HFM 19 | | New Stay

Romance Series 29820

Dihya pandang tidak berkedip akan pemandangan di hadapan matanya untuk beberapa saat. Betapa tercengangnya dia selepas melihat kemewahan dan keindahan tempat seperti ini buat pertama kali dalam hidupnya. Tidak pernah sekali dalam hidup dia berimpian untuk berada di tempat seperti ini apalagi berangan.

Dan kini, di sini berdirinya dia di dalam sebuah penthouse mewah milik lelaki bernama Zane Hayes.


"Di sini adalah tempat dimana cik akan menginap sehingga tahun hadapan."beritahu Kyren sambil meletakkan beg shopping dan barang pembelian dari Zane di atas lantai. "First floor adalah tempat dimana ruang tamu, bilik tetamu dan bilik air berada. Sementara untuk second floor adalah dimana terletaknya bilik Tuan Zane. Jadi jangan naik ke situ tanpa kebenaran beliau."

Bersama mulut terbuka kerana tergamamnya, mata Dihya liar melihat sekeliling ruangan luas lagikan bergemerlapan dengan lantai berkilat dan chandeliers. Mimpi ke dia ni?


"Apa maksud encik yang saya akan tinggal di sini? Bukan ke saya dah buat persetujuan dengan Tuan Zane mengenai hal ni?" Dihya berpaling semula ke Kyren dengan riak wajah tidak terkata.


"Oleh kerana cik telah melanggar perjanjian dengan keluar rumah tanpa kebenaran dan sebab yang munasabah. Tuan Zane telah mengambil keputusan untuk membawa cik ke kediaman peribadi beliau. Jadi mulai hari ni cik akan tinggal di penthouse ini."jelas Kyren.

Dihya baffled.


"Lagipula Tuan Zane takkan membiarkan cik berkeliaran di luar sana begitu saja. Journalist dan mata-mata Puan Astrid berada di mana-mana, ianya menjengkelkan Tuan Zane untuk berurusan dengan mereka nanti."Kyren menyelak lengan kot untuk melihat jam di tangan. Dia perlu balik semula ke pejabat sebentar lagi." Cik tidak dibenarkan keluar dari kediaman ini sehingga tamat tempoh kontrak. Pengawal akan secara bergilir berjaga di hadapan pintu 24/7."

Semakin hilang kata-kata Dihya mendengar penjelasan dari Kyren itu.


"Ini adalah telefon baru cik. Cik hanya di benarkan untuk membuatkan panggilan kepada Tuan Zane sahaja atau saya. Dan panggilan dibuat hanya di waktu kecemasan dan bila memerlukan sahaja. Jangan hubungi kami tanpa sebab. Kerana cik sedang diperhatikan." sebuah telefon skrin sentuh disua kan ke arah Dihya oleh Kyren.

Mahu tidak mahu, Dihya capai juga telefon itu sewaktu pandang teragak-agak ke wajah dingin Kyren. Mereka semua sudah merancang segalanya dengan terperinci sejak awal lagi. Memangnya Zane anggap semua ni dengan serius ke? Semata-mata untuk seorang wanita simpanan?

Gila betul.

"Okay." angguk Dihya dengan suara kecil.


"Sekiranya ada apa-apa sila hubungi saya serta merta."

Dihya pandang telefon di dalam tangannya. Dia sedang berkira-kira apa yang patut dia lakukan selepas terkurung di dalam tempat ini. Dia sudah terbiasa bekerja siang dan malam tidak berehat. Ke hulu dan hilir melakukan sesuatu tanpa henti. Dan tiba-tiba semua itu berubah dalam sekelip mata.


"Di mana Tuan Zane?" itu yang pertama muncul dalam fikirannya selepas sesaat berlalu. Dihya kembali memandang Kyren.


"Tuan perlu hadiri beberapa meeting. Disebabkan Jadual beliau padat cik hanya akan menemui tuan pada lewat malam nanti."

