Pada usia 17 tahun, Zane tidak menyangka bahawa pertemuannya dengan ayah kandungnya membawa kepada kematian datuk belah ibunya. Lelaki yang amat dia sanjung dan pandang tinggi. Dan orang yang telah membesarkan dirinya sejak kecil dengan penuh kasih sayang dan perhatian. Namun semua ini musnah setelah datuknya meninggal dunia kerana serangan jantung.
Semua ini gara-gara ayah kandungnya yang tanpa henti menekan datuknya itu agar menyerahkan hak penjagaan kepada ayah kandungnya. Hinggakan ayah kandungnya itu sanggup menggunakan taktik kotor demi menundukkan datuknya itu.
Hanya kerana untuk merampas dirinya, ayahnya telah membuatkan syarikat yang disayangi oleh datuknya muflis dan gulung tikar begitu sahaja. Ekoran terlalu tertekan datuknya diserang sakit jantung sebelum meninggal dunia di hospital tiga hari selepas pengsannya.
Oleh kerana dia tiada sesiapa lagi dan masih dibawah umur, maka ayahnya membawa dia masuk ke dalam Keluarga Samsoong. Dan dari situ Zane mengetahui bahawa tujuan ayahnya mahukan dia adalah perjanjian yang lelaki itu telah buat dengan datuk belah ayahnya itu.
Dimana ayah Zane akan dijanjikan dengan jawatan besar dalam syarikat Samsoong sekiranya Zane di bawa masuk ke dalam keluarga itu. Tuan Samsoong, bapa Encik Hayes begitu mengharapkan Pewaris dari Encik Hayes, sayangnya isteri pilihan Tuan Samsoong untuk Encik Hayes tidak dapat hamil. Maka pilihan terakhir yang ada adalah menjadikan anak dari hasil perkahwinan pertama Encik Hayes, iaitu Zane sebagai Pewaris mereka.
Mengetahui kebenaran itu, Zane bersumpah atas nama datuk dan ibunya yang telah disakiti oleh ayahnya untuk membalas dendam ke atas ayahnya sendiri. Maka sejak itu, Zane sentiasa merampas dan mengambil apa sahaja yang ayahnya inginkan. Dan buatkan Tuan Samsoong sentiasa menyebelahinya. Semenjak itulah permusuhan antara dua beranak itu bermula.
Ekoran kejadian itu, segala jenis skandal yang timbul mengenai dirinya adalah berpunca dari Encik Hayes. Kaki perempuan, suka bertukar silih ganti perempuan, membazirkan wang, kaki minum dan banyak lagi sebenarnya tidak pernah sekalipun Zane lakukannya. Ayah Zane sengaja cipta semua skandal itu untuk memburukkan imej Zane. Dengan harapan datuk Zane itu akan berhenti menyukai Zane. Tetapi pelannya itu tidak berguna kerana Encik Samsoong tetap menyebelahi Zane.
Dan alasan sebenar kenapa Zane sentiasa cuba hendak berkelakuan buruk adalah untuk membuatkan orang lain beranggapan bahawasanya anak lelaki Encik Hayes ini seorang yang tidak berguna. Dengan itu nama Encik Hayes akan ikut tercemar seiring dengan sikap buruk Zane tersebut.
Yang mana berjaya namun ianya meninggalkan kesan negatif pada diri Zane.
HAH!
Dengan kuat Zane menahan nafas tersentak dari lena apabila mimpi ngerinya sekali lagi datang menghantui. Sebaik matanya menyapa suasana gelap bilik itu, dia dapati pipinya sedang bersandar pada permukaan dimana adanya degupan jantung kedengaran padanya. Tangan kanannya pula erat memeluk jasad di bawahnya ketika itu.
Menyedari dimana keberadaannya, Zane pantas mengangkat kepala lalu memandang wajah Dihya yang sedang terlena di sampingnya ketika itu.
Dengan sebelah tangan di atas kepala, Dihya tidur sambil memandang ke kanan. Sementara tangan sebelahnya berada di bawah badan Zane. Lena sungguh hinggakan dia bergerak banyak pun, Dihya sedikit pun tidak terkutik.
Kening Zane berkerut sebaik menatap wajah lena Dihya. Selepas segala sesi confession dan deklarasi cinta bertepuk sebelah tangan Dihya, tiada apa-apa akan berubah dalam hubungan mereka ini. Awalnya dia juga mahu begitu. Kerana dia tiada niat hendak bercinta apatah lagi berkahwin lagi. Kontrak ini sepatutnya hanya sepi hak sahaja. Tapi kenapa boleh berubah secara drastik begini, Zane tidak habis fikir.
Ianya menjengkelkan dia setiap kali memikirkannya semula. Dia tidak memberi jawapan pada Dihya sama ada menerimanya mahupun menolaknya. Sebab dia sendiri tidak tahu apa yang dia rasakan ketika ini.
Apa yang Zane pasti ketika itu adalah, dia hanya mahukan Dihya kekal berada di sisinya selama yang mungkin.
Perlahan-lahan Zane membawa lengannya ke bawah leher Dihya sebelum mengubah kedudukan mereka. Yang mana tadi Dihya di bawahnya, kini Dihya di bawa sandar ke atas dadanya pula. Tubuh itu dipeluk rapat padanya sebelum Zane kembali melelapkan mata semula. Dalam diam dia harap tiada sesiapa tahu mengenai Dihya!
