan lembut di sekitar wajahnya. Terlalu lembut seakan angin yang menyentuhnya. Memangnya begini ke Zane melayani isteri lelaki itu atau mana-mana wanita yang pernah lelaki itu telah bersama dengan?Semakin lama dia bersama Zane, semakin misteri lelaki ini buatnya.
"I'll be absent for few days. So I need you at your best behavior till I come back home later. Understand?"beritahu Zane sebaik mengucup dahi Dihya.
Tersentak menung Dihya apabila Zane bersuara kembali. Sentuhan lembut tadi sudahpun menjauh. Membuatkan Dihya tiba-tiba seakan terkilan kerana berasa sentuhan itu masih tidak cukup. Matanya turun ke tangan bercincin kahwin Zane sebelum naik memandang wajah letih itu.
"Berapa lama tuan akan pergi?" itu bermakna dia akan terperuk di dalam rumah ini sendirian? Rumah sebesar ini? Bilik tidurnya seluas tiga bilik tidur lamanya itupun sudah cukup meremang kan buku romanya. Inikan ruang setinggi dua tingkat aparmtent mewah ni? Boleh naik gila dia kalau begini.
"Paling lama seminggu. Paling cepat empat hari."Zane mencapai cangkir minumannya tadi lalu menghirup sedikit air hangat di dalamnya sebelum diletakkan semula ke atas meja.
Seminggu? Dihya tercengang. Lamanya. Sambil itu dia memotong puding dari pinggan lalu di sua ke mulut Zane. Apa gunanya Zane bawa dia ke sini kalau lelaki itu terlalu sibuk macam ni gayanya.
"Apa patut saya buat kalau macam tu?"
Zane makan suapan itu sambil bermain dengan rambut hitam ikal berkilat Dihya. Yang mana menjadi kesukaannya sejak kali pertama bertemu Dihya.
"Be good. And do nothing."Zane menganjak ke belakang sedikit sebelum dia meluruskan badan ke tepi lalu meletakkan kepala di atas riba Dihya. "I'm not gonna be gone so long if that make you worry about."
Dihya mengetap gigi menahan sabar. Dia tak betah duduk terperuk begini tidak berbuat apa-apa! Sehari boleh tahan lagi, kalau seminggu, nak jadi apa kalau begitu?
"Kyren akan aturkan semuanya sebelum saya bertolak, sekiranya kamu memerlukan apa-apa beritahu lebih awal supaya dia boleh uruskannya. Sebab Kyren akan ikut menemani saya sekali."
Dihya tunduk memandang ke riba. Melihat Zane sudahpun memejam kan mata setelah baring di situ. Anak rambut Zane menutupi sebahagian dahi itu buatkan dia tergerak hati hendak menyelaknya ke tepi. "Baik tuan." ucapnya perlahan.
Sementara Zane senang hati dengan kepatuhan Dihya. Berdasarkan pengalaman dia dengan bekas mistress dia yang lain, mereka semua suka merungut dan complaint sepanjang masa. Bukan setakat kuat demand malah clingy yang merimaskan. Ianya buatkan dia menjadi serabut dan tidak tenang setiap kali bersama mereka. Kini....tidak lagi. Bersama Dihya memberikan dia ketenangan yang membahagiakan hati gundah dia.
Share this novel