Dan dia perlu terperuk di dalam rumah ini sendirian sehingga lewat malam nanti? Dihya begitu terpempan. Tiada kata-kata yang keluar dari bibir kecuali hela nafas tak percayanya.


"Ada apa-apa yang cik perlukan sebelum saya keluar?"


"Adakah rumah ni mempunyai segalanya yang di perlukan?" Dihya jalan mendekati peti sejuk di ruangan dapur menghadap ruang tamu itu. Sebaik dia membuka pintu peti sejuk itu, dia expect ianya penuh dengan makanan dan bekalan yang lengkap sepertimana yang digambarkan dalam televisyen. Namun sebaliknya yang menyapa mata dia setelah peti sejuk itu dibuka." Air mineral dan bir aje?"soalnya dengan monotone sewaktu menoleh ke Kyren. Seriously? "Ini showroom house ke apa? Kenapa tiada apa-apa dalam peti sejuk ni?"


"Tuan Zane jarang makan di rumah apatah lagi memasak. Segalanya disediakan di luar. Sekiranya cik perlukan barangan dapur, saya akan sediakan serta merta."Kyren sudah mengeluarkan telefon dari poket kot." Kalau ada yang spesifik, cik boleh senaraikannya."

Sambil membuat muka berserah Dihya mencekak tangan sebelah pinggang lalu menopang tangan sebelah lagi pada counter top di situ. Berapa lama agaknya kewarasan dia dapat berkekalan kalau begini la gayanya.

TELEFON YANG BERDERING di sebelah tumpukan fail sejak tadi tidak dihiraukan. Helaian kertas yang telah selesai disemak tersusun pula berada di sebelah kiri meja. Satu cangkir kosong bekas minuman tergeletak di hujung sebelah kanan tumpukan fail. Dan tangan kanan itu sedang sibuk menandatangani dokumen dalam fail.


"Selain permintaan untuk barang dapur dan beberapa kelengkapan dapur lain, penyediaan makanan sudahpun di pilih dan aturkan. Ramen dan rokok telah dikecualikan memandangkan tuan tidak menyukainya. Selebihnya tiada sebarang permintaan lain yang dibuat." maklum Kyren kepada Zane di hadapan meja kerja lelaki itu.

Zane hanya mendengar sambil melakukan kerja-kerja menyemaknya. Dia baru sahaja selesai menghadiri dua meeting penting sebentar tadi. Dan kini Zane menyambung kerja yang lain pula memandangkan waktu sudahpun masuk jam 7 malam.

Kyren di situ diam seketika. Dia menanti akan arahan seterusnya dari Zane. Namun selepas beberapa saat berlalu Zane masih juga membisu, Kyren ambil keputusan untuk bersuara terlebih dahulu.


"Tuan, tuan tak rasa ke keputusan tuan untuk menjadikan bartender bernama Dihya Maelani ini sebagai partner rahsia tuan terburu-buru? Bagaimana nanti kalau dia dalam diam cuba nak mengapa-apakan tuan atau menjadi punca keselamatan tuan dalam bahaya?" ujarnya sambil memerhati Zane di meja kerja itu.

Tangan Zane laju mencoret dan menandatangan kertas dalam fail di situ.


"Kenapa kamu cakap macam tu? "


"Tuan sendiri tahu latar belakangnya bagaimana? Ibunya seorang penagih, bapanya seorang penghutang. Cik Dihya juga terikat dengan pemiutang dari geng samseng. Kalau hal ni ketahuan oleh orang sekeliling bukan setakat Puan Astrid sahaja yang akan cuba ambil kesempatan tapi Tuan Hayes juga."

Dengan kasar fail itu ditutup dengan Zane. Dia mengangkat kepala ke depan lalu bertentang mata dengan Kyren di hadapan meja ketika itu. Rahangnya ikut berketik.


" Jadi kau nak cakap yang Dihya ada niat tak baik pada aku dan akan cuba sakiti aku, begitu?"


