HFM 27 | | Tidak Terima

Romance Series 29820

Flashbacks


"Hai Zane, kenalkan nama mama adalah Katrina Louis. Mama adalah isteri ayah kamu..." senyum wanita berambut pendek di hadapannya dengan senyuman di bibir. "Selamat datang ke rumah kami."

Dengan renungan dingin, Zane mengerling ke sekitar ruang tamu rumah mewah itu. Tiada satupun yang membuatkan dia teruja sebaik berada di situ. Perasaannya masih terluka dengan kenyataan bahawa mulai detik itu tiada lagi kehangatan sama yang dia rasai semasa tinggal bersama datuknya.

Yang tersisa dalam perasaannya adalah kecewa dan patah hati.


"Mulai hari ini kamu akan tinggal bersama kami. Sebagai satu family."Puan Katrina beritahu dengan senyuman lebar di bibir. Wanita itu amat mengalu-alukan kehadiran ZANE walaupun lelaki itu bukan anak kandungnya. Kerana dia tidak dapat melahirkan anak, tiada apa-apa yang dapat dia lakukan selain menerima seadanya anak kepada perkahwinan pertama suaminya itu.

Itu yang mereka kata kepada Zane. Sebuah keluarga. Namun tidak lama dia berada di dalam keluarga itu, Zane hanya di hantui dengan realiti yang membuatkan dia trauma seumur hidupnya.


"Ini adalah anak lelaki saya. Disebabkan dia belajar di luar negara. Tidak ramai yang tahu akan kewujudannya."Tuan Hayes memberitahu kepada rakan-rakan perniagaannya di situ. Mereka adalah ahli perniagaan yang dijemput hadir untuk meraikan majlis ulang tahun kelahiran Zane yang ke 19 tahun.


"Sudah dewasa bukan? Kacak orangnya. Pasti akan beri banyak benefit pada keluarga Samsoong."


"Kamu seusia dengan anak perempuan saya, mahu berkawan dengan dia Zane? Kamu juga seorang anak muda yang kacak!"


"Dah mula rekrut bakal menantu ke Robert?"


"Yalah. Apa gunanya anak tu kalau dilahirkan tapi tak boleh dimanfaatkan?" ujar Tuan Hayes dengan gelak tawanya.

Rahang Zane berketik mendengar ucapan orang dewasa dihadapannya ketika itu. Dalam diam dia mengepal penumbuk menahan perasaannya. Ayahnya hanya menggunakan dirinya sebagai trofi beliau. Memperagakan dirinya seperti barang perhiasan lelaki itu.

Dia hanya dibawa ke dalam keluarga ini hanya terpaksa. Kalau tidak ayahnya mungkin tidak akan peduli dengan kewujudannya. Sekiranya ayahnya ini sanggup meninggalkan isteri yang sedang sarat mengandung demi mengejar kerjaya dan kesenangan, ini kan lagi mempergunakan anak sendiri seperti objek.

Semenjak itu Zane nekad untuk tidak beri sebarang komitmen pada hubungan emosi apatah lagi mengharap pada sesiapa untuk menyayanginya dirinya. Bagi Zane kasih sayang dan cinta itu hanya la perasaan yang mudah dipergunakan.


"Saya sukakan awak Senior Zane. Saya harap senior boleh terima perasaan suka saya."


Sambil memandang bosan akan pelajar perempuan yang dikenali sebagai Evelina itu. Seorang penuntut dari Jurusan yang sama dengannya di Universiti ini. Mereka sering kali bertembung semasa aktiviti MT tapi Zane tidak berinteraksi dengannya sangat. Jadi hairan pulak bila tiba-tiba aje gadis itu confess kepadanya. "Beritahu aku, berapa banyak yang ayah aku bayar kau untuk ucap semua tu?"


"Hah?" terangkat tinggi kening Evelina sebaik mendengarnya.


Zane tidak mengatakan apa-apa lagi selepas itu. Dia hanya merenung seraut wajah yang mungkin kalau orang lain akan jatuh cinta. Tapi bukan dia. "Kau ingat aku tahu tak yang ayah kau adalah rakan perniagaan ayah aku. Dia orang cuba nak jodohkan kita berdua kan?" orang tuanya itu memang jenis tak reti putus asa. Mentang-mentang la datuknya bakal menjadikan dirinya sebagai Pewaris utama, ayahnya bersungguh mahu dekatkan entah siapa-siapa punya anak perempuan orang untuk menjadi pasangannya. Dengan harapan dapat mengawal dirinya.