ENTAH KENAPA DIA RASA seakan dia bermimpi dipeluk dengan beruang gergasi malam tadi. Ke dia yang salah tidur? Bahu kirinya rasa sengal aje. Dihya berkerut kening sewaktu menuang teh bunga mahal ke dalam cangkir putih di depan island table di situ. Masih berasa terganggu dengan perasaan yang berlegar sejak dia terjaga dari tidur.
"Selamat pagi Cik Dihya."muncul Kyren bersama beg kertas berisi barang dapur.
Tidak terkejut dengan kehadiran mengejut lelaki itu, Dihya berpaling. Matanya terarah pada penampilan lelaki itu sebelum terarah pada barangan dapur di situ.
Ini bukan kali pertama Kyren selalu muncul kan diri dalam penthouse itu. Disebabkan Kyren mempunyai akses untuk pintu masuk, kerap kali lelaki itu akan menjemput diri sendiri ke rumah itu. Tetapi hanya ketika ada kehadiran Zane di situ.
Biasanya Kyren ke situ untuk menjemput ZANE atau menghantar barang pesanan ke situ.
Tapi rasanya dia tak pesan apapun. Barang dapur yang ada pun masih banyak lagi tersisa. Kenapa Kyren menghantar semua barangan ni?
"Selamat pagi."balas Dihya mendatar.
"Ini adalah pesanan yang dibuat oleh Tuan Zane."beritahu Kyren.
Bila Dihya periksa isi kandungan beg kertas itu, keningnya terangkat tinggi dan matanya terbuntang luas kerana terkejut. Masih bermimpi lagi ke dia ni?
"Ramen?" pandang Dihya sambil memegang mangkuk mee segera dan packet ramen di kedua belah tangannya.
Kyren yang kebingungan itu juga sekadar mengangguk kepala. Awal tadi lepas dapat panggilan dari Tuan Zane untuk membeli kan makanan segera ini, dia pun kehairanan. Dah angin apa yang merasuk tuannya yang pantang dengan makanan segera seperti ini meminta dia untuk belikan ia. "Ya...cik ke yang mintak?"
Pantas Dihya menggeleng.
"Kalau bukan cik yang mintak takkan-"
"Kamu dah sampai Kyren?"muncul empunya cerita dari depan ruang dapur itu. Memeranjatkan Dihya serta Kyren dengan serentak. Tatkala dua orang itu memandang Zane, lelaki itu dengan renungan judging menilik dua orang tersebut." Kenapa kamu berdua pandang saya begitu?"
Kyren terus berdiri tegak dengan kedua belah tangan di belakang badan di situ. Sementara Dihya yang masih terpinga-pinga berdiri sambil memegang paket makanan segera dalam tangannya.
Sebaik sahaja Zane berdiri di hadapan Dihya, dia capai cangkir berisi teh bunga herba yang dituang oleh Dihya tadi. Sedang dia menyisip minuman itu, matanya terarah pada paket di tangan Dihya sebelum memandang wajah bingung Dihya.
"Is it surprised you so much till it make you speechless?" soalnya sebelum menyisip lagi minuman hangat tu.
Dihya mengangguk suka."Tuan belikannya untuk saya?"
Zane tidak mengatakan apa-apa. Dia hanya pandang dengan riak tidak faham. Bukannya benda mahal ke apa. Itupun nak Happy sangat ke? Detik hatinya ketika itu.
Sambil tersenyum kecil, Dihya terus memeluk sebelah pinggang Zane. "Terima kasih....sebagai ganti saya sediakan makan malam untuk tuan nanti." beritahunya sewaktu menepuk perut Zane.
"Apa jadual saya pada malam nanti Kyren?" tanya Zane selepas menghabiskan minumannya.
Kyren tersentak dari menungnya lalu bertentang mata dengan Zane. Lalu matanya turun ke tangan Dihya yang sedang memegang tangan Zane. Kenapa Zane tidak melenting atau marah? Dia hairan kenapa tuannya yang tidak gemar dengan skinship itu kelihatan tidak terganggu kerananya.
"Jadual tuan hanya akan bermula pada jam 10 pagi nanti dan akan tamat pada jam 6 petang."
"6 petang? Kalau macam tu saya akan masak awal."beritahu Dihya seusai menjarakkan dirinya dari Zane.
Dengan jelingannya Zane membalas." Saya tak cakap pun yang saya akan bersetuju untuk makan malam bersama kamu."
Tidak menghiraukan komen itu, Dihya hanya buat-buat tidak kisah sewaktu membetulkan tali leher dan kot lelaki itu. "Selamat berkerja tuan. Semoga hari tuan ceria sepanjang hari ni."tepuknya dengan lembut di kot itu.
Zane kemudiannya capai briefcase sebelum bergerak keluar dari ruang dapur itu. Diikuti Kyren di belakang.
Keberangkatan Zane itu pula hanya dihantar Dihya dengan ekor mata. Melihat belakang kepala itu menjauh, senyuman Dihya ikut jatuh. Paket makanan yang dipegang diletakkan semula ke dalam beg kertas. Bahunya melurut ke bawah tiada semangat.
Perbualannya dengan Zane lewat malam tadi masih segar terngiang-ngiang dalam kepala. Sakit sebenarnya. Tapi dia tidak dapat lakukan apa-apa mengenainya. Sebab apa yang Zane katakan tiada yang salah. Mulai hari ini dia perlu perlahan-lahan melenyapkan perasaan sukanya dari Zane.
.
Share this novel