"Besar kemungkinannya ya. Atas sebab tertentu tuan telah memilih Cik Dihya tapi bagi saya tak ada sebab untuk Cik Dihya duduk di kediaman peribadi tuan, memandangkan tuan tak pernah biarkan partner tuan yang sebelum-sebelum ni menginap di kediaman peribadi tuan."

Renungan Zane menjadi tajam.


"Memang Cik Dihya kelihatan tidak berbahaya di luar, tapi Tuan tak tahu apa yang tersembunyi di dalam hati dia. Jadi keputusan tuan membiarkan Cik Dihya tinggal bersama tuan adalah tindakan yang tergesa-gesa. Demi keselamatan tuan apa kata tuan cari tempat tinggal lain untuk Cik Dihya mengi-"


"Kyren-"Zane bangkit dari kerusi kerjanya sambil mencapai kot dari belakang kerusi.

Tersentak Kyren dengan teguran itu. Dia terus berdiri tegak dengan kedua belah tangan berada di belakang badan. Matanya fokus pada susuk lampai tuannya itu.


"Aku tak pernah minta pendapat kau apatah lagi meminta nasihat dari kau mengenai urusan peribadi aku."Zane menyarung kot ke badan lalu di butang kemas." Sama ada ianya melibatkan keselamatan aku atau kehidupan xxx aku, semuanya adalah di atas keputusan aku."dan apabila Zane melewati Kyren, lelaki itu menambah lagi." Kerja kau adalah lakukan apa yang aku suruh dan selesaikan apa yang aku arahkan dengan baik. Itu saja."

Dalam diam Kyren pun meneguk liur gugup sebelum tertunduk.


"Maafkan saya tuan."

Zane keluar dari pejabat itu tanpa menoleh lagi.

Setibanya Zane di penthouse beliau, dia di sapa dengan suasana eerie yang suram setelah melangkah masuk ke pintu rumah. Keadaan juga begitu senyap dan sepi.

Perlahan-lahan dia mengatur langkah ke dalam. Dapur senyap. Laluan hallway juga senyap. Dan bila matanya terarah ke ruang tamu, ianya juga senyap.

Dah.

Ke mana pulak orang tu menghilang lagi?

Takkan la-

Baru sahaja Zane hendak berpaling ke arah pintu semula, ekor matanya tertangkap suatu kelibat di tepi lengan sofa dalam ruang tamu. Bila dia pandang sekali lagi, sepasang kaki terjulur di tepi sofa itu.

Menyedari siapakah pemiliknya, Zane kembali mendekati ruang tamu lalu berdiri di tepi sofa. Tempat dimana Dihya sedang terlena berbantalkan kusyen sofa di situ dalam keadaan mengiring.

Tangan kanan berada di bawah bantal. Rambut hitam berkilat gadis itu mengurai menutupi sebahagian wajahnya. Mulut terbuka sedikit bersama dengkuran lembut kedengaran darinya.

Untuk beberapa saat Zane berdiri di situ memerhatikan Dihya. Dia fikirkan tadi Dihya melarikan diri sekali lagi, rupanya-


"Lena betul tidur?" dengus Zane perlahan sewaktu tunduk membongkok ke bawah untuk menyelak rambut itu dari menutupi wajah Dihya. Cukup lena untuk seseorang yang baru berpindah ke rumah baru, Dihya kelihatan selesa sehinggakan dapat tertidur dalam keadaan gelap dan bersuasana asing begini.

So far best tak? Okay kan ceritanya? Boleh faham kan Flow ceritanya? Harap Okay la. Tinta takut ceritanya serabut je.. Kalau okay tak apa la. Harap-harap Buddies yang singgah baca dekat sini terhibur la.

Share this novel

Zubaidah
2024-10-20 17:35:34 

suka jln ceritanya...teruskan

Jubaidah Chezam
2024-10-19 09:36:58 

besttttt


NovelPlus Premium

The best ads free experience