Dalam dunia ni tiada sesiapapun yang jujur kalau melibatkan hubungan. Give up betul la dengan semua ni!


"Senior Zane, saya tak bermaksud-"


"Tak payah cakap apa-apa. Aku dah tahu!" tidak berlengah di situ, Zane berpaling dari situ. Meninggalkan Evelina di belakang dalam keadaan terpinga-pinga.

END of Flashback


"Kenapa ya, susah betul saya nak berjumpa dengan awak kebelakangan ni kan?Sibuk sangat ke sejak tukar jawatan?" teguran itu membuatkan Zane tersentak dari tunduk ya sewaktu meneliti dokumen di meja kerja ketika itu.

Astrid berjalan masuk ke dalam pejabat itu tanpa menunggu dirinya dipelawa. Wanita itu kemudiannya mengambil tempat di sofa yang terletak di ruang tengah menghadap meja kerja Zane.


"Kalau aku tak sibuk cari duit, siapa yang akan bagi kau makan dan pakaian mewah tu?" seloroh Zane kembali menyambung kerjanya.

Mata kiri Astrid mengerenyet. Dia menjeling ke wajah dingin tidak berekspresi Zane untuk seketika. Makin lama tak berjumpa makin menyakitkan hati pula perangai suaminya ini.


"At least angkat call saya, bukannya berat mana pun phone tu?"


Zane melepaskan hela pendek sebelum menutup fail yang telah selesai disemak tadi. Lalu dia capai fail seterusnya. Bukan dia tidak mahu jawab panggilan Astrid. Dia cuma malas mahu menghadap leteran isterinya itu." Beritahu aje la apa kau nak. Jangan nak membebel depan aku." ujarnya sedia maklum dengan sikap Astrid. Isterinya ini tidak akan mencari dia selagi tidak memerlukan apa-apa. Kalau dah berjumpa secara berdepan begini, ada la yang di mahukan tu. Itu la yang dia hadap selama lima tahun berkahwin dengan Astrid.

Astrid merenggus kasar. Dia menyilang tangan ke dada. Geram betul dia dengan Zane. Suaminya ni kan sikit pun tidak menyenangkan hatinya. Tak boleh ke Zane berlembut sikit setiap kali bercakap dengan dia. Apa yang lelaki ni nak sakitkan hati sangat pada dia?


"You ingat lagi projek yang daddy I handle dua bulan lepas?" Astrid mengerling ke Zane lagi.


"Kenapa dengan projek tu?"


"Dua investor projek tu tiba-tiba tarik diri. Jadi daddy I ada problem sikit tentang projek tu."beritahu Astrid.

Zane langsung tidak kelihatan terkejut. Malah lelaki itu masih kekal tenang bersahaja membaca butiran. Ini bukan kejadian pertama dia. Jadi Zane sudah terbiasa.


"Dah tu kau nak aku buat apa? Berikan dia dana atau carikan investor lain atau beli projek tu untuk diambil alih?" soalnya bernada tidak berminat. Cepat dia selesaikan perbincangan mereka itu, cepat Astrid keluar dari situ.


Astrid hampir hendak membalas kata itu. Namun dia tahankan diri kerana memang benar pun apa yang Zane cadangkan itu. Lagipula dia datang menemui Zane mahu meminta tolong bukan cari gaduh." Terpulang apa yang awak nak buat. Yang penting awak tolong daddy."

Zane sekadar mengangguk.


"Tunggu apa lagi. Keluar la."tegurnya apabila menyedari Astrid masih duduk di situ.


"Ni, saya nak tanya. Awak masih bersama dengan Mistress awak tu? "Astrid menduga.


"Kenapa kau nak tahu?"barulah Zane mengangkat mata. Dia pandang mencerlung ke arah Astrid.


"Jadi betul la. Awak masih bersama dengan perempuan tu."

Zane tidak memberi sebarang komen mengenainya.


"Saya dapat tahu Mistress baru awak tu tinggal bersama di kediaman peribadi awak. Betul ke?"


Zane berdengus sinis. Dia berasa tak percaya. Ingatkan dia dah cover sebaik mungkin, tapi ada juga ya yang rajin bawa cerita kepada isterinya. "Kau hantar orang untuk intip aku? "


"What do you think? I have to. You shut me down in everything. So I need to get some information about your new mistress. But seem like you keep her well from my sight."sengih Astrid meleret. Sedangkan waktu itu dia berasa sakit hati. Sudahlah dia tidak dapat mencari tahu siapa perempuan jalang itu, dapat pulak tahu yang perempuan tu tinggal bersama suami dia. Memang panas la hati dia.

Selama ini Zane tidak pernah membawa mana-mana mistress lelaki itu tinggal bersama. Apatah lagi menginap di kediaman peribadi Zane. Bila dia tahu mengenai Zane membawa wanita lain tinggal sebumbung lelaki itu, dia berasa tidak dapat menerima semua ini.

Kenyataan bahawa dia isteri sah Zane sendiri terpaksa duduk berasingan dengan suaminya sudah mencalarkan maruahnya, inikan pula perempuan tidak sah taraf yang bersekedudukan dengan suaminya. Semakin terhina Astrid rasakan.


Astrid bingkas bangun dari situ. Dia jalan mendekati meja Zane. "Siapa perempuan tu, sampai awak boleh membiarkan dia duduk sebumbung dengan awak Zane?"


"It's none of your business."


Berang kerana itu, Astrid memukul meja dengan kuat lalu meninggikan suara. "It is my business. You are my husband. I am you legal wife. I have right to know everything about you! How could you let some woman stay with you in the same roof meanwhile I have to be in different space from you.Your own wife."marahnya.


"Keluar Astrid."


"Tak. Saya takkan keluar selagi awak tak jelaskan kepada saya. Kenapa perempuan jalang tu duduk sebumbung dengan awak!"


Membuntang mata Zane. Dadanya menjadi sesak tidak semena. Lelaki itu mengepal penumbuk dengan erat di atas meja itu. "Berhenti panggil dia perempuan jalang. Kau boleh hina aku. Kau boleh kutuk aku. Tapi bukan dia. Kau tak kenal siapa dia. Dan kau tak tahu tentang siapa kau bercakap sekarang. Sama ada dia tinggal sebumbung dengan aku ataupun tidak. Ianya tak ada kena mengena dengan kau! Jadi berhenti buat kecoh dekat sini dan berhambus sekarang!"

Menahan nafas terkejut Astrid dibuatnya. Tidak pernah dia lihat suaminya membela sesiapa seperti ini. Inikan lagi keluarga sendiri. Memangnya apa yang perempuan simpanan Zane telah lakukan sehingga begini sekali perubahan diri Zane!?Apa perempuan tu dah brainwash Zane hingga buatkan Zane begitu nekad hendak pertahankan dia?


"KYREN!"menggegar ruang pejabat itu dengan suara Zane. Hinggakan Astrid sendiri melompat terkejut kerananya.

Terbuka serta merta pintu pejabat sesaat kemudian. Kyren berjalan masuk ke situ dengan langkah yang lekas lalu berdiri dibelakang Astrid.


"Saya tuan."sambut Kyren dengan riak bingung dan cemas. Terkejut dia bila dengar suara Zane di luar tadi. Bila dia lihat Astrid di situ, dia yakin pasangan ini pasti bertengkar lagi.


"Iring Puan Astrid keluar."arah Zane tanpa mengalihkan renungan tajamnya dari isterinya.

Bersama dada naik turun, Astrid tanpa amaran menolak jauh barang yang ada di atas meja itu hingga bersepah atas lantai. Dia begitu berang dengan Zane. Terlalu berang sampaikan tidak tahu hendak berkata apa.


"I hate you Zane Hayes. I HATE YOU!!!"ucapnya sebelum berpusing ke arah pintu dan mengatur langkah keluar marah-marah.

Tertutup sahaja pintu pejabat itu, Zane bersandar ke belakang sambil memicit batang hidungnya. Kepalanya berdenyut sakit.

Apa yang baru aje berlaku? Kenapa dia beri reaksi seperti itu tadi? Kenapa dia begitu marah apabila Dihya diungkit dengan Astrid!? Selama ini dia tidak pernah kisahpun tentang sesiapa. Tapi kenapa dia berasa sakit hati apabila Dihya dihina begitu seperti tadi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience